
Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu. Apakah unsur- unsur tersebut?
Masyarakat Tamadun Indus ( 2000 S.M ) telah berjaya membina bandar terancang tertua di dunia. Bagaimanakah masyarakat dalam tamadun tersebut mampu membina bandar terancang?
I Amalan sikap terbuka
II Perluasan wilayah taklukan
III Kejayaan kegiatan penjelajahan
IV Pertembungan dengan budaya lain
Tokoh berikut telah memberi sumbangan terhadap perkembangan tamadun.
** Julius Caesar
** Chandragupta Maurya
Apakah bentuk sumbangan mereka ?
Berikut merupakan persatuan yang ditubuhkan dalam tamadun India.
Persatuan tukang kayu
Persatuan tukang logam
Persatuan tukang kulit
Mengapakah persatuan tersebut ditubuhkan ?
Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan Maritim berjaya meneroka dunia luar ?
Mengapakah unsur mitos merupakan elemen penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?
Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ?
I Perbezaan kepercayaan
II Prinsip perjuangan berbeza
III Terpengaruh dengan Abu Lahab
IV Tanggapan salah terhadap tugas nabi
Penentangan terhadap Islam di Makkah semakin meningkat selepas bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri baginda, Siti Khadijah meninggal dunia. Bagaimanakah cara Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?
Pada tahun 630 Masihi, orang Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Piagam Madinah dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi.
Apakah kepentingan piagam tersebut?
Berikut menunjukkan konsep politik dalam sistem pemerintahan Islam
Musyawarah
Syura
Baiah
Mengapakah amalan konsep tersebut penting terhadap sesebuah negara Islam?
I Mengehadkan kuasa pentadbir wilayah
II Mengekalkan sistem berkuasa mutlak
III Melahirkan pemimpin berwibawa
IV Melicinkan sistem pentadbiran kerajaan
Hasil tulisan Ibn Battuta telah menjadi rujukan sejarawan hingga kini
Mengapakah tulisan tokoh tersebut menjadi rujukan sehingga kini?
Pedagang Islam telah berjaya menarik minat penduduk tempatan di Asia Tenggara untuk mendalami ajaran Islam. Apakah cara yang digunakan oleh pedagang Islam tersebut?
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Apakah kepentingan karya tersebut?
Pasangan manakah yang betul tentang perbezaan sistem pentadbiran sebelum dan selepas Islam di Tanah Melayu.
Apakah tujuan penubuhan Institusi baitulmal yang diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?
Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional. Apakah persamaan tersebut?
China
India
Mengapakah negara berikut menjadi sasaran imperialisme Barat pada abad ke -19?
I Tanah yang subur
II Bekalan tenaga buruh
III Kekayaan bahan mentah
IV Pasaran keluaran kilang barat
Berikut menunjukkan nilai eksport getah di Tanah Melayu semasa pemerintahan British.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Sekolah Vernakular Melayu
Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Tamil
Mengapakah British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular berikut kepada penduduk?
Peta 2 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914.
Apakah keistimewaan wilayah tersebut?
Sistem Ecomienda telah diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem di atas?
I Melaksanakan undang-undang
II Menjaga keamanan wilayah
III Mengkristiankan penduduk barangay
IV Menasihati pemerintah di pusat pentadbiran
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara berubah menjadi lebih radikal dan berorganisasi. Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong Menentang pendudukan British di Terengganu.
Mengapakah penentangan ini berlaku?
Novel Melor Kuala Lumpur telah menjadi pencetus semangat nasionalisme di Tanah Melayu sekitar awal abad ke-20.
Apakah isu yang diketengahkan oleh novel tersebut?
Tokoh berikut merupakan pemimpin yang berjaya menyatukan negara mereka
Bagaimanakah mereka berjaya membuat penyatuan tersebut?
Apakah ciri-ciri demokrasi yang terdapat dalam Adat Perpatih ?
I Pemilihan ketua bermula dari peringkat paling bawah
II Setiap masalah diselesaikan secara mesyuwarah
III Wanita berhak dalam pemilihan ketua adat
IV Perkongsian kuasa pemerintahan
Walaupun penubuhan Malayan Union mendapat tentangan penduduk Tanah Melayu, namun terdapat sebahagian mereka yang menyokong penubuhan gagasan ini. Mengapakah keadaan ini berlaku?
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah bukti kejayaan penduduk Tanah Melayu dalam usaha untuk membentuk pemerintahan sendiri. Apakah faktor pendorong kejayaan ini?
Tokoh berikut telah dilantik memegang portfolio dalam Sistem Ahli pada tahun 1951
Dato Onn Ja’afar --> Ahli dalam Negeri
Dr. Lee Tiang Keng --> Ahli Kesihatan
Dato E.E.C. Thuraisingam --> Ahli Pelajaran
Apakah peranan mereka?
Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan kemerdekaan.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
Pernyataan berikut berkaitan dengan pembentukan Malaysia.
Apakah tujuan penggabungan tersebut?
Gambar berikut menunjukkanTunku Abdul Rahman berucap di upacara menandatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963.
Apakah perkara yang terkandung dalam inti pati Perjanjian Malaysia?
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem demokrasi berparlimen?
Berdasarkan pengagihan kuasa di atas, yang manakah merupakan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
Pada tahun 1965, Makcik Kiah ingin mengusahakan tanaman pisang secara kecil-kecilan tetapi dia menghadapi masalah modal dan pasaran.
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah agensi kerajaan yang boleh membantu Makcik Kiah?
I Lembaga Pertubuhan Peladang
II Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
III Lembaga Pembangunan Industri Desa
IV Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?
Perang Dunia Pertama berlaku antara Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Apakah faktor tercetusnya perang ini?
Antara berikut yang manakah menunjukkan perbezaan perkembangan dasar luar Malaysia Tahap Pertama dan dasar luar Malaysia Tahap Kedua ?
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah diterima menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Apakah sumbangan Malaysia dalam pertubuhan ini?