1. Tujuan perniagaan adalah untuk….
2. Perniagaan manakah yang dikategorikan sebagai aktiviti berasaskan perkhidmatan?
3.Jualan pada harga kos bermaksud…
4.Pernyataan berikut berkaitan dengan kelemahan milikan tunggal
Puan Aminah sentiasa mengimpikan untuk menambahkan cawangan restorannya. Namun impiannya itu sering ditangguhkan.
Apakah kelemahan tersebut?
5. Antara yang berikut, yang manakah ciri Perniagaan Halim & Rakan-rakan?
I Mempunyai bilangan ahli sebanyak 20 orang
II Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
III Sukar untuk ditubuhkan kerana perlu mematuhi banyak peraturan
IV Perniagaan yang dijalankan tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
6.Apakah kelebihan koperasi?
7.Pasangan manakah yang menerangkan tentang francaisi dan francaisor?
8. Apakah bidang kuasa kerajaan Pusat dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan?
I Kewangan
II Kemudahan infrastruktur
III Kadar pertukaran mata wang
IV Perkembangan aktiviti perniagaan
9. Pernyataan berikut berkaitan sejenis penggangguran.
Encik Amir bekerja sebagai seorang nelayan. Beliau terpaksa berhenti bekerja pada musim tengkujuh.
Apakah jenis penggangguran tersebut?
10.Maklumat berikut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi persekitaran perniagaan.
Permintaan terhadap buah naga meningkat sebanyak 20% di Malaysia. Ini adalah kerana kesedaran tentang kebaikan khasiat buah naga yang baik untuk kesihatan.
Apakah faktor tersebut
11.Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.
Apakah ciri objektif tersebut?
12.Syarikat Mega Sports Sendirian Berhad bercadang untuk menghasilkan raket badminton. Maklumat berikut telah diberikan oleh akauntan syarikat untuk menentukan bilangan unit raket yang perlu dikeluarkan.
Berapakah unit raket badminton yang perlu dikeluarkan untuk mencapai titik pulang modal (TPM)?
13.Strategi promosi jualan manakah yang membolehkan pengguna mengetahui kualiti sesuatu barang sebelum membuat keputusan pembelian?
14.Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi
Menyediakan dokumen syarikat.
Menguruskan, menyimpan, dan menerima rekod.
Mengendalikan mesyuarat syarikat.
Apakah bahagian fungsian berkenaan?
15. Antara yang berikut, fungsi manakah yang berkaitan dengan pengagihan sumber kewangan dalam menguruskan kewangan organisasi?
I Setiap bahagian menentukan objektif kewangan yang hendak dicapai
II Setiap bahagian akan dipantau untuk mengelakkan penyelewengan dana
III Pengagihan kewangan adalah mengikut jenis perbelanjaan yang ditetapkan
IV Setiap bahagian akan mendapat peruntukan kewangan seperti yang diluluskan
16.Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian.
Encik Ahmad Dani telah dilantik sebagai pegawai di syarikat Nusantara Sdn. Bhd. Antara tugas yang diamanahkan padanya adalah mengemas kini fail peribadi setiap pekerja serta menyediakan penyata gaji pekerja di syarikat itu.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
17.Pengantara teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang memudahkan komunikasi dalaman?
18.Apakah peranan pembekal kepada sesebuah organisasi perniagaan?
19.Mengapakah pelanggan sangat penting kepada sesebuah perniagaan?
19.Maklumat berikut berkaitan dengan dua buah organisasi perniagaan.
Bahagian fungsian manakah hanya terdapat di Organisasi Perniagaan X?
21.Maklumat berikut berkaitan dengan aspek penglelolaan sumber manusia.
Encik Amir merupaka seorang Pengurus Sumber Manusia sebuah syarikat telekomunikasi mengagihkan sumber manusia ke dalam jabatan kewangan, pengeluaran dan pemasaran. Jabatan ini juga menyediakan tempat kerja yang kondusif.
Apakah aspek tersebut?
22. Syarikat National Semiconductor menghantar pekerjanya berkursus ke Jepun adalah untuk meningkatkan…
A Gaji perkerja
B Kebajikan pekerja
C Penglibatan pekerja
D Produktiviti pekerja
23. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan disiplin ke atas pekerja.
En. Majid yang selalu datang lambat ke tempat kerja telah diberi amaran lisan tetapi masih melakukan kesilapan yang sama.
Apakah tindakan disiplin yang seterusnya perlu diambil?
24.Maklumat berikut berkaitan sejenis penjabatan.
Syarikat MS Multimedia Sdn Bhd telah mengelompokkan aktiviti kerja yang saling berkaitan dan spesifik dalam satu jabatan.
