No student devices needed. Know more
40 questions
1. Hukum Kanun Melaka turut memberi perhatian kepada isu kekeluargaan. Mengapakah isu tersebut diberi perhatian?
A. Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak
B. Menjaga keharmonian dalam keluarga
C. Memastikan adat perkahwinan dipatuhi
D. Mewajibkan ketua keluarga memainkan peranannya
2. Apakah peranan pembesar dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
A. Menggubal undang-undang
B. Menjalin hubungan diplomatik
C. Memelihara keamanan kawasan
D. Menghadiri majlis gotong-royong
3. Maklumat berikut berkaitan dengan isu kasut di Burma
Orang Inggeris memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma
Apakah kesan isu tersebut?
A. Membangkitkan semangat nasionalisme
B. Mencetuskan pembaharuan adat
C. Meningkatkan kuasa bangsawan
D. Mengukuhkan pengaruh penjajah
4. Pada 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang lahir di Tanah Melayu dan dikenali sebagai "the Strait born people"
Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme?
A. Memperjuang hak sama rata
B. Membentuk identiti tersendiri
C. Mengkritik dasar kerajaan kolonial
D. Mengutamakan perkembangan negara asal
5. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941-1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik. Mengapakah perang tersebut berlaku?
A. Perluasan ideologi komunis
B. Pembunuhan bakal maharaja
C. Kegagalan perjanjian damai
D. Keperluan bidang perindustrian
6. Apakah matlamat penubuhan Force 136 pada tahun 1943?
A. Menubuhkan pasukan gerila
B. Menentang penjajahan British
C. Melatih rejimen askar Melayu
D. Menjalin kerjasama rakyat
7. British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah Melayu yang bermula pada 12 September 1945. Apakah peranan pentadbiran tersebut?
A. Menangani demostrasi penduduk
B. Menghalang kemasukan penjajah
C. Memulihkan kepercayaan rakyat
D. Melatih penduduk tempatan
8. Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sabah.
Mengapakah penyerahan tersebut dilakukan?
I Kedudukan yang strategik
II Kekayaan bahan mentah
III Kawasan pasaran utama
IV Kemajuan sistem prasarana
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9. Mengapakah orang Melayu tidak menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1948?
A. Undang-Undang tradisional tamat
B. Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan
C. Singapura dipisahkan daripada persekutuan
D. Kaum imigran tidak diberikan taraf warganegara
10. Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka
1 Februari 1948 -- Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?
A. Berkuasa mengawal pentadbiran
B. Parti-parti politik digabungkan
C. Syarat kerakyatan dipermudah
D. Diiktiraf sebagai penduduk asal
11. Berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu
- Merosakkan ladang getah
- Menganggu kerja di lombong
- Membunuh pekerja ladang
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
A. Memiliknegarakan sektor perusahaan
B. Menyusun semula sistem pemilikan
C. Menentang amalan buruh paksa
D. Melumpuhkan kegiatan ekonomi
12. Mengapakah rakyat bergantung pada makanan berikut semasa zaman darurat?
- Jagung
- Keledek
-Ubi kayu
A. Catuan bekalan makanan
B. Sekatan perintah berkurung
C. Kerosakan peralatan pertanian
D. Kemusnahan ladang getah
13. Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan di Tanah Melayu pada Januari 1949?
A. Memupuk perpaduan kaum
B. Mendapat hak sama rata
C. Mengelakkan kekacauan
D. Melicinkan pentadbiran
14. Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Bagaimanakah sistem tersebut selaras dengan proses dekolonisasi kerajaan British?
A. Pemerintahan bebas daripada kawalan berpusat
B. Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
C. Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
D. Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
15. Apakah kesan penubuhan majlis berikut terhadap Tanah Melayu?
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955
A. Institusi raja diperkukuhkan
B. British memberikan kemerdekaan
C. Kuasa mentadbir di tangan rakyat tempatan
D. Tanah Melayu bebas daripada ancaman komunis
16. Apakah peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955?
I. Menjalinkan kerjasama diplomatik
II. Mengurangkan kemasukan orang asing
III. Membincangkan isu keselamatan
IV. Membincangkan soal kewangan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
17. Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
- Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri
-Mewujudkan rupa bangsa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
- x
Apakah X?
A. Menetapkan sempadan negeri
B. Merangka perlembagaan negara
c. Menggubal syarat kerakyatan
D. Mencadangkan tarikh pilihanraya
18. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I. Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran
II. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
III. Agama Islam sebagai agama persekutuan
IV. Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
19. Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu
JAWATANKUASA PERSEDIAAN FIZIKAL
JAWATANKUASA SAMBUTAN
Mengapakah persediaan sambutan kemerdekaan tersebut penting?
A. Menonjolkan identiti negara
B. Mamatuhi prinsip kenegaraan
C. Mempertahankan perlembagaan negara
D. Mendukung perlembagaan negara
20. Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara
RANCANGAN BUKU MERAH
Apakah kepentingan rancangan tersebut?
