No student devices needed. Know more
40 questions
Apakah bahan yang boleh dibuang terus ke dalam singki?
Asid lemah
Sisa pepejal
Sisa organik
Pelarut organik
Bahan berikut menunjukkan contoh bahan sisa yang tidak boleh dibuang di dalam sinki.
Sianida, Merkuri
Berdasarkan contoh di atas, kenal pasti pernyataan yang benar bagi bahan sisa di atas.
Sianida dan merkuri merupakan bahan bertoksik dan sangat beralkali.
Sianida merupakan bahan bertoksik, merkuri merupakan logam berat.
Sianida merupakan bahan yang terlalu beralkali, merkuri merupakan bahan meruap.
Sianida sangat mudah meruap, merkuri merupakan bahan sisa organik.
Rajah menunjukkan salah satu alat pemadam kebakaran.
Antara yang berikut, yang manakah sesuai menggunakan alat pemadam kebakaran ini?
Api melibatkan peralatan elektrik
Api memasak melibatkan minyak dan gris
Cecair mudah terbakar seperti petroleum
Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu
Seseorang itu menunjukkan tanda-tanda berikut :
-Berhenti bernafas
-Tidak memberikan respon terhadap rangsangan
-Tiada degupan jantung atau nadi
Bantuan kecemasan yang manakah patut diberikan?
Pensterilan
Pembalut tangan
Resusitasi kardiopulmonari (CPR)
Heimlich Manoeuvre
Di manakah anda perlu meletakkan genggaman apabila melakukan Heimlich Manouevre?
Di bawah jantung
Di atas jantung
Di bawah pusat
Di atas pusat
Apakah kepentingan suhu badan yang normal?
Menjadikan badan kita sihat
Mengelakkan dari serangan kanser berbahaya
Memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum
Memastikan badan kita tidak tercedera
Jadual menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada sebuah kajian.
Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Seseorang yang lebih muda mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah.
Semakin lasak aktiviti senaman yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi.
Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding lelaki.
Kadar denyutan nadi atlet lebih rendah berbanding dengan bukan atlet
Jadual menunjukkan dua orang murid dengan indeks jisim badan (BMI) yang berlainan.
Berikan interpretasi anda mengenai keadaan kesihatan setiap murid.
Murid X berisiko menghidapi penyakit anemia dan masalah kardiovaskular.
Murid X mempunyai bacaan index BMI yang ideal dan tidak perlu menambah berat badannya.
Murid Y berisiko mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan diabetis.
Murid Y mempunyai bacaan index BMI berlebihan dan perlu mengurangkan berat badannya.
Rajah menunjukkan label cekap tenaga.
Antara bilangan bintang berikut, yang manakah menunjukkan peralatan paling jimat tenaga?
3
4
5
6
Rajah menunjukkan pelbagai jenis sumber tenaga dalam sektor pengangkutan. Antara berikut, yang manakah sumber tenaga yang paling kurang membebaskan gas rumah hijau?
Antara berikut, yang manakah betul tentang mitosis?
Melibatkan semua jenis sel
Menghasilkan variasi
Menyebabkan separuh bilangan kromosom
Kandungan genetik anak adalah sama dengan induk
Rajah menunjukkan satu proses yang melibatkan kromosom manusia.
Berdasarkan rajah , nyatakan kepentingan proses itu.
Untuk menghasilkan variasi dalam manusia
Untuk memgawal pembahagian sel
Untuk menentukan jantina bayi
Sebagai satu kaedah pembiakan aseks
Rajah menunjukkan kacukan monohibrid bagi dua trait kacang pea.
kekunci
T - Gen dominan tinggi
t - Gen resesif kerdil
Apakah nisbah fenotip dalam generasi pertama?
1 Tinggi : 1 Kerdil
2 Tinggi : 1 Kerdil
3 Tinggi : 1 Kerdil
1 Tinggi : 3 Kerdil
Antara berikut, yang manakah trait manusia menunjukkan variasi tak selanjar?
Ketinggian
Kumpulan darah
Berat badan
Kepintaran
Maklumat berikut menunjukkan ciri yang terdapat pada seorang wanita yang menghidap sejenis penyakit akibat mutasi.
- Mempunyai satu kromosom seks, XO
- Mandul
- Ovari tidak berfungsi
Apakah penyakit itu?
Talasemia
Sindrom Down
Sindrom turner
Sindrom klinefelter
Pembiakbakaan dalam bidang pertanian menghasilkan tanaman dengan ciri-ciri tertentu yang diingini. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang kepentingan pembiakbakaan dalam penghasilan tanaman varieti baru?
Ia mengekalkan spesis yang sama
Ia meningkatkan hasil tanaman
Ia meningkatkan nilai nutrisi tanaman
Ia menghasilkan varieti baharu yang lebih tahan terhadap penyakit
Rajah menunjukkan spesies yang dijumpai di dalam hutan di Lembah Danum, Sabah.
Apakah sistem sokongan bagi spesies haiwan dalam rajah?
Rangka hidrostatik
Rangka dalam
Rangka luar
Tulang berongga
Rajah menunjukkan lengkung pertumbuhan sejenis haiwan.
Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai lengkung pertumbuhan pada
rajah?
kucing
lintah
Burung
lipas
Rajah menunjukkan struktur lengan manusia.
Bagaimanakah otot X dan Y bertindak untuk menaik lengan bawah ke atas?
