
Apakah sistem tulisan masyarakat Mesir Purba?
Imhotep mempunyai jasa yang paling besar terhadap tamadun Mesir Purba. Apakah jasa tersebut?
Pada tahun 509 S.M. masyarakat Latin di Rom di bawah pimpinan golongan patrician telah bangun memberontak
Apakah kesan peristiwa berikut terhadap Rom?
Bagaimanakah unsur Yin dan Yang dapat memanfaatkan masyarakat Cina hari ini?
Pelabuhan pembekal --> X --> Pelabuhan entreport
Bagaimanakah X mendapat statusnya?
Setiap datu yang dilantik dalam kerajaan Srivijaya akan mengikuti upacara angkat sumpah di Telaga Batu, Palembang. Amalan ini berhubungkait dengan nilai ..
Kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul. Apakah peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan nabi menyelesaikan masalah dalam masyarakat Arab Quraisy?
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah menentang prinsip persamaan taraf sesama manusia?
Nabi Muhammad s.a.w telah mengadakan dua perjanjian dengan orang Madinah sebelum hijrah. Namakan tempat peristiwa itu berlaku.
Apakah faktor penting pembukaan kota Makkah oleh orang Islam pada tahun 630 M?
Baghdad telah menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu sehingga tertubuhnya baitulhikmah. Apakah kegiatan utama institusi keilmuan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
*Perluasan kawasan penyebaran Islam
*Perluasan kawasan pemerintahan Islam
Apakah kesan pertembungan tersebut?
Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut?
• John Crawford
• Emanuel Gadinho Eredia
• Snouck Hurgronje
Kerajaan Islam berikut memberi pengaruh yang kuat terhadap kerajaan Islam di Asia Tenggara.
• Kerajaan Bani Abbasiyah
• Kerajaan Turki Uthmaniyah
Apakah kesan pengaruh tersebut?
Mengapakah konsep daulat penting dalam sistem politik Melayu tradisional?
I Pemberian kuasa kepada pembesar
II Mengukuh kedudukan raja
III Mengikat rakyat dengan pemerintah
IV Pengaruh kuasa asing disekat
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.
• Berdasarkan sukatan pelajaran
• Dilaksanakan secara kelas
• Diawasi oleh mudir
Apakah sistem pendidikan tersebut?
Sistem feudal yang diamalkan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal dalam masyarakat Melayu tradisional.
Apakah persamaan tersebut?
Apakah implikasi Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act) yang dilaksanakan di Britain pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian?
Berlaku peningkatan nilai eksport getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
1932 - 9 077 000 pound sterling
1933 - 14 252 000 pound sterling
1934 - 32 557 000 pound sterling
Mengapakah berlaku peningkatan nilai eksport tersebut?
Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.
Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu?
Apakah implikasi daripada slogan berikut?
• Beban orang putih
• Tugas menyebarkan tamadun
Apakah kesan pengenalan Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina terhadap penduduk?
Mengapakah Penghulu Dol Said melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833?
Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20?
• Revolusi Inggeris 1688
• Revolusi Perancis 1789
• Perang Kemerdekaan Amerika 1776
Apakah kesan peristiwa tersebut ke atas negara Barat?
Bagaimanakah Sultan Abu Bakar bertindak menghalang British daripada menguasai negeri Johor?
Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold Mac Michael yang mengugut Raja-Raja Melayu
Apakah ugutan yang dimaksudkan?
Apakah faktor yang menyebabkan Bristish menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
British melaksanakan Sistem Ahli dari Januari 1951 hingga Jun 1955.
Apakah alasan British menyokong Sistem Ahli?
Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut?
• Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
• Tun H. S. Lee
• Tun V. T Sambanthan
Lee Kuan Yew mencadangkan supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu.
Apakah tujuan Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut?
Mengapakah Indonesia membantah pembentukan Malaysia?
Apakah tugas Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Malaysia?
I Bertindak atas nasihat Perdana Menteri
II Boleh menggunakan kuasa budi bicara
III Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara
IV Berhak membatalkan sesuatu undang-undang
Mengapakah Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan tersebut?
**Badan Perundangan
**Badan Pelaksana
**Badan Kehakiman
Apakah bidang kuasa Badan Kehakiman dalam sistem pemerintahan di Malaysia?
Matlamat Rancangan Malaya Pertama ialah membangunkan kawasan luar bandar dan merapatkan jurang perbezaan pendapatan
Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai?
Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?
• Dewan Bahasa dan Pustaka
• Universiti Kebangsaan Malaysia
Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negaranegara berikut.
• Britain
• Australia
• New Zealand
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?
Negara berikut telah menganggotai Kumpulan 15 (G15).
• Malaysia
• Yugoslavia
• Nigeria
Apakah hasrat negara-negara tersebut?