No student devices needed. Know more
21 questions
Istilah sejarah berasal dari perkataan Arab iaitu "syajaratun". Apakah maksud perkataan tersebut?(ms. 4)
A. Syarat
B. Kawan
C. Pokok
D. Bangunan
Antara yang berikut yang manakah merupakan karya yang ditulis oleh E.H Carr? (ms.5)
A. History
B. The History
C. What is History
D. The Real History
Apakah yang menjadi asas pengkajian masa silam dalam pengajian sejarah? (ms. 6)
A. Pengajaran
B. Kronologi
C. Sumber
D. Nilai
Antara berikut, yang manakah kategori yang sesuai bagi sumber sejarah seperti akhbar dan ensiklopedia? (ms.8) *
A. Sumber primer
B. Sumber artifak
C. Sumber sekunder
D. Sumber bukan artifak
Apakah fungsi daun lontar kepada masyarakat feudal di Asia Tenggara? (ms.11) *
A. Bahan penulisan
B. Bahan kraftangan
C. Rempah ratus
D.Ubat-ubatan
Antara bahan berikut yang mana merupakan sumber primer? (ms. 8)
A. Risalah
B. Majalah
C. Ensiklopedia
D. Dokumen rasmi
Apakah yang dapat dibuktikan melalui penemuan candi di Lembah Bujang? (ms. 8)
A. Kegiatan perdagangan
B. Pengaruh Hindu dan Buddha
C. Sistem pentadbiran awal
D. Struktur sosial masyarakat
Apakah maksud epigrafi? (ms.10)
A. Ilmu mentafsir maklumat
B. Ilmu mengkaji dan menganalisis
C. Ilmu mengarang secara sistematik
D. Ilmu mempelajari tulisan pada tugu dan bangunan
Apakah yang dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat Terangganu? (ms. 11)
A. Islam datang dari Arab
B. Islam sebagai agama rasmi
C. Islam bertapak di negara kita
D. Penggunaan tulisan jawi
Apakah tujuan penandaan grid dilakukan? (ms13)
A. Mengelakkan pencerobohan
B. Mendapatkan maklumat
C. Menanda kawasan
D. Mengumpul artifak
Mengapakah Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik?
A.Zaman prasejarah yang unik
B.Zaman prasejarah lebih maju
C.Penemuan alat batu Hobinh
D.Persamaan aktiviti
Apakah maksud geologi? (ms.26)
A. Ilmu mengkaji hidupan lampau
B. Ilmu mengkaji budaya silam
C. Ilmu mengkaji alam sekeliling
D. Ilmu mengkaji pembentukan bumi
Apakah yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan? (ms. 29)
A. Iklim
B. Manusia
C. Haiwan
D. Bencana
Bilakah Zaman Miosen dipercayai telah berlaku? (ms. 30)
A. 25 hingga 23 juta tahun dahulu
B. 23 hingga 5 juta tahun dahulu
C. 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu
D. 10,000 tahun dahulu
Bilakah manusia mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian? (ms.31)
A. Zaman Pleistosen
B. Zaman Pliosen
C. Zaman Holosen
D. Zaman Mieosen
Apakah maksud penglasieran? (ms. 34)
A. Pembentukan air batu
B. Pemecahan air batu
C. Kecairan air batu
D. Perlusan litupan air batu
Bilakah berlaku kepupusan binatang seperti mamot dan harimau bertaring? (ms. 36)
A. Zaman Miosen
B. Zaman Holosen
C. Zaman Pliosen
D. Zaman Pleistosen
Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas? (ms.34)
A. 8,000 tahun dahulu
B. 8,500 tahun dahulu
C. 8,800 tahun dahulu
D. 8,900 tahun dahulu
Di manakah binatang seperti mamot berbulu dan kuda tinggal semasa zaman air batu berakhir? (ms.35)
A. Gua
B. Gunung
C. Tanam pamah yang sejuk
D. Kawasan litupan ais
Apakah yang menjadi tunjang kebenuaan di Asia Tenggara? (m.s 38)
A. Laut China Selatan
B. Laut Pasifik
C. Selat Melaka
D. Pentas Sunda
Apakah kesan kecairan air batu yang berlaku pada peringkat akhir zaman Holosen terhadap Asia Tenggara? (ms. 38)
A. Terjadi sungai dan tasik
B. Terbentuk tanah pamah yang luas
C. Terbentuk kawasan tanah tinggi
D. Terjadi teluk yang panjang
Explore all questions with a free account