No student devices needed. Know more
50 questions
Apa itu STEM?
Singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik.
Singkatan kepada Sains, Teknologi, Ekologi dan Masyarakat.
Singkatan kepada Sains, Teknikal, Engineering dan Matematik.
Apakah deria yangg digunakan untuk mengenalpasti sesuatu objek?
Pendengaran
Penglihatan
Bau
Rasa
Antara aktiviti berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan deria bau?
Dapat mengenal pasti struktur sesuatu makanan.
Dapat mengenal pasti harga sesuatu makanan.
Dapat mengenal pasti sama ada sesuatu makanan sedap atau tidak.
Dapat mengenal pasti sama ada sesuatu makann masih boleh dimakan atau tidak.
Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan kemahiran proses sains?
Memerhati
Mengelas
Berkomunikasi
Membuat keputusan sendiri
Apakah ciri khas yang terdapat pada pokok kelapa yang melindunginya daripada angin kencang?
Ketinggiannya yang sederhana
Saiz daun yang besar
Akar yang panjang
Daun yang berpecah-pecah.
Antara pernyataan berikut, yang manakah BETUL mengenai bayang-bayang?
Saiz bayang-bayang semakin kecil apabila sumber cahaya mendekati objek.
Saiz bayang-bayang semakin besar apabila objek menjauhi skrin.
Saiz bayang-bayang semakin besar apabila cahaya semakin mendekati objek.
Saiz bayang-bayang semakin kecil apabila objek menjauhi skrin.
Berikut merupakan satu perubahan bentuk tenaga yang berlaku di dalam alat X. Apakah alat tersebut?
Tenaga kimia ----> Tenaga elektrik ------> Tenaga Kinetik
Radio
Televisyen
Kereta Mainan
Mesin Basuh
Antara berikut, alat yang manakah mengalami perubahan tenaga yang sama seperti seterika?
Telefon
Cerek Elektrik
Lampu Suluh
Kipas Siling
Encik Rosli menghantar keretanya ke bengkel kereta untuk dibaiki dan dicat. Proses membaiki kereta telah memakan masa selama 21 jam. Proses mengecat kereta pula telah memakan masa selama 4 hari 13 jam.
Cari jumlah masa kereta Encik Rosli berada di bengkel kereta itu.
Beri jawapan dalam hari dan jam.
4 hari 11 jam
4 hari 9 jam
4 hari 34 jam
5 hari 10 jam
Rangkaian ialah
unit-unit dalam sistem yang berhubung antara satu sama lain
penghantaran mesej berbentuk mel
perkhidmatan untuk faks dokumen
perkhidmatan penyampaian berita
Kelebihan teknologi rangkaian tanpa wayar ialah
lebih murah
tahan lasak
penghantaran data pantas
berwarna warni
Penghantaran komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej berbentuk mel.
Pernyataan di atas menerangkan tentang _________
Jaringan sejagat
Emel
Kumpulan berita
Telefoni internet
Antara kit model yang berikut yang manakah yang menggunakan sistem takal dan tali sawat?
Robot
Kereta
Kren
Basikal
Berikut ialah komponen elektrik KECUALI
Tong gas
Antena
Diod
Bateri
Sila pilih 1 jawapan yang sepadan dengan maksudnya.
Floppy Disk = Cakera Liut
USB = Universal Stop Bus
Mouse = Papan kekunci
Motherboard = Papan Induk
Apakah nama peranti perkakasan diatas?
Karaoke
Mikrofon
Pembesar Suara
Projektor
Pendekatan ini merangsang sifat ingin tahu dalam diri murid sehingga membawa naluri ingin menyiasat bagi mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu persoalan
Penyelesaian Masalah
Inkuiri
Berasaskan Projek
Merekabentuk
Antara 6 teras STEM ialah..
Melibatkan subjek Kajian Sosial
Melaksanakan aktiviti P&P yang berpusatkan guru
Meniru rekabentuk sedia ada untuk penghasilan produk baru
Penggunaan konteks pembelajaran yang bermakna dan berkait dengan kehidupan sebenar murid.
Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan ...
mengaplikasikannya hanya dalam bilik darjah
menggunakan salah satu daripada empat item
mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.
menggunakan bila perlu
Berikut adalah antara mata pelajaran STEM KECUALI..
Fizik
Sains Komputer
Geografi
Reka Cipta
Berikut antara kerjaya dalam bidang STEM KECUALI...
Penganalisa Sistem
Eksekutif Jualan
Doktor Veterinar
Jurutera Bunyi
Berikut adalah kemahiran STEM KECUALI..
kecekapan dan kompetensi untuk meneroka
menyelesaikan masalah
mereka bentuk dan menghasilkan produk.
menggunakan produk sedia ada tanpa mengubahnya
Antara amalan STEM dalam kalangan murid ialah..
Bertanyakan soalan yang tidak berkaitan
Menggunakan pemikiran matematik dan pemikiran komputasional
Menggunakan kaedah mengumpul data daripada sumber tertentu
Membuat keputusan secara anggaran dan telahan
Berikut adalah negara-negara Asia Tenggara KECUALI _____________
Korea Utara
Vietnam
Malaysia
Singapura
Explore all questions with a free account