No student devices needed. Know more
40 questions
1. Apakah tugas utama Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Menguruskan kegiatan perdagangan
Mengutip cukai di pelabuhan
Menjadi ketua pentadbir
Melantik pembesar
2. Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Siapakah yang tergolong sebagai golongan pemerintah?
I Ulama
II Tentera
III Peniaga
IV Pembesar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
3. Nasionalisme membawa maksud perasaan cinta akan negara.
Apakah yang ingin dicapai melalui gerakan nasionalisme?
I Membina negara bangsa
II Melahirkan identiti sendiri
III Memperbaik sistem ekonomi
IV Menghalang pemberontakan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
4. Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783 apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.
Apakah corak pemerintahan yang diperkenalkan oleh Amerika?
Demokrasi
Republik
Monarki
Feudal
5. Perang Dunia Pertama telah berlaku pada tahun 1914 hingga 1918.
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Pengeboman Britain
Krisis Rantau Balkan
Kemunculan ideologi baharu
Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat
6. Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.
Mengapakah Jerman tidak berpuas hati terhadap perjanjian tersebut?
Tercetus perang saudara
Kehilangan tanah jajahan
Dilarang memiliki angkatan perang
Terpinggir daripada perkembangan ekonomi
7. Pembentukan Malayan Union memerlukan persetujuan Raja-Raja Melayu.
Siapakan pegawai British yang telah dilantik untuk menjayakan misi tersebut?
Ralph Hone
Frank Swettenham
George Henry Hall
Harold Mac Micheal
Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan.
Apakah bentuk penentangan yang dilancarkan oleh golongan tersebut?
I Membunuh semua Pegawai British yang bertugas
II Menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British
III Peletakkan jawatan secara beramai-ramai oleh kakitangan kerajaan
IV Mengggunakan akhbar Utusan Melayu untuk menyebarkan tentangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
9. Siapakah yang menjadi wakil Raja-Raja Melayu dalam penubuhan Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946?
Dato Onn Jaafar
Haji Megat Yunus
Tunku Abdul Rahman
Dato’Nik Ahmed Kamil Mahmud
10. Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah membentuk sebuah Majlis Raja-Raja.
Apakah kuasa majlis tersebut?
Memberikan pandangan dalam perkara tertentu
Mengesahkan keputusan Pesuruhjaya Tinggi
Mengetuai Majlis Perundangan Persekutuan
Meluluskan semua pindaan perlembagaan
11. Mengapakah kemasukan pengaruh komunis tidak diterima oleh masyarakat Melayu di Tanah Melayu?
Menjatuhkan imej negara
Mengutamakan kaum tertentu sahaja
Mengenepikan kepentingan pembesar tempatan
Menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat
12. British melancarkan Perang Saraf bagi menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
Bagaimanakah langkah tersebut dilaksanakan?
I Menawarkan hadiah wang tunai
II Melonggarkan syarat kerakyatan
III Melaksanakan perintah berkurung
IV Memberikan tawaran pengampunan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
13. Mengapakah Dato’ Onn Jaafar berpendapat penubuhan agensi berikut adalah wajar?
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan pada tahun 1950 untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
Pemberian kerakyatan yang longgar
Peningkatan kemasukan orang asing
Kedudukan istimewa pribumi terjejas
Kawalan terhadap kuasa politik Melayu
14. Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas
Undang-undang antiperkauman digubal
Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum
Mewajibkan penggunaan Bahasa Kebangsaan
15. Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
I Berumur 21 tahun ke atas
II Fasih berbahasa Inggeris
III Berkhidmat dalam perkhidmatan awam
IV Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
16. Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri.
1954 --> Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 228 kerusi yang dipertandingkan.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada kemenangan tersebut?
Kejayaan kerjasama pelbagai kaum
Pelaksanaan pilihan raya adalah telus
Sokongan rakyat terhadap kemerdekaan
Kewibawaan calon menjadi pilihan utama
17. Apakah kepentingan Suruhanjaya Reid dalam penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka ?
I Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
II Menerima pandangan daripada penduduk
III Menentukan tarikh sebenar kemerdekaan
IV Melantik jawatan penting
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
18. Rajah berikut merupakan antara pihak yang terlibat dalam memberi cadangan memorandum perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apakah X?
UMNO
Orang dagang
Residen British
Raja-raja Melayu
19. Apakah takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan ?
Kekuatan menentang musuh
Kebebasan daripada penjajahan
Kemampuan menguasai ekonomi
Kekuasaan menentukan kepercayaan
20. Apakah nilai yang boleh diambil daripada Jawatankuasa Sambutan dalam pemasyhuran kemerdekaan negara ?
Rajin
Kreatif
Kerjasama
Jimat cermat
21. Penyataan berikut merupakan antara tafsiran berkaitan kedaulatan.
Siapakah tokoh yang telah membuat tafsiran tersebut?
