No student devices needed. Know more
40 questions
1. Apakah X ?
A Sistem pembesar
B Wilayah pengaruh
C Amalan keagamaan
D Lambang kebesaran
2. Konsep waadat yang mengaitkan pemerintah dan rakyat wujud dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah kepentingan konsep tersebut?
A Menghargai sumbangan rakyat
B Menggerakkan jentera kerajaan
C Mengelakkan rakyat menderhaka
D Mengukuhkan kedudukan pemerintah
3. Mengapakah rakyat Amerika melancarkan Revolusi Amerika pada tahun 1776?
A Menentang penjajahan asing
B Membebaskan tahanan politik
C Memperjuangkan hasrat umum
D Menamatkan pemerintahan beraja
4. Bagaimanakah British menyekat perkembangan idea kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?
I Menyekat aktiviti berkumpulan
II Menubuhkan Biro Siasatan Politik
III Mengawal kebebasan bersuara
IV Menguatkuasakan perintah darurat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5. Perang Dunia Pertama telah tercetus di Eropah pada tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah perang tersebut berlaku?
A Kemunculan ideologi baharu
B Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
C Wilayah Jerman diceroboh
D Bakal raja Austria dibunuh
6. Situasi berikut telah berlaku semasa pendudukan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.
** Pendudukan Jepun membawa kepada kemelesetan ekonomi dengan kadar inflasi yang tinggi serta harga barangan yang melambung tinggi.
Apakah tindakan Jepun untuk menanganinya?
A Memperkenalkan ekonomi kawalan
B Memperkenalkan kad catuan makanan
C Mencetak banyak wang pokok pisang
D Mengimport makanan
7. Apakah tujuan pengenalan sistem pentadbiran tersebut?
A Mengembalikan kuasa raja
B Melatih rakyat menjadi tentera
C Menyatukan pentadbiran negeri
D Memulihkan kepercayaan rakyat
8. Mengapakah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) bertindak menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?
A Desakan British
B Menjalin kerjasama
C Memberi keuntungan
D Kekurangan dana
9. Maklumat berikut berkaitan dengan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
** Cadangan Raja-raja Melayu
** Desakan daripada orang Melayu
** X
Apakah X?
A Sokongan pentadbir British
B Desakan golongan Melayu radikal
C Mematuhi tuntutan Piagam Atlantik
D Saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
10. Jawatankuasa berikut dibentuk selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
** Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee)
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
A Merangka kontrak sosial pelbagai kaum
B Membentuk parti politik berasaskan kaum
C Mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum
D Menentukan kepentingan sah kaum bukan Melayu
11. Apakah yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh berikut?
** Karl Marx
** Friedrich Engels
A Sekularisme
B Komunisme
C Kapitalisme
D Sosialisme
12. Apakah tugas pasukan tersebut?
A Menjejak persembunyian pengganas
B Menyekat bekalan makanan dan ubatan
C Mempertahankan bandar dan kampung
D Membuat rondaan di pinggir hutan
13. Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
A Melaksanakan pilihan raya umum
B Menentukan syarat kewarganegaraan
C Melatih penduduk tempatan mentadbir
D Memantapkan perlembagaan persekutuan
14. Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah mengemukakan teras pembentukan sistem Pendidikan Kebangsaan.
Apakah hasrat jawatankuasa tersebut?
A Memupuk perpaduan kaum
B Mengasaskan idea kemerdekaan
C Membasmi kemiskinan rakyat
D Menjaga keamanan negara
15. Apakah kepentingan pilihan raya tersebut?
A Menamatkan darurat
B Mengukuhkan institusi raja
C Merintis kemerdekaan negara
D Melindungi kepentingan ekonomi
16. Apakah peranan kabinet tersebut?
I Membincangkan soal kewangan
II Memantapkan pemerintahan beraja
III Merangka sistem pendidikan kebangsaan
IV Mengurangkan kuasa pentadbiran British
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
17. Mengapakah anggota rombongan menggunakan pengangkutan yang berbeza ?
A Menyusun anggota kabinet kerajaan
B Menjimatkan kos anggota rombongan
C Membincangkan pelantikan Jemaah menteri
D Menyusun strategi rundingan dengan British
18. Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A British mengawal sistem kewangan
B Pengekalan jawatan Pesuruhjaya Tinggi
C Pemansuhan prinsip pengasingan kuasa
D Pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen
19. Mengapakah peristiwa pemasyhuran kemerdekaan amat penting kepada Persekutuan Tanah Melayu?
A Pengukuhan kuasa pemerintahan
B Mengukuhkan perpaduan kaum
C Bebas daripada penjajahan asing
D Pengamalan amalan demokrasi
20. Mengapakah rancangan di atas diperkenalkan?
A Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan
B Memantau kecekapan pengurusan syarikat
C Mengurangkan beban kewangan kerajaan
D Mengawal kemasukan buruh luar
21. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Yunani?
A Kuasa tertinggi dalam negara
B Negara yang bebas dan merdeka
C Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
D Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan
22. Setiap negara yang berdaulat mempunyai sistem perundangan yang menjadi asas kepada peraturan negara.
Apakah badan yang bertanggungjawab menentukan sistem perundangan negara kita?
