No student devices needed. Know more
40 questions
1. Maklumat berikut berkaitan dengan peanan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka.
- Mengutip cukai di pelabuhan
Siapakah pembesar tersebut?
Laksamana
Syahbandar
Temenggung
Penghulu Bendahari
2. Terdapat pelbagai cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan. Apakah cukai tersebut?
I Cukai perjalanan
II Cukai hasil perniagaan
III Cukai Tetap
IV Cukai diraja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
3. Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Thailand.
REVOLUSI THAI 1932
Apakah kesan revolusi tersebut?
Pemerintahan beraja dihapuskan
Sistem pemerintahan bercorak republik
Sistem raja berkuasa mutlak semakin kukuh
Pemerintahan raja berpelembagaan diperkenalkan
4. Majalah Bulan Melayu yang telah diterbitkan oleh guru wanita di Johor Bahru pada tahun 1930. Apakah isu yag dimuatkan dalam majalah tersebut?
Perpaduan
Pendidikan
Ekonomi
Politik
5. Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Pearl Harbour diserang
Wilayah Jerman diceroboh
Perancis bersekutu dengan Rusia
Bakal raja Austria-Hungary dibunuh
6. Gambar berikut menunjukkan wang kertas yang digunakan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan mata wang tersebut?
Ekonomi berkembang
Peluang kerja bertambah
Harga barang menurun
Kadar inflasi tinggi
7. Apakah tujuan British menubuhkan pentadbiran British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu?
Menjimatkan perbelanjaan
Mengembalikan keamanan
Memberikan latihan ketenteraan
Melaksanakan ekonomi kawalan
8. Apakah akhbar Melayu yang menyuarakan bantahan terhadap pembentukan Malayan Union?
I Berita Harian
II Warta Negara
III Utusan Melayu
IV Lembaga Malaya
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
9. Pertubuhan berikut menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Pusat Tenaga Rakyat
- All Malaya Council of Joint Action
Apakah persamaan pertubuhan tersebut?
Membantah penubuhan UMNO
Menentang Hari Hartal Se-Malaya
Mencadangkan Perlembagaan Rakyat
Menginginkan penjajahan British dikekalkan
10. Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 kepada sistem pemerintahan beraja di negara kita?
Penubuhan Majlis Sultan-sultan
Pemulihan kuasa Raja-raja Melayu
Pemerintahan raja berkuasa mutlak dikembalikan
Pentadbiran negara diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong
11. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa di Tanah Melayu
12 Jun 1948-->Pembunuhan 3 orang pengurus ladang di Sungai Siput, Perak
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Undang-Undang Darurat diisytiharkan
Parti Komunis Malaya ditubuhkan
Rancangan Briggs dimansuhkan
Operasi Hammer dilancarkan
12. Sir Gerald Templer telah melaksanakan perang saraf untuk menghadapi ancaman komunis. Bagaimanakah perang saraf tersebut dilaksanakan?
I Mengharamkan parti politik
II Menubuhkan pasukan keselamatan
III Memenangi kepercayaan Orang Asli
IV Memajukan perkhidmatan penerangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
13. Senarai berikut ialah sistem pendidikan negara kita sebelum merdeka
- Sekolah Inggeris - Sekolah Vernakular Cina
- Sekolah vernakular Tamil - Sekolah aliran agama
- Sekolah vernakular Melayu
Apakah implikasi sistem pendidikan tersebut?
Pembangunan ekonomi yang seimbang
Perpaduan kaum sukar dicapai
Pengurangan kadar kemiskinan
Pembentukan masyarakat majmuk
14. Maklumat berikut berkaitan dengan Penyata Razak 1956.
- Sistem pendidikan yang sama
- Kurikulum yang sama
- Bahasa pengantar bahasa Melayu
Apakah kepentingan penyata tersebut?
Membentuk identiti negara
Membangunkan ekonomi negara
Mengukuhkan perpaduan antara kaum
Mengatasi masalah kemiskinan luar bandar
15. Pilihan Raya Umum Pertama pada tahun 1955.
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada negara?
Merintis jalan ke arah kemerdekaan
Mentadbir negara mengikut acuan sendiri
Menghapuskan sistem Raja Berpelembagaan
Mengembalikan semula kuasa Raja-Raja Melayu
16. Mengapakah keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan menjadi bukti amalan demokrasi berlaku di negara kita?
Pengekalan kuasa sultan
Pelantikan Perdana Menteri
Pemansuhan jawatan Residen
Pemimpin dipilih oleh rakyat
17. Gambar menunjukkan perarakan Tunku Abdul Rahman ke Padang Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Pemilihan wakil rakyat
Penentuan tarikh pilihan raya
Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
Persidangan pemimpin Melayu
18. Suruhanjaya Reid dibentuk pada 8 Mac 1956. Mengapakah suruhanjaya tersebut dibentuk?
Melantik pemerintah
Merangka perlembagaan
Mengambil alih pentadbiran
Memberi latihan kepimpinan
19. Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh-tokoh dunia
- Soekarno --Indonesia
Nelson Mandela -- Afrika
Tunku Abdul Rahman -- Tanah Melayu
Apakah persamaan mereka?
