No student devices needed. Know more
10 questions
Antara yang berikut yang manakah adalah jirim?
Udara
Cahaya
Emosi
Gelombang radio
Rajah di bawah menunjukkan seorang murid sedang meniup belon untuk menunjukkan sifat-sifat udara.
Antara sifat udara berikut, yang manakah digunakan untuk menunjukkan bahawa udara ialah suatu contoh jirim?
Udara mengembang
Udara adalah suatu gas
Udara mempunyai jisim
Udara memenuhi ruang
Maklumat di bawah adalah tentang bahan S.
"Zarah-zarah bahan S sangat berjauhan antara satu sama lain."
Apakah yang mewakili bahan S?
Ais
Alkohol
Karbon dioksida
Minyak masak
Rajah berikut menunjukkan susunan zarah-zarah dalam bahan T.
Antara yang berikut, yang manakah mungkin bahan T?
Oksigen
Batu
Hidrogen
Jus oren
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jirim?
Gas bukan jirim kerana tidak memenuhi ruang
Cahaya matahari merupakan jirim
Sifat kimia jirim menunjukkan tindak balas sesuatu bahan itu berubah menjadi bahan yang berbeza.
Pengaratan merupakan sifat fizik jirim
Kenapa kita dapat menghidu bau minyak wangi yang disembur oleh seseorang di dalam rumah selepas beberapa ketika walaupun berada di ruangan yang berbeza?
Zarah-zarah bau minyak wangi bergetar pada kedudukan yang tetap
Zarah-zarah bau minyak wangi bergerak bebas tapi kekal pada jarak yang sama
Zarah-zarah bau minyak wangi tersusun dalam susunan teratur
Zarah-zarah bau minyak wangi bergerak secara rawak dalam pelbagai arah
Mengapa zarah-zarah batu tidak meresap di antara satu sama lain?
Pepejal mempunyai ruang antara zarah yang sangat kecil
Zarah-zarah dalam pepejal kurang rapat
Zarah-zarah dalam pepejal amat jauh di antara satu sama lain
Zarah-zarah dalam batu bergerak rawak
Apakah sifat-sifat yang menentukan suatu bahan itu wujud sebagai pepejal, cecair atau gas?
I Isipadu
II Susunan zarah
III Pergerakan zarah-zarah
IV Ketumpatan
I & II
II & III
III & IV
I & IV
Apakah persamaan sifat fizik yang terdapat di antara cecair dan gas?
Tenaga kinetik yang rendah
Ruang di antara zarah-zarah adalah kecil
Tidak mempunyai bentuk yang tetap
Zarah tidak bebas bergerak
Azhar mendapati bacaan pada silinder penyukat kurang daripada 100 ml apabila dia mencampurkan 50 ml air dengan 50 ml alkohol. Kenapa perkara ini terjadi?
Alkohol larut di dalam air
Zarah-zarah alkohol dan air telah dimampatkan
Alkohol kurang tumpat berbanding air
Terdapat ruang di antara zarah-zarah air dan alkohol
Explore all questions with a free account