X = Mengendur , Y = Mengecut
X = Mengendur , Y = Mengendur
X = Mengecut , Y = Mengendur
X = Mengecut , Y = Mengecut
Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D, yang manakah berfungsi sebagai kusyen?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan sistem endokrin seorang wanita yang telah menghidap penyakit kanser di kelenjar X.
Apakah kemungkinan yang akan berlaku pada wanita tersebut?
Aras glukosa darah meningkat
Kadar metabolisme lebih tinggi
Pertumbuhan terbantut
Kitar haid terganggu
Johan mengalami pembengkakan di bahagian lehernya. Kelenjar yang manakah menyebabkan masalah ini?
Testis
Kelenjar pituitari
Kelenjar tiroid
Pankreas
Maklumat berikut menunjukkan kesan-kesan sejenis dadah.
Melambatkan tindak balas terhadap rangsangan
Mengurangkan tekanan
Membantu seseorang supaya tenang
Apakah jenis dadah itu?
Perangsang
Inhalan
Penenang
Halusinogen
Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan kempen keselamatan jalan raya.
“Jangan memandu dalam keadaan mabuk”
Apakah kaitan antara pernyataan itu dengan koordinasi badan?
Merosakkan otak
Kadar denyutan jantung menurun
Aktiviti otak menjadi cepat
Penghantaran impuls menjadi lambat
Rajah menunjukkan jadual berkala yang tidak lengkap.
Apakah unsur P?
Logam alkali
Unsur peralihan
Halogen
Gas nadir
Nombor proton dan nombor nukleon bagi atom Z masing-masing ialah 14 dan 25. Berapakah bilangan elektron bagi atom Z?
11
12
13
14
Apakah sifat sesuatu unsur apabila bergerak merentasi kala dari kiri ke kanan?
Saiz atom semakin bertambah
Sifat logam bertambah
Sifat bukan logam semakin berkurang
Sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurang
Apakah kegunaan isotop Fosforus-32?
Mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan
Menentukan lintasan karbon semasa proses fotosintesis
Menentukan usia artifak arkeologi
Membunuh sel-sel kanser
Antara proses berikut, yang manakah dapat menambah kekerasan sesuatu logam?
Penulenan
Pengaloian
Penyaduran
Pempolimeran
Aluminium merupakan logam utama yang digunakan dalam pembinaan kapal terbang. Apakah aloi yang digunakan untuk membina kapal terbang?
Timah
Gangsa
Besi
Duralumin
Mengapakah seramik digunakan dalam pembuatan gigi palsu?
Lembut dan mudah dibentuk
Mudah dibentuk dan berkilau.
Keras, kuat dan lengai terhadap bahan kimia.
Tahan haba dan mempunyai takat lebur yang rendah.
Rajah menunjukkan satu proses kimia.
Apakah proses yang diwakili oleh rajah?
Pemvulkanan
Penggumpalan
Pemejalwapan
Pempolimeran
Rajah menunjukkan pemvulkanan getah.
Apakah fungsi atom sulfur dalam proses pemvulkanan getah tersebut?
Menggumpalkan molekul getah.
Membentuk rantai bersilang sulfur di antara molekul-molekul getah.
Menggabungkan molekul kecil untuk membentuk rantaian molekul panjang.
Meneutralkan ion hidrogen daripada asid yang terhasil daripada tindakan bakteria.
Seorang penoreh getah mendapati lateks telah menggumpal sebelum sampai ke kilang.
Apakah kaedah bagi mengatasi masalah ini?
Menambahkan air ke dalam lateks.
Menambahkan asid ke dalam lateks.
Simpan lateks di dalam bekas tertutup.
Menambahkan larutan ammonia ke dalam lateks.
Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan radikal bebas berada di dalam badan manusia?
Proses pernafasan.
Aktiviti riadah dan senaman.
Proses yang mempunyai haba yang rendah.
Proses pengoksidaan yang berlaku secara semula jadi di dalam badan
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan larutan berbeza terhadap pengoksidaan epal. Jadual menunjukkan keputusan eksperimen selepas potongan epal direndam dalam larutan berbeza.
Berdasarkan jadual di atas, jenis larutan manakah merupakan bahan antioksida?
Larutan gula dan larutan natrium bikarbonat
Larutan garam dan larutan natrium bikarbonat
Larutan gula, larutan garam dan jus limau
Larutan gula, larutan garam dan larutan natrium bikarbonat
Sebuah kereta memecut dari keadaan pegun dengan pecutan seragam 2.0 ms-2. Berapakah halaju kereta itu selepas 1 minit?
25 m s-1
60 m s-1
90 m s-1
120 m s-1
Rajah menunjukkan sebahagian daripada pita detik bagi sebuah troli yang sedang bergerak.
Antara berikut, yang manakah betul tentang jenis gerakan troli itu?
Halaju tidak seragam
Halaju seragam
Halaju berkurang
Halaju bertambah
Rajah menunjukkan titisan hujan pada payung boleh dikeringkan dengan memutarkan payung dengan laju dan menghentikannya secara mendadak.
Apakah sifat titisan hujan yang diaplikasikan dalam situasi di atas?
Jisim titisan hujan
Inersia titisan hujan
Daya tarikan graviti titisan hujan
Rintangan udara terhadap titisan hujan
Apakah proses yang berlaku di dalam reaktor nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik?
Pelakuran nuklear
Pembelahan nuklear
Pereputan radioaktif
Sinaran radioaktif
Explore all questions with a free account