A Parlimen
B Dewan Negara
C Dewan Rakyat
D Yang di-Pertuan Agong
** Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
23. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?
A Digubal oleh Parlimen
B Diambil berdasarkan Hukum Kanun Melaka
C Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
D Disesuaikan dengan model Westminster
24. Apakah perkara yang terlibat dalam Pindaan Perlembagaan 1963?
I Struktur mahkamah
II Pengagihan kekayaan
III Peranan bahasa kebangsaan
IV Jawatan Yang di-Pertua Negeri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
25. Apakah status Raja-raja Melayu semasa pendudukan Jepun?
A Ketua hakim
B Ketua pentadbir negeri
C Ketua keselamatan dan keamanan
D Ketua hal ehwal agama Islam
26. Majlis Raja-Raja merupakan institusi beraja di Malaysia.
Apakah peranan yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja?
A Penasihat kerajaan
B Pakar perlembagaan
C Pengimbang sistem demokrasi
D Penggubal undang-undang negeri
27. Mengapakah peruntukan kuasa yang lebih besar diberi kepada Kerajaan Persekutuan?
I Menjamin kestabilan negara
II Mewujudkan kerajaan Persekutuan yang kuat
III Menggubal undang-undang negara
IV Mengurus hal ehwal agama Islam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D Ill dan IV
28. Sejak tahun 1994, sebanyak 42 buah pulau di perairan negara telah diwartakan sebagai Taman Laut.
Mengapakah langkah tersebut diambil?
A Menarik minat pelancong
B Memulihara khazanah laut
C Mewujudkan identiti negara
D Mendapatkan pengiktirafan UNESCO
29. Maklumat berikut berkaitan tindakan A.M Azahari.
** Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari menentang pembentukan Malaysia
Mengapakah A.M. Azahari bertindak seperti di atas?
A Melindungi hak peribumi Borneo
B Menyokong gabungan dengan Indonesia
C Membentuk kesatuan Kalimantan Utara
D Menyekat penguasaan ekonomi
30. Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia melalui kempen "Ganyang Malaysia" pada 20 Januari 1963.
Apakah tindakan Indonesia melalui kempen tersebut?
A Melancarkan serangan gerila
B Memusnahkan bandar
C Mengadakan demonstrasi
D Membakar rumah kediaman
31. Mengapakah Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan Singapura dari Malaysia?
I Menjaga kepentingan rakyat
II Mengelakkan ketegangan kaum
III Menguatkan pertahanan Singapura
IV Meyukarkan kerjasama dengan Singapura
A I dan lI
B I dan IV
C II dan III
D Ill dan IV
32. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani Peristiwa 13 Mei 1969?
I Mengisytiharkan darurat
II Menubuhkan Majlis Gerakan Negara
III Membatalkan keputusan pilihan raya
IV Menangkap dalang yang mencetuskan rusuhan
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D IlI dan IV
33. Bagaimanakah kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dalam Akta Pendidikan 1996?
I Program pendidikan bersepadu diperkenalkan
II Kurikulum sekolah KBSR dan KBSM dilaksanakan
III Mata pelajaran wajib di semua institusi pengajian
IV Diiktiraf sebagai bahasa pengantar di sekolah
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan IV
34. Penganjuran Mailis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah diadakan secara bergilir-gilir sejak tahun 1974.
Apakah kesan daripada penganjuran sukan tersebut?
A Mempertingkatkan sektor pelancongan
B Menggalakkan integrasi antara negeri
C Mendapat pengiktirafan banyak pihak
D Melibatkan kerjasama sektor swasta
35. Senarai berikut ialah agensi yang berkaitan dengan program pembangunan wilayah.
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
• Lembaga KemajuanPahang Tenggara (DARA)
• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh agensi tersebut?
A Nanas dan kopi
B Kelapa dan koko
C Tembakau dan teh
D Getah dan kelapa sawit
36. Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991?
A Mencapai perpaduan negara
B Menyekat kemasukan imigran
C Menyeragamkan sistem kewangan
D Memperkukuh sektor pertahanan
37. Pilih pasangan yang betul berkaitan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
A
B
C
D
38. Pasukan pengaman PBB telah dibentuk di negara bergolak di Lubnan, Somalia, dan Kemboja.
Mengapakah situasi di atas berlaku?
A Mengembalikan kedaulatan undang-undang
B Memastikan pembangunan ekonomi
C Mengadakan rundingan
D Menjaga kebajikan rakyat
39. Kempen antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan oleh negara maju telah menggugat ekonomi negara sedang membangun.
Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?
I Gigih dalam pekerjaan
II Berani membuat penerokaan
III Toleransi sesama masyarakat
IV Waspada terhadap anasir luar
A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D Ill dan IV
40. Maklumat berikut menjadi sejarah penting bagi Langkawi.
** 2006 --> Mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark.
Mengapakah tindakan di atas dilakukan?
A Memodenkan pengurusan perhutanan
B Memajukan kawasan pelancongan
C Menggalakkan pembinaan saliran
D Menjamin kelestarian alam
Explore all questions with a free account