Memperjuangkan kemerdekaan
Mengembalikan pemerintahan beraja
Memperkenalkan pentadbiran moden
Menggubal undang-undang
20. Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961
Mengapakah rancangan tersebut penting?
I Merekod pengurusan kewangan negara
II Memantau pelaksanaan rancangan pembangunan
III Mengandungi program pembangunan negara
IV Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
21. Kedaulatan moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas peristiwa yang berlaku di Eropah.
Apakah peristiwa tersebut?
Revolusi Jerman
Revolusi Perancis
Revolusi Belanda
Revolusi Sepanyol
22. Rajah berikut berkaitan dengan ciri negara berdaulat.
Apakah X ?
Ekonomi makmur
Hubungan luar terjalin
Pendidikan berkembang
Sistem perundangan yang adil
23. Apakah perkara yang menjadi terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?
I Tiga Dewan dalam Parlimen
II Kewarganegaraan yang sama
III Kedudukan istimewa orang Melayu
IV Bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
24. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963?
Pemisahan Singapura
Pemberontakan Brunei
Pembentukan Malaysia
Penubuhan Melayu Raya
25. Apakah bidang kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong?
Melantik diplomat negara
Melindungi kaum bumiputera
Memanggil Parlimen bersidang
Memperkenankan rang undang-undang
26. Maklumat berikut berkaitan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan
Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?
Menggalakkan penubuhan parti politik
Membendung pencerobohan musuh
Menggalakkan percambahan idea
Memastikan ketenteraman awam
27. Antara yang berikut, perkara yang manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan?
Perubatan dan kesihatan
Pertanian dan perhutanan
Kerajaan tempatan
Kebajikan awam
28. Jadual berikut menunjukkan kerjasama kerajaan untuk membangunkan kesejahteraan rakyat.
Apakah sumbangan program tersebut terhadap golongan pertengahan?
Membangunkan kawasan baru
Meningkatkan pendapatan rakyat
Menyelesaikan masalah setinggan
Menyediakan rumah mampu milik
29. Mengapakah Tunku Abdul Rahman berpendapat Singapura perlu dimasukkan dalam pembentukan Malaysia?
Mempercepat pembangunan ekonomi
Membendung ancaman komunis
Memajukan bidang pendidikan
Meluaskan tanah jajahan
30. Apakah kesan peristiwa berikut terhadap negara kita?
1965: Jeneral Suharto mengambil alih kuasa pemerintahan di Indonesia daripada Presiden Soekarno
Hubungan diplomatik terputus
Dasar konfrontasi berakhir
Sistem beraja ditamatkan
Pakatan tentera dibentuk
31. Pada 21 Julai 1964, rusuhan kaum telah berlaku di Singapura. Mengapakah rusuhan kaum tersebut berlaku?
Menuntut persamaan hak
Merebut kuasa pentadbiran
Meluaskan pasaran bersama
Menuntut keseimbangan ekonomi
32. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Apakah X ?
Majlis Tindakan Negara
Majlis Amanah Rakyat
Majlis Gerakan Negara
Majlis Raja-Raja Melayu
33. Maklumat berikut adalah cadangan tambahan Laporan Rahman Talib
Mengapakah Laporan Rahman Talib mengemukakan cadangan tambahan tersebut?
I Mengurangkan murid gagal mata pelajaran Sejarah
II Memperkukuh semangat kekitaan
III Memperkukuh kebersamaan antara murid
IV Meningkatkan murid memasuki sekolah akademik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
34. Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.
Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?
Keluhuran perlembagaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Kedaulatan undang-undang
Kesetian kepada raja dan negara
35. Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?
Mempelbagaikan hasil pertanian
Memulihkan tanah terbiar
Membangunkan wilayah
Membuka tanah baharu
36. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah berjaya mencapai matlamat mengurangkan kadar kemiskinan di negara kita.
Bagaimanakah matlamat tersebut dicapai?
I Membuka peluang pekerjaan
II Menambah pendapatan isi rumah
III Memperkenalkan teknologi moden
IV Meningkatkan kegiatan inovasi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut adalah dua blok politik dunia
- BLOK BARAT
- BLOK TIMUR
Bagaimanakah blok tersebut memberi kesan kepada Malaysia?
Perang dunia meletus
Kemelesetan ekonomi berlaku
Dasar probarat bermula
Perubahan dasar luar
38. Rajah berikut berkaitan sebuah pertubuhan serantau.
Mengapakah pertubuhan tersebut dibentuk?
Memperjuangkan hak asasi manusia
Mendesak pengharaman senjata nuklear
Menyelesaikan isu pembentukan Malaysia
Menyelesaikan konflik di Indochina
39. Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) merupakan penyakit berjangkit yang wujud dalam masyarakat dunia.
Mengapakah perkara tersebut berlaku?
Penyalahgunaan dadah
Pemerdagangan manusia
Perlumbaan senjata
Pembiakan nyamuk
Apakah faktor penarik kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara kita?
Keserumpunan bangsa
Kemakmuran ekonomi
Persamaan bahasa
Perkaitan sejarah
Explore all questions with a free account