No student devices needed. Know more
30 questions
1. Manakah antara berikut benar mengenai maksud kedaulatan?
Kekuasaan sesebuah kuasa imperialis ke atas negara jajahannya
Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan negara melaksanakan pemerintahan
Kekuasaan yang memberikan kebebasan untuk mencari kawasan taklukan
Kekuasaan yang kekal dan terpelihara dari ancaman dunia
DUA takrif kedaulatan dalam bahasa Yunani.
Supernatural
Supernuus
Superinterior
Superanus
3. Takrif kedaulatan dalam bahasa Inggeris ialah sovereignty yang bermaksud ......
negara yang bebas dan merdeka
kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
kuasa penuh terhadap pemerintahan
kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara
4. Tandakan TIGA takrif kedaulatan yang BETUL dalam padanan berikut :
Bahasa Yunani - Supernas
Bahasa Inggeris - Sovereignty
Bahasa Arab - Daulah
Bahasa Melayu - Kekuasaan tertinggi
5. Tandakan 3 nama tokoh yang telah memberikan pandangan mengenai maksud kedaulatan.
John Bodin
Ibn Khaldun
Aristotle
Tun Dr. Mohamed Salleh Abas
Tun Abdul Razak
6. " Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat". Siapakah tokoh yang telah memberikan pandangan mengenai maksud kedaulatan seperti dalam penyataan di atas?
Tun Dr. Mohamed Salleh Abas
Ibn Khaldun
Jean Bodin
Tunku Abdul Rahman
7. Penyataan berikut merupakan pandangan seorang tokoh mengenai kedaulatan. " Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama". Siapakah tokoh yang dimaksudkan?
Aristotle
Jean Bodin
Tun Dr. Mohamed Salleh
Ibn Khaldun
8. Terdapat 4 jenis kedaulatan iaitu kedaulatan moden, undang-undang, antarabangsa dan kedaulatan _______
tradisional
zaman purba
alaf baru
konservatif
9. Manakah antara penyataan berikut BENAR mengenai kedaulatan tradisional?
Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa
Membawa maksud kerajaan terikat dengan undang-undang
Diiktiraf oleh dunia sebagai negara berdaulat
Merujuk kepada sistem pemerintahan berkuasa mutlak
10. Bagaimanakah kedudukan seseorang raja diperkukuhkan?
Melalui upacara pelantikan
Melalui pilihan raya
Melalui taat setia rakyat
Melalui pilihan suara raja-raja
11. Persamaan rumpun bangsa dan bahasa telah digunakan untuk membentuk negara bangsa. Bagaimanakah negara kita boleh membentuk negara bangsa?
Kedaulatan raja
Kepimpinan pemerintah
Hasil gabungan negeri
Hasil pilihan raya
12. Apakah badan yang diwujudkan bagi memelihara dan melaksanakan kedaulatan udang-undang?
Badan Perundangan
Badan Pelaksana
Badan Kehakiman
Badan Kedaulatan
13. Apakah kesan kepada negara kita setelah menjadi anggota PBB?
Diiktiraf sebagai negara yang bebas dan berdaulat
Disahkan sebagai negara yang maju dan makmur
Diperlukan ketika berlaku krisis antarabangsa
Dikehendaki memberikan ufti kepada negara lain
14. Tandakan ciri-ciri negara yang berdaulat?
Mempunyai rakyat
Mempunyai pemerintah
Mempunyai sempadan
Mempunyai pengaruh
Mempunyai perundangan
15. Siapakah KETUA NEGARA Malaysia?
Perdana Menteri
Raja-raja Melayu
Yang Dipertuan Agong
Ketua Menteri
16. Apakah bentuk pemerintahan negara kita?
Raja Berperlembagaan
Raja berkuasa mutlak
Sistem presiden
Demokrasi Berparlimen
17. Negara kita bersempadan dengan 5 buah negara iaitu Thailand, Brunei, _______, ________ dan ________.
Singapura
Filipina
Indonesia
Myanmar
18. Apakah 4 kepentingan penetapan sempadan kepada sesebuah negara?
Memudahkan pembangunan sosial
Memudahkan urusan pemerintahan
Memudahkan urusan pentadbiran
Memudahkan urusan pertahanan
Memudahkan pembangunan ekonomi
19. Apakah institusi yang bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita?
Badan Kehakiman
Institusi Parlimen
Badan Pelaksana
Institusi Tadbir Negara
20. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dengan perbezaan latar belakang, budaya, agama dan bahasa. Bagaimanakah penduduk pelbagai kaum ini disatukan?
Melalui pengamalan Rukun Negara
Melalui Kempen di televisyen
Melalui identiti antarabangsa
Melalui pembelajaran bahasa lain
21. Salah satu kepentingan mewujudkan negara berdaulat ialah keberkesanan pentadbiran tanpa campur tangan kuasa luar. Siapakah yang menjalankan dasar pentadbiran di negara kita?
Yang Dipertuan Agong
Ketua Menteri
Raja-raja Melayu
Jemaah Menteri
22. Apakah tujuan pengenalan dan pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi negara kita?
meningkatkan taraf hidup rakyat
memajukan negara demi keuntungan
menambahkan infrastruktur demi kemajuan
menjadikan negara masyhur di dunia
23. Bagaimanakah negara kita mampu melahirkan generasi yang mahir dan mempunyai ilmu pengetahuan?
Melalui perpaduan kaum
Melalui sistem pendidikan
Melalui kemakmuran ekonomi
Melalui kewibawaan pemimpin
24. Apakah tujuan pengenalan Rukun Negara?
menjalinkan hubungan diplomatik
memahami budaya kaum lain
meningkatkan semangat perpaduan
menjadikan negara maju
25. Bagaimanakah hubungan dengan negara lain dibentuk di negara kita?
Melalui persamaan budaya dan sejarah
Melalui hubungan diplomatik dan perjanjian
Melalui peningkatan sistem pendidikan
Melalui penggubalan dasar luar negara
26. Mengapakah kerjasama antara pemerintah dan rakyat penting bagi sesebuah negara?
Dapat memastikan kedaulatan negara dipertahankan
Dapat meningkatkan kemajuan negara
Dapat memupuk semangat cintakan negara
Dapat mengukuhkan pertahanan negara
Semua di atas
27. Tandakan 4 langkah mempertahankan kedaulatan negara.
Mengekalkan perpaduan kaum
Memupuk semangat cintakan negara
Menambahkan sumber pendapatan
Mengukuhkan pertahanan
Mewujudkan kestabilan politik
28. Tandakan DUA peranan pemerintah agar kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi dapat dibentuk?
Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara
Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil
Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran
Memupuk kerjasama dengan semua kaum
29. Tandakan DUA peranan rakyat dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum.
Menggunakan bahasa kebangsaan
Merangka kempen perpaduan kaum
Memperuntukkan perbelanjaan mencukupi
Menghormati budaya kaum lain
30. Tandakan SATU peranan pemerintah dan SATU peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara.
Pemerintah - Menganggotai pasukan keselamatan
Pemerintah - Menggubal dasar dan undang-undang
Rakyat - Mengadakan perjanjian pertahanan
Rakyat - Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar
Explore all questions with a free account