No student devices needed. Know more
40 questions
Peta menunjukkan lokasi tamadun awal dunia. Apakah tamadun X dan tamadun Y ?
Hwang Ho dan Indus
Mesir dan Hwang Ho
Indus dan Mesopotamia
Mesopotamia dan Mesir
Peta menunjukkan lokasi tamadun awal dunia. Apakah nama sungai di tamadun X dan sungai di tamadun Y ?
Sungai Kuning dan Sungai Tigris
Sungai Tigris dan Sungai Indus
Sungai Nil dan Sungai Kuning
Sungai Indus dan Sungai Nil
Sebelum menjadi konsul, ahli Dewan Senat perlu menjadi pemerintah tentera. Apakah DUA syarat yang ditetapkan dalam tamadun Rom?
Menghapuskan golongan penentang
Memudahkan penyebaran agama
Memastikan ketua negara kuat
Memilih pemimpin berwibawa
Pasangan manakah yang BETUL tentang masyarakat Athens dan masyarakat Sparta dalam Tamadun Yunani?
Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?
Mengetuai upacara keagamaan
Menguruskan perbendaharaan
Menjaga keamanan
Mentadbir wilayah
Bagaimanakah kerajaan agraria memajukan ekonomi?
Memastikan tenaga buruh mencukupi
Mengemaskinikan sistem kutipan cukai
Menaik taraf kemudahan pelabuhan
Memantapkan sistem pengairan
Mengapakah tokoh berikut tertarik kepada ajaran Islam?
# Bilal bin Rabah
# Amir bin Fuhairah
Persamaan taraf
Perubahan status
Desakan keluarga
Kebebasan beragama
Mengapakah Perang al-Basus antara bani Taghlib dengan Bani Nadar berlarutan selama 40 tahun?
Kerajaan pusat tiada
Hasutan kerajaan Parsi
Kawasan pertanian terhad
Campur tangan orang Yahudi
# Menjalin hubungan persaudaraan
# Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk memastikan kedua-dua kepentingan hijrah tersebut menjadi kenyataan?
Melantik gabenor sebagai pentadbir
Menyatukan wilayah-wilayah kecil
Memastikan pasukan tentera tetap
Menggubal perlembagaan negara
Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi. Mengapakah kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah?
Pembebasan golongan hamba
Pemulauan keluarga Bani Hashim
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
Pertelingkahan antara suku Aus dengan Khazraj
Kerajaan Bani Umaiyah telah menubuhkan beberapa bahagian dalam pentadbiran. Apakah DUA bahagian tersebut?
Cukai
Bahasa
Perdagangan
Kehakiman
# Khalid bin Al-Walid
# Usamah bin Zaid
Apakah sumbangan tokoh tersebut kepada kerajaan Islam?
Menjadi panglima angkatan tentera
Mengembangkan pengajaran Al-Quran
Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu
Memeterai perjanjian dengan kerajaan Parsi
Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain?
Mengelakkan perpecahan rakyat
Memperkukuh hubungan perdagangan
Meningkatkan kewibawaan pemerintah
Mengekalkan amalan adat tradisional
Sultan Malik Al-Zahir => Samudera-Pasai
Sultan Ali Mughayat Syah => Acheh
Apakah sumbangan kedua-dua pemerintah tersebut dalam bidang pentadbiran?
Menerapkan unsur Islam
Melantik ulama mentadbir wilayah
Mewujudkan angkatan tentera
Mengehadkan kuasa golongan bangsawan
Bagaimanakah Tun Perak membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara?
Menggalakkan pembinaan madrasah
Mengislamkan golongan bangsawan
Melaksanakan perluasan kuasa
Menggalakkan penulisan kitab
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal. Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut?
Pelantikan ketua adat
Keturunan sebelah bapa
Perkahwinan sesama suku
Anak perempuan mewarisi harta
Antara berikut, yang manakah DUA ciri zaman gelap di Eropah?
Sistem feudal runtuh
Kerajaan pusat lemah
Ilmu pengetahuan terhad
Institusi agama merosot
Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat. Mengapakah kritikan tersebut berlaku?
Perpecahan sesama penganut
Peningkatan kadar cukai
Kepincangan amalan
Perbezaan mazhab
Mengapakah British membawa masuk buruh dari India dan China ke Tanah Melayu pada abad ke-19?
Mengimbangi komposisi kaum
Menambah bilangan penduduk
Memaksimumkan keuntungan
Melicinkan pentadbiran kerajaan
Kejatuhan harga getah menyebabkan British memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922. Bagaimanakah rancangan tersebut dapat mengatasi kejatuhan harga getah?
