No student devices needed. Know more
40 questions
Bagaimanakah kedudukan raja di Kerajaan Alam Melayu diperkukuh?
Pengiktirafan oleh kuasa Siam
Pentadbiran dibantu para pembesar
Penguatkuasaan peraturan yang ketat
Persahabatan dijalin dengan kuasa luar
Antara yang berikut, manakah DUA cara Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah naungan?
Persahabatan
Perkahwinan
Peperangan
Perdagangan
Apakah tujuan Bill of Rights digubal?
Menghalang hak kebebasan rakyat
Membentuk sistem kerajaan baharu
Menamatkan penjajahan kuasa asing
Memberi keutamaan kepada parlimen
Bagaimanakah Jose Rizal mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik dan ekonomi di Filipina?
Menubuhkan Katipunan
Membentuk Liga Filipina
Melancarkan revolusi bersenjata
Menyebar fahaman melalui akhbar
Jerman menggunakan serangan Blitzkrieg bagi menakluki negara di Eropah Barat. Apakah bentuk serangan tersebut?
Serangan kilat
Serangan gerila
Serangan hendap
Serangan berani mati
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Ahmad Murad Nasaruddin dalam karya "Nyawa di-hujong Pedang"?
Semangat wira pemuda
Kekejaman tentera Jepun
Bantahan golongan wanita
Strategi menentang penjajah
Antara yang berikut, manakah DUA sebab keamanan dan kestabilan Tanah Melayu terjejas selepas Perang Dunia Kedua?
Kongsi gelap
Kemelesetan ekonomi
Krisis politik dalaman
Ketegangan kaum
UMNO ditubuhkan di Istana Johor pada 11 Mei 1946. Apakah DUA matlamat penubuhannya?
Memajukan orang Melayu
Memupuk perpaduan orang Melayu
Menghapuskan perasaan perkauman
Menjamin kedudukan Raja-raja Melayu
Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam Piagam Atlantik 1945?
Dasar neokolonialisme
Dasar liberalisme
Dasar konfrontasi
Dasar dekolonisasi
Berdasarkan dialog tersebut, apakah status kerakyatan anak mereka?
Rakyat British
Rakyat Raja Melayu
Rakyat Negeri-Negeri Selat
Rakyat Negeri Naungan British
Beberapa siri serangan telah dilakukan oleh komunis terhadap pasukan keselamatan negara. Mengapakah komunis bertindak sedemikian?
Mengancam perpaduan rakyat berbilang kaum
Menerima sokongan masyarakat yang antiBritish
Mengugut penduduk agar menyertai PKM dan Bintang Tiga
Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan melindungi penduduk
Apakah kejayaan pasukan Sarawak Rangers semasa Zaman Darurat?
Melindungi pekerja lombong bijih timah
Mengesan tempat persembunyian komunis
Merisik maklumat strategi serangan PKM
Memusnahkan kem dan markah komunis
Apakah kepentingan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) terhadap negara?
Memupuk integrasi melalui pendidikan
Meningkatkan kesedaran kerjasama politik
Memberi latihan berkerajaan sendiri
Menggembleng tenaga menyokong kerajaan
Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
Pemantauan Ahli oleh suruhanjaya bebas
Penggubalan undang-undang antiperkauman
Pelantikan Ahli dalam kalangan pelbagai kaum
Penggunaan bahasa kebangsaan diwajibkan
Antara berikut, pilihan raya manakah merupakan yang pertama diadakan di negara kita?
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Pilihan Raya Kuching Municipal Council
Pilihan Raya Perbandaran George Town
Bagaimanakah kuasa Pesuruhjaya Tinggi dikurangkan selepas pelantikan kabinet pertama?
Pembatalan kuasa veto
Perkenan Raja-Raja Melayu
Penguatkuasaan Parlimen Malaya
Permohonan kepada Ratu England
Apakah tujuan rombongan rundingan ke London pada tahun 1955?
Memohon khidmat nasihat pentadbiran
Menentukan bilangan anggota MPP
Mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu
Memperoleh mandat untuk mentadbir negara
Pihak manakah yang meluluskan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Majlis Raja-Raja Melayu
Pesuruhjaya Tinggi British
Pejabat Tanah Jajahan London
Majlis Perundangan Persekutuan
Siapakah yang mereka bentuk bendera kebangsaan negara kita?
Saiful Bahri
Mohamed Hamzah
Yaacob Abdul Latif
Sheikh Abdullah Fahim
Apakah yang telah diserahkan oleh Duke of Gloucester kepada Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957?
Surat Pengisytiharan Kemerdekaan
Surat Perlembagaan Serahan Kuasa
Perutusan Pemasyhuran Kemerdekaan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Apakah takrif kedaulatan menurut bahasa Yunani?
