No student devices needed. Know more
10 questions
Apakah fungsi alat dalam rajah di atas?
Mengetuk pahat untuk menebuk kayu
Merata dan melicinkan permukaan kayu
Merata dan melicinkan ukiran kayu
Membuat silat, mengikis dan melicinkan silat
Antara berikut, yang manakah BUKAN jenis kayu yang digunakan dalam penghasilan seni ukiran?
Kayu cengal
Kayu jelutung
Kayu merbau
Kayu maple
Apakah jenis ukiran yang digunakan bagi menghasilkan motif di atas?
Ukiran tebuk timbul bersilat
Ukiran tebuk timbul tanpa silat
Ukiran tebuk tembus bersilat
Ukiran tebuk tembus tanpa silat
Apakah nama motif flora bagi ukiran kayu di atas?
Motif bunga cempaka tanjung
Motif bunga matahari
Motif bunga ketumbit
Motif bunga kiambang
Apakah pola corak bagi motif itik pulang petang dalam ukiran kayu?
Pola pelengkap
Pola pemidang
Pola bujang
Pola tunggal
Antara berikut, yang manakah BUKAN bentuk-bentuk silat dalam seni ukiran?
Silat serong
Silat silang
Silat belah rotan
Silat dada tuma
Antara berikut, yang manakah BUKAN motif fauna dalam seni ukiran?
Motif kuda laut
Motif lebah bergantung
Motif bunga jejari buaya
Motif ayam berlaga
Alatan ukiran berikut digunakan untuk menebuk, membuang dan melicinkan bahagian dasar kayu. Apakah nama alatan itu?
Pisau wali
Pahat
Kikir pari
Getar
Pilih proses penghasilan seni ukiran yang betul.
Melukis motif, mengukir, kemasan, menyilat, menyurih motif
Menyurih motif, melukis motif, kemasan, menyilat, mengukir
Melukis motif, menyurih motif, mengukir, menyilat, kemasan
Menyilat, melukis motif, menyurih motif, mengukir, kemasan
Apakah maksud tiang keriling iaitu sejenis ukiran kayu yang digunakan oleh kaum Sekapan dan Punan Bah di Sarawak?
Senjata untuk melawan musuh
Tempayan yang berisi abu mayat
Sejenis peralatan perang
Patung mewakili nenek moyang
Explore all questions with a free account