No student devices needed. Know more
21 questions
Kenal pasti jenis rangsangan yang menyebabkan gerak balas pada gambar ini.
cahaya
sentuhan
graviti
air
Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah tidak akan bergerak balas terhadap cahaya?
Pucuk
Daun
Akar
Bunga
Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan yang diletakkan di tepi tingkap di dalam sebuah bilik yang kelam.
Apakah yang perlu dilakukan kepada tumbuhan itu supaya ia tumbuh tegak?
Menambahkan kuantiti baja
Menyiram air dengan kuantiti yang lebih
Letak di tempat terbuka di luar bilik itu
Alih ke tempat yang lebih jauh daripada tingkap
Bahagian tumbuhan manakah yang bergerak balas terhadap air?
Akar
Pucuk
Batang
Daun
Akar akan bergerak balas terhadap ...
cahaya
graviti
air
sentuhan
Gambar menunjukkan satu pemerhatian yang dibuat pada sebatang anak pokok yang ditutup dengan kotak hitam yang berlubang selama satu minggu.
Apakah kesimpulan yang ingin dibuktikan?
Pucuk bergerak ke arah lubang
Pucuk bergerak balas terhadap udara
Pucuk bergerak balas terhadap air
Pucuk bergerak balas terhadap cahaya
Apakah rangsangan yang menyebabkan daun semalu menguncup?
Graviti
Cahaya
Sentuhan
Air
Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan gambar ini?
Tumbuhan hidup subur
Akar bergerak ke arah air
Akar bergerak balas terhadap air
Tumbuhan memerlukan air untuk hidup
Graviti adalah salah satu jenis rangsangan pada tumbuhan.
Graviti ialah daya yang menarik objek ke arah Bumi.
Penyataan di atas betul atau salah.
Betul
Salah
Nyatakan inferens yang dapat dibuat berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
kerana akar bergerak balas terhadap graviti
kerana akar bergerak balas terhadap air
kerana akar bergerak balas terhadap cahaya
kerana akar bergerak balas terhadap sentuhan
Apakah yang dimaksudkan dengan proses fotosintesis?
Proses tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap air
Proses membuat klorofil oleh tumbuhan hijau
Proses menyingkirkan karbon dioksida oleh tumbuhan hijau
Proses tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri
Gambar menunjukkan satu proses hidup tumbuhan.
Apakah nama proses ini?
Respirasi
Kondensasi
Fotosintesis
Penyejatan
Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan. Apakah bahan yang berwarna hijau pada tumbuhan tersebut?
Kanji
Glukosa
Klorofil
Gula
Gambar menunjukkan haiwan dan manusia membebaskan karbon dioksida sepanjang masa.
Antara proses berikut, yang manakah dapat mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera?
Pernafasan
Tumbesaran
Fotosintesis
Gerakbalas terhadap rangsangan
Gambar menunjukkan penyiasatan tentang proses fotosintesis. Pokok M dan N telah dibekalkan dengan air yang sama banyak dan diletakkan di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari.
Apakah keperluan proses fotosintesis dalam penyiasatan ini?
Cahaya matahari
Klorofil
Karbon dioksida
Air
Antara berikut yang manakah bukan keperluan proses fotosintesis?
Cahaya matahari
Klorofil
Karbon dioksida
Oksigen
Antara berikut yang manakah hasil fotosintesis?
Klorofil
Oksigen
Karbon dioksida
Air
Apakah kepentingan gas oksigen yang dihasilkan sewaktu proses fotosintesis tumbuhan?
Membekalkan tenaga tambahan
Membekalkan untuk proses pernafasan
Memastikan sumber makanan utama mencukupi
Memastikan sumber air mencukupi
Antara berikut yang manakah bukan kepentingan fotosintesis kepada hidupan?
Untuk membekalkan karbon dioksida
Untuk membekalkan oksigen
Untuk membekalkan sumber makanan
Untuk mengekalkan keseimbangan udara di alam ini
Gerak balas terhadap rangsangan membantu tumbuh-tumbuhan mendapatkan keperluan untuk menjalankan proses fotosintesis.
Pernyataan di atas benar atau salah.
Benar
Salah
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pergerakan tumbuhan?
Pucuk tumbuhan sentiasa bergerak ke arah graviti
Tumbuhan tidak perlu bergerak kerana tidak memerlukan makanan untuk hidup.
Tumbuhan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari garam mineral.
Tumbuhan tidak perlu bergerak kerana boleh membuat makanan sendiri
Explore all questions with a free account