Kekuasaan tertinggi raja
Negara yang bebas dan merdeka
Kerajaan bertindak sebagai pemerintah
Negara berkuasa terhadap pemerintahan
Mengapakah kerajaan menganjurkan Hari Pahlawan setiap tahun?
Menjalin hubungan diplomatik
Menjamin kedaulatan negara
Meningkatkan semangat patriotik
Menggalakkan aktiviti kesukarelawanan
Mengapakah perlembagaan penting pada sesebuah negara?
Memperoleh mandat rakyat
Menjadi teras pemerintahan
Membentuk ideologi negara
Membina negara bangsa merdeka
Antara yang berikut, manakah DUA kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Pilihan raya
Kewarganegaraan
Kuasa Raja Melayu
Penetapan sempadan
Apakah kesan penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri?
Penyatuan masyarakat pelbagai kaum
Pengukuhan sistem pertahanan negara
Pemantapan pentadbiran kerajaan Islam
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Antara yang berikut, manakah DUA kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong?
Secara bergilir-gilir
Melalui pilihan raya
Sistem pewarisan takhta
Peruntukan Perlembagaan Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara persekutuan. Apakah maksud persekutuan?
Pemerintahan secara demokrasi
Penyatuan beberapa buah negeri
Pembentukan sistem Jemaah Menteri
Pentadbiran oleh Yang di-Pertuan Agong
Bagaimanakah kerjasama diwujudkan antara kerajaan dalam pemuliharaan khazanah negara?
Memperluas pasaran dalam negeri
Mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan
Membangunkan koperasi di setiap desa
Menjalankan pembangunan dan penyelidikan
Apakah kesan penyatuan pembangunan wilayah antara negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
Meningkatkan taraf hidup peribumi
Menghalang kemasukan golongan imigran
Menjimatkan perbelanjaan pengurusan
Memecahbelahkan perpaduan antara kaum
Apakah aspek utama yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)?
Pembentukan ke arah kerjasama pelbagai parti politik
Penyelesaian pertikaian antara Malaysia dan Indonesia
Menghalang Singapura dan Brunei keluar dari Malaysia
Memberi jaminan hak dan kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah
Apakah seruan Tun Abdul Razak melalui karyanya yang bertajuk "Strategy for Action"?
Bertoleransi antara masyarakat
Bersatu mempertahankan negara
Bekerjasama dalam pemerintahan
Berdedikasi membangunkan negara
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah kebergantungan pada eksport getah dan bijih timah pada awal kemerdekaan?
Melibatkan kerjasama sektor swasta
Menarik kemasukan pelabur asing
Memperbanyak pengeluaran bijih timah
Mempelbagaikan pengeluaran komoditi negara
Apakah kesan pemisahan kaum yang dilakukan oleh British terhadap Tanah Melayu?
Kewujudan persaingan sihat
Kemajuan sistem perdagangan
Kerengganan hubungan kaum
Kepelbagaian kegiatan ekonomi
Malaysia telah berjaya menganjurkan pelbagai jenis sukan peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Komanwel. Apakah iktibar daripada penganjuran sukan tersebut?
Sukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat
Sukan dapat membentuk masyarakat yang berani
Sukan dapat menjana sumber pendapatan negara
Sukan dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum
FELDA telah mengadakan kerjasama dengan Yayasan Sabah? Apakah kesan kerjasama tersebut?
Penubuhan pembangunan wilayah
Pembukaan Felda Wilayah Sahabat di Lahad Datu
Peningkatan eksport bahan makanan
Penghapusan ekonomi mengikut kaum
Bagaimanakah penyusunan modal saham dalam sektor korporat dilaksanakan di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
Melaksanakan program penswastaan
Menggalakkan pelaburan modal asing
Membuka tanah pertanian besar-besaran
Memodenkan sektor pertanian bersepadu
Apakah sumbangan Malaysia terhadap pertubuhan Komanwel?
Menentang dasar Aparteid
Menyertai misi kemanusiaan
Memperkenalkan mata wang dinar
Menghapuskan sekatan perdagangan
Mengapakah Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN diadakan di Bali, Indonesia pada tahun 1976?
Membincangkan pergolakan di IndoChina
Mengatasi ancaman komunis di Thailand
Menamatkan dasar konfrontasi Indonesia
Menyelesaikan isu pencemaran alam sekitar
Apakah kepentingan Skim Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) berkaitan isu kempen antiminyak sawit?
Penghasilan minyak sawit secara mampan
Pembuktian terhadap kebaikan minyak sawit
Peningkatan pengeluaran minyak sawit dunia
Pengiktirafan oleh badan dunia terhadap minyak sawit
Apakah kepentingan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara?
Melindungi hak asasi manusia
Memelihara keamanan sejagat
Meningkatkan kerjasama ekonomi
Menghormati prinsip kedaulatan negara
Explore all questions with a free account