No student devices needed. Know more
20 questions
Apakah asas penggantian pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?
Adat Perpatih
Sistem warisan
Sistem penggiliran
Adat Temenggung
Rajah di atas menunjukkan sistem pewarisan takhta bagi kesultanan negeri X.
Apakah negeri X?
Perak
Pahang
Selangor
Terengganu
Apakah persamaan sistem pemerintahan Kesultanan Pahang dan Terengganu?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Waris ganti digelar Putera Mahkota
Memperkenalkan sistem penggiliran
Mengamalkan sistem perwarisan takhta
Pembentukan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Apakah peranan Dewan di-Raja di negeri Selangor?
Mentadbir negeri
Menasihati sultan
Memilih pembesar
Meluluskan undang-undang
Apakah bukti bahawa Sultan bertanggungjawab mendaulatkan syiar Islam?
Institusi agama dihormati
Sultan meluluskan tauliah penceramah agama
Undang-undang syariah dilaksanakan
Masjid dinamakan dengan nama sultan
Siapakah tokoh agama yang dilantik menganggotai Dewan di-Raja Selangor?
Kadi
Mufti
Imam
Syeikh
Gambar berikut berkaitan dengan sejenis tengkolok diraja sebuah negeri Melayu.
Apakah negeri Melayu tersebut?
Perak
Selangor
Pahang
Terengganu
Pilih pernyataan yang benar berkaitan Undang-undang 99 Perak.
Berkaitan adat istiadat diraja
Merupakan undang-undang adat
Digubal oleh Sultan Muzaffar Shah
Mengandungi 99 soalan dan jawapan
Hukum Kanun Melaka merupakan asas kepada kelahiran undang-undang bertulis negeri-negeri Melayu.
Apakah warisan perundangan tersebut yang dijadikan asas kepada undang-undang negeri Melayu?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Hukum jual beli
Peraturan pelayaran
Larangan istana
Tanggungjawab syahbandar
Membetulkan kedudukan bayi dalam perut ibu supaya dapat memudahkan proses kelahiran merupakan amalan dalam Adat Keputeraan.
Apakah amalan tersebut?
Bercukur
Berendoi
Melenggang perut
Bayi diperdengarkan azan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan adat perkahwinan?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Merisik
Bertunang
Bercukur
Berendoi
Kitab Tib telah disalin oleh Haji Mahmud al-Jawi, Terengganu pada tahun 1819.
Apakah isi kandungan karya tersebut?
Pendidikan
Salasilah raja
Perubatan
Sastera rakyat
Maklumat berikut berkaitan dengan karya sejarah.
-dikarang oleh Tengku Dalam Kalthum
-mengisahkan sejarah Kesultanan Terengganu abad ke-19 dan ke-20.
Apakah karya sejarah tersebut?
Misa Melayu
Syair Tawarikh Zainal Abidin Ketiga
Hikayat Pahang
Kitab Sejarah Perak
Apakah barang dagangan utama Pelabuhan Kuala Selangor dan Pelabuhan Kuala Sungai Perak?
Gading gajah
Senjata
Kraf tangan
Bijih timah
Mata wang syiling telah ditemui di negeri Selangor.
Siapakah pemerintah yang memperkenalkan mata wang tersebut?
Sultan Sulaiman Shah
Sultan Ibrahim Shah
Sultan Muhammad Shah
Sultan Alauddin Riayat Shah
Gambar berikut merupakan Masjid Negeri Selangor.
Apakah peranan utama pembinaan masjid tersebut?
Mendaulatkan syiar Islam
Memberi tauliah penceramah
Menjadi simbol agama Islam
Menggubal undang-undang Islam
Apakah kegiatan ekonomi bagi negeri Terengganu pada abad ke-18?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Perusahaan batik
Penanaman lada hitam
Perlombongan emas
Penangkapan ikan
Negeri Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah yang dinamakan ______ sejak abad ke-17.
kupang emas
katun
tampang
bidor
"Semasa kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) tempoh berkabung ialah 40 hari".
Apakah pihak yang menentukan tempoh perkabungan tersebut?
Menteri Besar
Pihak istana
Kerajaan Negeri
Jemaah Menteri
Hukum Kanun Pahang telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614).
Berapakah kandungan undang-undang tersebut?
99 fasal
92 fasal
96 fasal
98 fasal
Explore all questions with a free account