Mengapakah Jawatankuasa Kerja diperkenalkan? (Buku teks m/s 126)
Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Kerja?
(Buku teks m/s 126)
I. Raja-raja Melayu
II. Wakil UMNO dan pegawai British
III. Wakil MCA dan MIC
IV. Ketua tempatan Sabah dan Sarawak
Mengapakah golongan Melayu radikal membantah tindakan British? (Buku teks m/s 128)
Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau? (Buku teks m/s 128)
Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan? (Buku teks m/s 128)
Siapakah nama tokoh di atas dan apakah peranan tokoh tersebut? (Buku teks m/s 128)
Diterbitkan oleh Ahmad Boestamam untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.
Apakah nama akhbar yang dimaksudkan di atas? ( Buku teks m/s 129)
PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA? (Buku teks m/s 130)
Mengikut Perlembagaan Rakyat, warna apa yang perlu dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 130)
PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal iaitu (Buku teks m/s 131)
Mengapakah British perlu melakukan dasar dekolonisasi? (Buku teks m/s 133)
Apakah maksud dekolonisasi? (Buku teks m/s 133)
Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM) merupakan gabungan (Buku teks m/s 134)
I. Singapura
II. sembilan buah negeri Melayu
III. dua buah Negeri-negeri Selat
IV. tiga buah Negeri-negeri Selat
Siapakah yang mengetuai Kerajaan Persekutuan? (Buku teks m/s 134)
Apakah peranan sultan di peringkat negeri? (Buku teks m/s 134)
Antara berikut, siapakah yang tertakluk kepada kewarganegaraan jus soli? (Buku teks m/s 135)
I. rakyat Raja
II. rakyat British
III. rakyat Singapura
IV. rakyat Sabah dan Sarawak
Tingkah laku baik
Tiada rekod jenayah
Menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Taat kepada Persekutuan Tanah Melayu
Ciri-ciri di atas merujuk kepada kewarganegaraan secara (Buku teks m/s 135)
Rakyat Raja adalah dua golongan yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan. Siapakah dua golongan yang dimaksudkan itu? (Buku teks m/s 135)
I. Orang India
II. Orang Cina
III. Orang Melayu
IV. Orang Asli
Rakyat British merujuk kepada mereka yang lahir di (Buku teks m/s 135)
I. Melaka dan Pulau Pinang
II. Negeri-negeri Melayu
III. Singapura
IV. tanah jajahan British yang lain
Berapa ramai Raja Melayu yang menganggotai Majlis Raja-Raja? (Buku teks m/s 136)