A. Pembukaan tanah baharu
B. Pengeluaran makanan mencukupi
C. Pemulihan kesihatan penduduk
D. Projek kemudahan asas
21. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
A. Mewujudkan kesejahteraan rakyat
B. Menjadi kuasa politik unggul di dunia
C. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera
D. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa
22. Bagaimanakah dasar berikut dapat mempertahankan kedaulatan negara kita?
- DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
- DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
A. Mengekalkan kestabilan politik
B. Mengukuhkan patriotisme rakyat
C. Memupuk integrasi nasional
D. Mewujudkan kemakmuran ekonomi
23. British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-Negeri Selat pada abad ke-19. Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice tersebut?
A. Mempelbagai kegiatan ekonomi
B. Membendung keganasan komunis
C. Menghalang campurtangan kuasa asing
D. Mengelakkan penindasan terhadap penduduk
24. Pernyataan berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1963
Apakah faktor yang membawa kepada pindaan tersebut?
A. Pemisahan Singapura
B. Pembentukan Malaysia
C. Pembentukan Suruhanjaya Reid
D. Pengasingan kuasa
25. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?
A. Melantik Yang di-Pertuan Agong
B. Mengamalkan gaya hidup bebas
C. Memiliki dua kewarganegaraan
D. Memilih pemimpin negara
26. Pernyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita.
Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara?
I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan
II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan
III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran
IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
27. Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri. Apakah perkara yang terletak dalam Senarai Negeri?
A. Tanah
B. Pelajaran
C. Kesihatan
D. Pertahanan
28. Gambar berikut menunjukkan suasana mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?
A. Melantik ketua kerajaan
B. Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
C. Menyeragamkan undang-undang negara
C. Mengukuhkan kuasa pemerintahan
29. Pada tahun 1962, referendum diadakan di Singapura. Mengapakah referendum tersebut diadakan?
A. Menentukan sokongan terhadap pembentukan Malaysia
B. Mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan
C. Mengekalkan sistem pemerintahan British
D. Menilai pengaruh parti politik berhaluan kiri
30. Rajah berikut menunjukkan berlaku perubahan pada tarikh pengisytiharan Malaysia
31 Ogos 1963==>16 September 1963
Mengapakah perubahan ini berlaku?
A. Ancaman komunis
B. Bantahan dari Indonesia
C. Laporan PBB tidak dapat disiapkan
D. Kabinet Menteri lewat bermesyuarat
31. Rajah berikut berkaitan kaedah kerajaan menangani ancaman komunis di Sarawak
Apakah kaedah X?
A. Perang Saraf
B. Perintah berkurung
C. Pengisytiharan darurat
D. Pembesaran pasukan keselamatan
32. Apakah faktor tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?
A. Penyelewengan dalam pilihan raya
B. Pergaduhan antara kongsi gelap
C. Kebanjiran pendatang asing
D. Ketidakseimbangan dalam ekonomi
33. Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
- Kegiatan persatuan
- Unit beruniform
- Sukan dan Permainan
Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?
A. Memupuk perpaduan kaum
B. Melahirkan atlet bertaraf dunia
C. Mempelbagai aliran persekolahan
D. Meningkatkan kemahiran teknologi
34. Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?
I Mencipta masyarakat yang adil
II Menjamin hak kebebasan rakyat
III Memperkasa semangat kenegerian
IV Membentuk masyarakat demokratik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
35. Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bagaimanakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?
A. Membuka kampung-kampung baharu
B. Melaksanakan pembangunan wilayah
C. Mengurangkan kemasukan imigran
D. Mengurangkan saham milik asing
36. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bermatlamat untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan negara.
Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?
A. Melaksanakan ekonomi kawalan
B. Mengawal kadar inflasi
C. Memantau pengurusan kewangan negara
D. Mengimbangi pembangunan antara negeri
37. Apakah usaha yang dilakukan oleh anggota Komanwel dalam menangani masalah kemiskinan?
A. Melancarkan Program Buku Merah
B. Melaksanakan Rancangan Colombo
C. Mengadakan Sidang Kemuncak Dunia
D. Menubuhkan Tabung Kemanusiaan
38. Jadual berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani isu politik negara Islam.
Apakah X?
A. Menyokong kemerdekaan negara
B. Menyediakan dana pembangunan
C. Memberi latihan ketenteraan
D. Menghantar misi pengaman
39. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah diumumkan pada tahun 1992 di Singapura. Bagaimanakah AFTA boleh memacu kemajuan ekonomi ASEAN?
I Penggunaan mata wang tunggal dikuatkuasakan
II Kemasukan pelabur dari rantau lain dikawal
III Sekatan dagangan dihapuskan
IV Pasaran terbuka luas
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
40. Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia
AMAN PALESTIN
MUSLIM CARE MALAYSIA
Apakah sumbangan NGO tersebut?
A. Menyalurkan pelbagai bantuan
B. Melaksanakan sistem kewangan Islam
C. Menubuhkan organisasi negara Islam
D. Mengukuhkan hubungan diplomasi
Explore all questions with a free account