Ibn Khaldun
Tun Dr. Salleh Abas
Dr. Ismail Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
22. Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya. Malaysia juga mempunyai ciri yang menjadi identitinya.
Apakah ciri negara yang berdaulat?
Mempunyai sempadan
Mempunyai kemakmuran ekonomi
Mempunyai kekuatan angkatan tentera
Mempunyai kuasa politik unggul di dunia
23. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan serta mempunyai dua ciri utama iaitu tradisional dan moden bagi kestabilan serta kemajuan negara.
Apakah ciri moden dalam perlembagaan Persekutuan?
Agama Islam
Bahasa Melayu
Kewarganegaraan
Pemerintahan Beraja
24. Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 melibatkan tiga perkara iaitu struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri.
Siapakah yang melantik Yang di-Pertua Negeri?
Yang di-Pertuan Agong
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Tinggi Borneo
Ketua Hakim Sarawak dan Sabah
25. Undang-undang berikut diwujudkan selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang
• Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
Apakah kepentingan pengenalan undang-undang tersebut?
Penerusan raja berkuasa mutlak
Pelaksanaan sistem demokrasi
Pengamalan Raja Berperlembagaan
Pengenalan jawatan Yang di-Pertuan Agong
26. Pernyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita.
Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara?
I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan
II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan
III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran
IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
27. Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita.
Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?
Menjamin kepentingan British
Menjalankan dasar dekolonisasi
Melaksanakan pengasingan kuasa
Mengukuhkan kedudukan Raja-raja Melayu
28. Bagaimanakah agensi persekutuan berikut melaksanakan kerjasama pembangunan sosioekonomi?
• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
• Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Memajukan industri desa
Memulihkan tanah terbiar
Memfokus pembinaan prasarana
Melaksanakan pembangunan wilayah baru
29. Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan. Apakah tujuan Sir Malcolm MacDonald dan Sir Gerald Templer mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara?
I Dekolonisasi
II Keselamatan
III Potensi ekonomi
IV Memajukan negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
30. Perjanjian Julai 1963 juga dikenali sebagai Perjanjian Malaysia.
Apakah inti pati Perjanjian Malaysia?
I Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963
II Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura, Sarawak dan Sabah
III Sarawak, Sabah, dan Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia
IV Penduduk Bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
31. Apakah faktor pemisahan Singapura dari Malaysia?
Berlaku rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1967
Singapura tidak menuntut pembukaan pasaran bersama
Tanah Melayu mengenakan kadar faedah pinjaman yang rendah terhadap Singapura
Lee Kuan Yew tidak berpuas hati dengan peranan kerajaan Singapura yang terhad
32. Apakah usaha yang diambil untuk mengatasi masalah yang timbul akibat peristiwa 13 Mei 1969?
I Perang Saraf
II Operasi Ketenteraan
III Pengisytiharan perintah darurat
IV Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
33. Pasangan manakah yang betul tentang konsep integrasi nasional dan perpaduan kaum
A
B
C
D
34. Senarai berikut berkaitan usaha mewujudkan identiti negara.
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Bagaimanakah agensi di atas mencapai matlamat tersebut?
Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pelaksanaan Prinsip Rukun Negara
Pemerkasaan bahasa kebangsaan
35. Antara berikut yang manakah insentif yang diberikan kepada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPR)?
I Latihan pengurusan harta
II Pinjaman tanpa faedah
III Pemberian subsidi
IV Kemudahan modal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
36. Apakah manfaat Rancangan Colombo kepada negara anggota Komanwel?
Kerjasama ekonomi
Bantuan ketenteraan
Menentang dasar Aparteid
Menangani masalah kemiskinan
37. Maklumat berikut merujuk kepada projek perindustrian berteknologi tinggi di negara kita.
Apakah agensi yang mengendalikan projek perindustrian tersebut?
PETRONAS
MIDA
HICOM
PKEN
38. Deklarasi Kuala Lumpur diisytiharkan dalam Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003 di Malaysia. Apakah isu yang dibangkitkan dalam deklarasi tersebut?
I Isu Palestin
II Isu pelarian
III Isu Alam Sekitar
IV Serangan Amerika terhadap Iraq
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
39. Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?
Kedudukan strategik
Kemasukan ramai pelancong
Syarat imigresen yang longgar
Perkembangan ekonomi Malaysia
40. Siapakah warganegara Malaysia yang layak menerima anugerah berikut?
Terlibat dalam misi keamanan
Komitmen dalam kesukarelawanan
Sumbangan dalam bidang alam sekitar
Sukarelawan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Explore all questions with a free account