No student devices needed. Know more
20 questions
1. Apakah unsur penting dalam sebuah negara Persekutuan?
Gabungan sembilan buah negeri
Wujud Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral
Pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat di
bawah kuasa Gabenor British
Siapakah Ketua Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka ?
Pesurujaya Tinggi British
Yang di-Pertuan Agong
Residen British
Yamtuan Besar Seri Menanti
Mengapakah Malayan Union gagal diteruskan ?
Hanya terdiri daripada empat buah negeri Melayu
Kuasa pemerintahan di tangan Majlis Mesyuarat Persekutuan
Mendapat bantahan daripada Raja-Raja Melayu dan orang Melayu
Yang di-Pertuan Besar kehilangan kuasa pemerintahan di negeri Melayu
Apakah ciri-ciri sistem Persekutuan yang dikuatkuasakan pada tahun 1896?
Ditandatangani oleh lima orang Raja Melayu
Residen Jeneral membuat keputusan pentadbiran
Dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Kuasa diagihkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Apakah konsep kesatuan yang cuba dilaksanakan oleh British melalui pembentukan Kesatuan Malaya 1946 (Malayan Union)?
I. Raja-raja Melayu bebas mentadbir negeri masing-masing
II. Pengagihan kuasa antara pemerintah tempatan dengan British Gebenor
III. British mempunyai kuasa mutlak mentadbir kerajaan pusat
IV. Penggabungan semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka dalam sebuah kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan tarikh 16 September 1963 kepada kepada negara kita?
Malaysia ditubuhkan secara rasmi
Perlembagaan Persekutuan diwujudkan
Pengunduran British dari Tanah Melayu
Pemerintahan Demokrasi Berparlimen bermula
Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa yang lebih banyak kepada Kerajaan Persekutuan?
I. Mengurangi beban tugas Kerajaan Negeri
II. Mewujudkan Kerajaan Persekutuan yang kukuh
III. Memastikan kemajuan negara yang menyeluruh
IV. Mengelakkan perebutan kuasa di peringkat negeri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah perkara yang terkandung dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
I. Tanah
II. Pendidikan
III. Kewarganegaraan
IV. Undang-undang Islam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jadual berikut menunjukkan senarai kuasa bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Senarai Persekutuan - Perhubungan dan Pengangkutan
Senarai Negeri - Pertanian dan Perhutanan
Senarai Bersama - X
Apakah X?
Tanah
Kewangan
Pertahanan
Perumahan
Palimen dan Dewan Undangan Negeri(DUN) berkuasa menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Apakah yang akan berlaku sekiranya terdapat percanggahan dalam perkara tersebut?
Membahaskannya semula
Mematuhi keputusan Parlimen
Meminta pendapat Majlis Raja-raja
Mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agung
Senarai berikut menunjukkan agensi di bawah Kerajaan Negeri.
● Majlis Bandaraya
● Majlis Perbandaran
● Majlis Daerah
Apakah fungsi agensi tersebut?
Menetapkan hari kelepasan negeri
Menyediakan klinik kesihatan awam
Mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja
Menganugerahkan biasiswa kepada pelajar cemerlang
Senarai berikut adalah pelan pembangunan sosioekonomi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan.
● FELDA
● KETENGAH
● KEJORA
Apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri bagi menjayakan pelan tersebut?
I. Kewangan
II. Kepakaran
III.Tenaga buruh
IV. Tanah untuk dibangunkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan Pembangunan Koridor Wilayah di negeri yang kurang pesat membangun?
Membandarkan wilayah yang mundur
Mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar
Menstabilkan pendapatan penduduk di wilayah berkenaan
Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah
Apakah bentuk kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui akta 716 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Pengurusan taman laut
Pengurusan sumber hutan
Pengurusan sumber tenaga baharu
Pengurusan hidupan liar dan taman negara
Apakah kepentingan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam memulihara khazanah biodiversiti?
I. Mengawal selia aktiviti kementerian yang terlibat mengekalkan
II. Warisan untuk generasi akan datang
III. Mewujudkan kawasan perlindungan flora dan fauna
IV. Memastikan sumber pendapatan negara berterusan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah berikut menunjukkan program yang diperkenalkan demi kesejahteraan rakyat.
Majlis Perumahan Negara
*Perbadanan Perumahan 1 Malaysia [PR1MA]
*Rumah Selangorku
Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?
Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?
BT m.s.77
Menghapuskan kemiskinan bandar
Menyelesaikan masalah kekurangan rumah
Membina perumahan awam di seluruh negara
Membantu golongan pertengahan memiliki rumah
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)
Apakah peristiwa yang membawa kepada penubuhan agensi tersebut?
Kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah
Konflik perebutan ke atas kepulauan di Sabah
Pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu
Kegiatan penyeludupan di Kawasan Timur Sabah
Maklumat berikut berkaitan dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan
Apakah yang diperuntukan dalam perkara tersebut?
Percanggahan undang-undang yang bersyarat dibenarkan
Perlembagaan Persekutuan diangkat sebagai undang-undang tertinggi negara
Undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri jika berlaku ketidakselarasan
Penggubalan rang undang-undang hendaklah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung
Bagaimanakah penyelarasan pentadbiran dibuat antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri?
Melalui perbincangan di Parlimen
Melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya
Melalui Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri
Melalui peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
Rajah berikut menunjukkan Majlis Negara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
MAJLIS NEGARA
* Majlis Kewangan Negara
* Majlis Tanah Negara
* Majlis X
Apakah fungsi Majlis X
Kerjasama membangunkan Kerajaan Tempatan
Menggubal undang-undang kecil Kerajaan Tempatan
Mentadbir hal ehwal pinjaman kepada Kerajaan Negeri
Membentuk dasar berkaitan pendidikan peringkat negeri
Explore all questions with a free account