No student devices needed. Know more
25 questions
Apakah kesan migrasi dalaman dari segi ekonomi?
Meningkatkan kemudahan infrastruktur
Pengaliran keluar mata wang
Membangunkan kawasan baharu
Mewujudkan masalah setinggan
Bagaimanakah migrasi dalaman dapat membangunkan kawasan baharu?
Penghijrahan besar-besaran menyebabkan taraf hidup penduduk meningkatkan
Migrasi penduduk luar bandar ke kawasan tanah rancangan seperti FELDA dapat membangunkan kawasan tersebut
Pertambahan imigran membangunkan kawasan bandar
Berikut merupakan kesan sosial akibat migrasi dalaman kecuali
I Taraf hidup migran meningkat
II Kemudahan infrastruktur meningkat
III Masalah setinggan
IV Masalah sosial
I dan II
II dan III
I dan IV
I dan III
Mengapakah kekurangan tenaga kerja berlaku di kawasan luar bandar?
Penduduk luar bandar bertambah malas
Penduduk luar bandar tidak suka bekerja
Penduduk luar bandar berhijrah ke bandar
Kadar kelahiran penduduk luar bandar semakin menurun
Mengapa masalah setinggan seringkali berlaku di kawasan bandar?
Penduduk yang berhijrah tidak dapat cari rumah
Rumah yang disediakan di kawasan bandar adalah sedikit
Perumahan setinggan adalah lebih mudah untuk dibina
Harga rumah dan kadar sewa di bandar adalah tinggi
Manakah antara berikut merupakan tiga kesan positif migrasi antarabangsa?
I Pemindahan teknologi
II Menyediakan tenaga kerja
III Pengaliran keluar mata wang
IV Kemudahan infrastruktur meningkat
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, III dan IV
Yang manakah bukan kesan negatif migrasi antarabangsa?
Meluaskan pasaran barangan
Penyakit berjangkit
Kos perbelanjaan kerajaan meningkat
Persaingan peluang pekerjaan
Mengapakah bandar utama seperti Kuala Lumpur mengalami peningkatan kepadatan penduduk?
Migrasi penduduk dari pelbagai hala
Penghijrahan pekerja asing ke bandar Kuala Lumpur
Migrasi bandar ke luar bandar
Manakah antara berikut kesan sosial migrasi antarabangsa?
I Masalah sosial
II Taraf hidup migran meningkat
III Masalah setinggan
IV Pengaliran keluar mata wang
I dan II
II dan III
I dan III
I dan IV
Kesan migrasi antarabangsa dikatakan dapat meluaskan pasaran barangan. Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?
Pertambahan penduduk luar bandar meningkatkan ekonomi negara
Penduduk luar bandar yang kaya ke bandar telah meluaskan pasaran negara
Pertambahan penduduk akibat imigrasi menyebabkan kuasa beli meningkat justeru meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan
Pendapatan tinggi golongan migran menyumbang kepada ekonomi negara
Salah satu kesan negatif migrasi antarabangsa ialah kos perbelanjaan meningkat. Manakah antara berikut yang mendorong kepada situasi tersebut untuk berlaku?
I Kos tahanan PATI
II Kos pembangunan kemudahan infrastruktur
III Kos perbelanjaan makanan PATI semasa dalam tahanan
IV Kos perbelanjaan pengurusan PATI
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah risiko penyakit berjangkit boleh berlaku di negara melalui migrasi antarabangsa?
Penduduk asing tidak dirawat sebelum masuk ke dalam negara
Penduduk asing yang berpenyakit tidak menerima imunisasi
Kos perubatan yang mahal di negara asal
Penduduk asing tidak mampu membeli ubat
Manakah antara berikut langkah-langkah mengurangkan migrasi dalaman?
I Menyediakan kemudahan insentif
II Meningkatkan kemudahan asas di luar bandar
III Memodenkan sektor pertanian
IV Penyelerakan dan penyebaran industri
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II dan IV
Penguatkuasaan undang-undang pengambilan pekerja asing bertujuan untuk?
Mengenakan tindakan dan hukuman kepada mereka yang memasuki negara secara haram
Memastikan permit pengambilan pekerja dihadkan
Memastikan pekerja asing sihat walafiat sebelum diambil bekerja
Memastikan pekerja asing tidak lagi bekerja dalam negara
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu penduduk tempatan supaya tidak bersaing dengan golongan imigran untuk mendapatkan pekerjaan.
I Menggalakkan pengambilan pekerja tempatan
II Mengurangkan cukai keuntungan kepada majikan yang mengambil pekerja tempatan
III Menyediakan latihan dan program pembangunan tenaga kerja tempatan seperti Kolej Vokasional
IV Memberi insentif kepada pekerja tempatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar migrasi penduduk luar bandar ke bandar?
I Meningkatkan kemudahan asas di luar bandar
II Menekankan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
III Memberi bantuan dari segi kewangan
IV Membantu penduduk untuk mencari pekerjaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah dengan memodenkan sektor pertanian dapat mengurangkan migrasi luar bandar ke bandar?
Penggunaan biji benih yang mahal meningkatkan pengeluaran hasil seterusnya mengurangkan migrasi luar bandar ke bandar
Pertanian yang berunsurkan robotik membantu para petani menjual hasil pertanian seterusnya mengurangkan migrasi luar bandar ke bandar
Penggunaan jentera moden, baja kimia dan benih bermutu meningkatkan hasil pertanian seterusnya mengurangkan migrasi luar bandar ke bandar
Hasil pertanian ditingkatkan dapat mengurangkan migrasi luar bandar ke bandar
Apakah langkah yang diambil kerajaan supaya lebih banyak penduduk tempatan bekerja dalam sektor kritikal seperti perladangan, pembinaan dan perindustrian?
Menyediakan pelbagai kemudahan seperti insentif asrama pekerja, kemudahan cuti bersalin dan pemberian bonus
Membuka lebih banyak kekosongan kerja dalam sektor tersebut
Menggalakkan majikan untuk mengambil pekerja tempatan
Mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing
Manakah antara berikut langkah-langkah diambil kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang pengambilan pekerja asing.
I Pemberian permit yang terhad
II Hukuman penjara 2 tahun kepada PATI dan majikan
III Mengenakan denda yang berat
IV Peningkatan operasi penguatkuasaan PATI
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kesan ekonomi yang timbul di luar bandar akibat migrasi luar bandar ke bandar?
Bilangan penduduk berkurang
Kemudahan infrastruktur berkurang
Kadar kelahiran meningkat
Sektor pertanian di luar bandar mengalami kekurangan tenaga kerja
Apakah kesan positif pengambilan pekerja asing di negara?
Meningkatkan ekonomi negara
Menyebabkan sektor pelancongan negara meningkat
Menampung kekurangan tenaga kerja yang mahir dan tidak mahir
Nyatakan 3 kesan migrasi dalaman terhadap negara Malaysia. (3 markah)
Nyatakan 3 kesan migrasi antarabangsa terhadap negara Malaysia. (3 markah)
Jelaskan 2 langkah mengurangkan migrasi dalaman secara ringkas (4 markah)
Jelaskan 2 langkah mengurangkan kesan migrasi antarabangsa. (4 markah)
Explore all questions with a free account