No student devices needed. Know more
40 questions
1. Senarai berikut merupakan ciri negara bangsa dalam kerajaan Alam Melayu.
Raja
X
Wilayah Pengaruh
Rakyat
Apakah X?
A. Daulat
B. Pembesar
C. Undang-undang
D. Lambang kebesaran
2. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang sistematik. Apakah sistem
pentadbiran tersebut?
A Pembesar Empat Lipatan
B Pemerintahan tempatan
C Raja Berperlembagaan
D Pentadbiran wilayah
3. Mengapakah Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) berlaku di England pada
tahun 1688?
A. Menghapuskan pemerintahan beraja
B. Menegakkan kedaulatan parlimen
C. Menamatkan kuasa bangsawan
D. Mengukuhkan perpaduan rakyat
4. Apakah peranan Maharaja Meiji dalam gerakan nasionalisme di Jepun pada tahun 1868?
A Meluaskan sempadan
B Memodenkan negara
C Mengadakan perjanjian
D Memperbesarkan tentera
5. Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939-1945?
A. Krisis rantau Balkan
B. Pakatan ketenteraan
C. Persaingan kuasa imperialis
D. Kemunculan ideologi baru
6. Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu lebih kurang 14 hari. Bagaimanakah penguasaan
tersebut dilakukan?
I Membuat kad catuan makanan
II Membentuk kampung baharu
III Membunuh pegawai daerah
IV Menguasai balai polis
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Apakah X ?
A. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
B. Persekutuan Tanah Melayu
C. Gagasan Malayan Union
D. Negeri-negeri Selat
8. Bagaimanakah Raja-raja Melayu menentang Malayan Union?
I Menghantar surat bantahan
II Membawa kes ke mahkamah
III Menubuhkan persatuan Melayu
IV Menggunakan akhbar tempatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9. Peristiwa berikut berkaitan protes tanpa keganasan yang dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
A. Penutupan kedai oleh peniaga
B. Perhimpunan haram di bandar
C. Persidangan menyokong raja
D. Penentangan secara radikal
10. Bagaimanakah perpaduan antara kaum dapat diwujudkan dalam Persekutuan Tanah
Melayu (PTM) 1948?
A. Pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu
B. Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu
C. Pengenalan Majlis Perundangan Persekutuan
D. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
11. Maklumat berikut tentang sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad
pengenalan di Tanah Melayu.
Orang awam yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki membawa kad
pengenalan ke mana-mana sahaja mulai tahun 1948.
Apakah kebaikan program tersebut terhadap kerajaan?
A. Memutuskan hubungan dengan komunis
B. Mengelakkan penduduk menyokong komunis
C. Membezakan orang awam dengan komunis
D. Menawarkan pengampunan kepada komunis
12. Perang saraf ialah rancangan yang dilakukan untuk menghapuskan komunis. Antara
berikut yang manakah berkaitan dengan perang saraf?
I Menawarkan hadiah wang tunai
II Mengadakan perintah berkurung
III Mengukuhkan pasukan tentera
IV Melonggarkan syarat kerakyatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
13. Gambar berikut ialah seorang tokoh Sistem Ahli iaitu E.E.C Thuraisingham.
Apakah portfolio beliau ?
A. Ahli Pelajaran
B. Ahli Kesihatan
C. Ahli Hasil Bumi
D. Ahli Kerja Raya
14. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Apakah X?
A Ordinan Pelajaran 1952
B Laporan Fenn-Wu 1951
C Laporan Woodhead Sarawak 1955
D Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
15. Pilihan raya majlis perbandaran yang pertama telah diadakan pada tahun 1951. Apakah
kawasan pilihan raya tersebut?
A . Ipoh, Perak
B. Kuantan, Pahang
C. Johor Bahru, Johor
D. George Town, Pulau Pinang
16. Apakah peranan kabinet pertama yang dibentuk selepas Pilihan Raya Majlis
Perundangan Persekutuan 1955?
A. Membincangkan hal ehwal luar negara
B. Mengurangkan kuasa pentadbiran British
C. Mewujudkan hubungan muhibah antara kaum
D. Mengadakan perkongsian dalam pentadbiran
17. Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
A. Pelaksanaan pilihan raya umum
B. Kerajaan persekutuan yang kukuh
C. Persempadanan antara negeri
D. Kedudukan agama Islam
18. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu antara Raja-raja Melayu dengan pihak British
telah menjadi asas kemerdekaan negara.
Apakah nilai yang ditunjukkan melalui peristiwa tersebut?
A. Permuafakatan
B. Sedia berkorban
C. Tanggungjawab
D. Taat setia
19. Maklumat berikut berkaitan persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
Sambutan kemerdekaan dinantikan oleh rakyat sehinggakan semua tiket Keretapi
Tanah Melayu dan tiket bas habis ditempah.
Apakah yang boleh dirumuskan dengan situasi tersebut?
A. Berbangga menyambut kemerdekaan
B. Bergembira menyambut kemerdekaan
C. Bersatu hati menyambut kemerdekaan
D. Bersyukur menyambut kemerdekaan
20. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi
negara.
Apakah persamaan kedua-dua rancangan tersebut?