Apakah jenis penjabatan di atas?
25. Sumber fizikal juga dikenali sebagai…
A bahan tidak nyata
B aset ketara
C modal
D liabiliti
26. Hasil kreativiti atau ciptaan seseorang dikenali sebagai harta…
A modal
B intelek
C perkongsian
D persendirian
27. Apakah tujuan Syarikat Digital Durian mempatenkan produk animasi “Didi & Friends”?
A Menjadikan idea reka cipta tulen
B Menentukan idea reka cipta dihargai
C Menunjukkan idea reka cipta boleh dikongsi
D Memastikan idea reka cipta adalah hak milik mereka
28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan modal sesebuah perniagaan?
I Jentera
II Inventori
III Pengurus syarikat
IV Wang tunai
29. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman?
I Bantuan modal dari agensi kerajaan
II Simpanan peribadi
III Modal daripada keuntungan
IV Bank dan institusi kewangan
30. Pembiayaan hutang oleh institusi kewangan terhadap invois dikenal sebagai
A Pajakan
B Sewa beli
C Pemfaktoran
D Pinjaman
31. Melalui skim pajakan, peniaga dapat mengatasi masalah…
I Aliran tunai
II aset menjadi usang
III pembayaran cukai pendapatan
IV kejadian hutang lapuk
32.Maklumat yang berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan.
Puan Murni memulakan perniagaan kedai makan yang berhampiran dengan kawasan rumahnya dengan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM50 000.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelemahan sumber pembiayaan tersebut?
I Modal terhad
II Memerlukan penjamin
III Tertakluk pada syarat dan terma
IV Sukar menambah modal dalam masa yang singkat
33. Susun prosedur mendapatkan sumber pembiayaan berikut mengikut susunan yang betul.
I Membuat permohonan
II Pembiayaan diluluskan
III Menyediakan rancangan perniagaan
IV Mendapatkan khidmat nasihat kewangan
34.Maklumat berikut berkaitan dengan permohonan sumber pembiayaan.
Cik Nora merupakan seorang tukang jahit yang mengambil upah menjahit pakaian di sekitar kawasan rumahnya. Pelanggan sangat berpuashati dengan mutu jahitan Cik Nora. Setelah beberapa tahun, Cik Nora mengambil keputusan untuk membuka sebuah butik pakaian dengan menggunakan duit simpanannya dan sumber pembiayaan daripada agensi kerajaan bukan daripada institusi kewangan.
Mengapakah Cik Nora berbuat demikian?
I Kos pinjaman lebih murah
II Jumlah pinjaman tidak terhad
III Beliau tidak mempunyai cagaran bernilai
IV Pinjaman tidak tertakluk kepada terma dan syarat
35. Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan sebagai rujukan semasa mengawal dan merancang aktiviti perniagaan Kilang Kek Sinaran?
A Para pelabur
B Pihak pengurusan
C Bank Perdana Berhad
D Pembekal Bahan Membuat Kek
36.Maklumat berikut berkaitan dengan analisis nisbah penentuan harga jualan.
Puan Nabila memaklumkan bahawa perniagaannya menambahkan sebanyak 20% pada kosnya untuk mendapatkan harga jualan.
Apakah analisis nisbah yang Puan Nabila gunakan?
37.Gambar berikut menunjukkan salah satu jenis stok dalam perniagaan.
Antara yang berikut, yang manakah ciri stok tersebut ?
I Stok dapat dijual dengan cepat
II Stok perlu disimpan dalam kuantiti yang banyak
III Stok dapat dijual dengan harga yang mahal
IV Stok ini mempunyai risiko yang tinggi
38. Pernyataan manakah yang menerangkan ciri-ciri kreatif?
A Zikri mencipta satu perisian baharu.
B Pak Din telah mengubahsuai basikalnya bergerak menggunakan bateri.
C Sarah tetap tidak berputus asa walaupun pernah gagal dalam perniagaan.
D Mok Cun mencari pasaran baharu di Negeri China.
39. Pn. Azila bercadang untuk memohon pembiayaan perniagaan dengan agensi keerajaan.
Apakah yang perlu disediakan dalam Rancangan Perniagaan untuk menunjukkan kemampuan membayar balik pinjaman?
I Penyata Aliran Tunai
II Akaun Perdagangan
III Akaun bersama
IV Akaun aset semasa
40. Mengapakah senarai bahan mentah perlu disediakan dengan teliti dalam Rancangan Operasi?
A Memudahkan kerja
B Mempercepatkan proses
C Mengelakkan berlaku pembaziran
D Memastikan stok bahan mencukupi