No student devices needed. Know more
9 questions
Haba adalah suatu bentuk tenaga. Apakah unit S.I bagi tenaga?
A. Joule, J
B. Kilometer, K
C. Darjah, ºC
D. Ampere, A
Unit S.I bagi suhu adalah Kelvin, K. Walau bagaimanapun, unit suhu yang biasa digunakan adalah darjah celcius,ºC.
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu?
A. Stetoskop
B. Voltmeter
C. Termometer
D. pH meter
Pilih pernyataan yang betul berkaitan pengaliran haba.
Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu rendah ke kawasan yang bersuhu tinggi
Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.
Haba boleh mengalir melalui beberapa kaedah atau keadaan iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.
i. Kaedah- konduksi, Medium- pepejal
ii. Kaedah- perolakan, Medium- bendalir
iii. Kaedah- sinaran, Medium- vakuum (tanpa medium)
iv. Kaedah- perolakan, Medium- pepejal
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
Ali menjerit kerana terkejut sebaik sahaja tangannya tersentuh cerek panas. Bagaimanakah cara atau kaedah pengaliran haba dari cerek yang panas ke tangan Ali?
A. Melalui perolakan
B. Melalui sinaran
C. Melalui konduksi
Emak memasak sup ayam di dapur. Selepas beberapa minit, sup mula mendidih. Kelihatan ketulan-ketulan ayam di dalam periuk itu saling tenggelam dan timbul. Sehinggalah semua ketulan ayam kelihatan terapung setelah dimasak selama 20 minit. Apakah kaedah pengaliran haba yang berlaku di dalam periuk itu berlaku sehingga membolehkan semua ketulan ayam empuk dan sedia untuk dimakan?
A. Sinaran
B. Konduksi
C. Perolakan
Ahmad diminta untuk mengangkat pakaian dari ampaian oleh ibunya. Cahaya matahari sepanjang hari telah mengeringkan semua pakaian yang dijemur. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.
A. Kaedah- sinaran,
Medium- pepejal
B. Kaedah- sinaran,
Medium- vakuum (tanpa medium)
C. Kaedah- Perolakan,
Medium- bendalir
D. Kaedah- Konduksi,
Medium- pepejal
Pilih pernyataan yang betul mengenai fenonema yang berlaku dalam gambar.
Matahari memanaskan laut lebih cepat berbanding darat.
Udara panas di darat mengembang, menjadi kurang tumpat dan naik ke atas kerana lebih ringan
Udara sejuk yang lebih tumpat dari darat bergerak ke laut.
Pilih pernyataan yang betul bagi fenomena yang berlaku dalam gambar.
Darat menjadi sejuk dengan lebih cepat berbanding laut.
Udara panas di darat mengembang dan bergerak naik ke atas.
Udara sejuk dari laut lebih tumpat dan bergerak ke daratan.
Explore all questions with a free account