A. Penyediaan kemudahan asas
B. Peluang pekerjaan bertambah
C. Pembukaan tanah pertanian baru
D. Pembinaan perumahan kos rendah
21. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan takrif kedaulatan?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
22. Gambar sampul surat berikut berkaitan keunikan rakyat Malaysia.
Bagaimanakah keunikan tersebut mengukuhkan negara kita?
A. Perkongsian cara hidup yang sama
B. Pengamalan adat resam yang berbeza
C. Kebebasan mutlak dalam bermasyarakat
D. Keharmonian dalam kalangan berbilang kaum
23. Undang-undang Inggeris berikut telah diperkenalkan di negara kita.
Charter of Justice I
Charter of Justice II
Charter of Justice III
Di manakah undang-undang tersebut diperkenalkan?
A. Negeri-negeri Borneo
B. Negeri-negeri Selat
C. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
D. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
24. Apakah majlis yang menggubal undang-undang di negeri Melayu pada tahun 1877?
A. Majlis Negeri
B. Majlis Tertinggi
C. Majlis Persekutuan
D. Majlis Undangan Negeri
25. Apakah yang dimaksudkan dengan Durbar?
A. Persidangan umum antara Raja Melayu dengan British
B. Persidangan umum antara Raja Melayu semua negeri
C. Persidangan umum Raja Melayu dengan Parti Perikatan
D. Persidangan umum Raja Melayu dengan pembesar Melayu
26. Gambar berikut ialah cap Mohor Besar Raja-Raja.
Apakah kepentingan cap mohor tersebut?
A. Mengesahkan kerajaan yang dipilih rakyat
B. Mengesahkan pelantikan kabinet pertama
C. Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu
D. Melambangkan undang-undang pemerintahan
27. Apakah strategi yang berjaya mengekalkan keamanan dan keselamatan di bahagian
tengah Sarawak.
A. ESSCOM
B. RASCOM
C. SALCRA
D. PRIMA
28. Apakah fungsi Majlis Tanah Negara?
A. Menguruskan kawasan petempatan
B. Mengawal kegiatan pertanian
C. Menyediakan bekalan benih
D. Meneroka tanah baru
29. Mengapakah penyatuan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963
penting?
A. Mengelakkan pencerobohan sempadan
B. Mengatasi kejatuhan ekonomi
C. Menyatukan pelbagai kaum
D. Menyelesaikan masalah komunis
30. Mengapakah Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia?
A. Mengancam kedudukan
B. Menggugat kedaulatan
C. Menjejaskan keselamatan
D. Mencetuskan pemberontakan
31. Apakah cabaran dalaman yang dihadapi Malaysia selepas pembentukan Malaysia?
A. Meningkatkan hasil pendapatan
B. Mewujudkan pemimpin berwibawa
C. Mengukuhkan perpaduan kaum
D. Memantapkan pentadbiran negeri
32. Maklumat berikut berkaitan cabaran untuk memajukan sistem pendidikan selepas
pembentukan Malaysia.
Penduduk pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan secukupnya untuk bersekolah.
Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasi cabaran tersebut?
A. Melatih tenaga guru baru
B. Memperkenalkan buku baru
C. Memperkenalkan silibus baru
D. Menyeragamkan kurikulum baru
33. Apakah matlamat penubuhan Kolej Sultan Abdul Halim?
A. Meningkatkan tenaga kerja mahir
B. Mengukuhkan perpaduan kaum
C. Menyeragamkan sistem pendidikan
D. Memperkasakan Bahasa Melayu
34. Gambar berikut berkaitan logo 1M1S.
Mengapakah dasar 1M1S diperkenalkan?
A. Semangat cinta negara
B. Semangat kenegerian
C. Semangat sukarelawan
D. Semangat setia kawan
35. Garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk
identiti kebangsaan telah diadakan pada tahun 1970. Antara berikut yang manakah
berkaitan dengan pernyataan tersebut?
A. Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
B. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
C. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
36. Antara berikut yang manakah strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai
perpaduan kaum?
I Membasmi kemiskinan
II Membuka industri baharu
III Menawar peluang pekerjaan
IV Menyusun semula penduduk
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
37. Prinsip berikut berkaitan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa.
“Hidup bersama secara aman”
Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia berpendirian tersebut?
A. Mendukung Piagam PBB
B. Meneroka benua Antartika
C. Menyertai komuniti ASEAN
D. Menuntut Kepulauan Spratly
38. Rancangan Colombo diperkenalkan dalam Komanwel pada tahun 1951. Mengapakah
rancangan tersebut diperkenalkan?
A. Menyediakan kemudahan kredit
B. Menguruskan persidangan tahunan
C. Mewujudkan kerjasama pertahanan
D. Menyelesaikan masalah kemiskinan
39. Mengapakah gerakan antiminyak kelapa sawit Malaysia dilancarkan oleh negara maju?
A. Menyekat pengeluaran negara pengeksport
B. Menjadi punca pencemaran alam sekitar
C. Menyaingi penjualan minyak kacang soya
D. Mendominasi penanaman secara ladang
40. Malaysia telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009. Apakah
tujuan pelancaran dasar tersebut?
A. Menangani masalah jerebu
B. Mengawal perubahan iklim
C. Memelihara warisan sejarah
D. Menjamin keperluan makanan
Explore all questions with a free account