Pengeluaran getah dihadkan
Peningkatan mutu getah asli
Penggunaan getah dipelbagai
Penawaran getah tiruan dilarang
Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda. Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah?
Syarat kerakyatan ketat
Harga komoditi rendah
Imigran bertambah
Cukai tinggi
Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing. Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?
Bantuan golongan bangsawan
Perpaduan penduduk peribumi
Kerjasama dengan kuasa asing
Kepelbagaian hasil dalam negara
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
Kemunculan ramai golongan intelek
Kewujudan golongan bangsawan
Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
Matlamat Kesatuan Melayu Muda ialah menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?
Membantu perjuangan golongan kiri
Bergabung dengan kuasa Barat lain
Mendapatkan sokongan pembesar
Bekerjasama dengan pihak Jepun
# Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
# Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Apakah DUA persamaan kandungan kedua-dua undang-undang tubuh tersebut?
Kuasa rakyat
Pewaris takhta
Tugas Jemaah Menteri
Pelantikan penasihat kewangan
Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833. Mengapakah beliau menentang British?
Pembinaan balai polis
Pencabulan adat tradisi
Pembayaran ufti tahunan
Pengenalan peraturan tanah
Mengapakah Otto Eduard von Bismarck menyerang negara Denmark, Austria dan Perancis pada abad ke-19?
Menyekat kuasa asing
Menyatukan negara bangsa
Menentang fahaman sosialis
Memulihkan sistem monarki
# Persamaan adat resam
# Persamaan bidang kesenian
# X
Apakah X ?
Persamaan pandangan dunia
Persamaan bahasa pertuturan
Persamaan sistem kepercayaan
Persamaan dasar pemerintahan
Gambar menunjukkan demonstrasi rakyat Sarawak pada tahun 1946. Mengapakah terdapat sepanduk yang bertulis 'WE DO NOT WANT TO BE COLONISED" (KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH) ?
Taraf kerajaan sendiri terjejas
Sempadan negeri akan diubah
Majlis Tertinggi Negeri dibubar
Mahkamah Anak Negeri dimansuhkan
Apakah perkara yang dicadangkan dalam Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson yang diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama?
Pemulihan sistem monarki
Pengharaman amalan realpolitik
Penyatuan rakyat melalui agama
Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa
Apakah keputusan yang dicapai dalam Rundingan London antara wakil Tanah Melayu dengan British yang berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956?
Pelaksanaan pilihan raya umum
Pemberian kemerdekaan tanah air
Pengekalan hak istimewa orang Melayu
Pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri
Mengapakah A.M. Azahari melancarkan Pemberontakan Brunei pada tahun 1962?
Menghalang penjajahan Barat
Mempertahankan hak pemerintah
Menentang gagasan Malaysia
Menuntut kemerdekaan
Pembentukan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia kerana menganggap Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baharu. Siapakah dalang di sebalik anggapan tersebut?
Parti Komunis
Orientalis Barat
Golongan agama
Penjajah Belanda
# Sarawak Chinese Association
# Parti Pesaka Anak Sarawak
Mengapakah parti tersebut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal?
Inginkan pungutan suara dijalankan
Mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
Menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing
Bimbang hak istimewa penduduk tempatan terjejas
Antara yang berikut, manakah DUA perkara yang berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem Raja Berperlembagaan?
Bertindak atas nasihat Perdana Menteri
Boleh menggunakan kuasa budi bicara
Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara
Berhak membatalkan sesuatu undang-undang
Berdasarkan gambar, Malaysia mengamalkan
pemerintahan raja berkuasa mutlak
konsep pengasingan kuasa
prinsip negara kesatuan
dasar pintu terbuka
Gambar menunjukkan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali. Apakah kepentingan sukan tersebut terhadap Malaysia?
Mengeratkan perpaduan kaum
Memantapkan hubungan serantau
Memperkasa semangat kenegerian
Memudahkan perkongsian kepakaran
Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?
# Dewan Bahasa dan Pustaka
# Universiti Kebangsaan Malaysia
Meningkatkan kadar celik huruf
Menggalakkan kemasukan pelajar asing
Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa
Memperkasakan kedudukan bahasa kebangsaan
Pada tahun 1970-an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada proBarat kepada dasar berkecuali. Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Kejatuhan harga komoditi
Kemerosotan pengaruh Britain
Desakan daripada pedagang asing
Mematuhi arahan kuasa besar dunia
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland. Apakah DUA faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo
Perkembangan kuasa imperialis baharu
Kegagalan Perjanjian Versailles
Kemelesetan ekonomi dunia
Explore all questions with a free account