Kuiz Pintas Bab 1 Pengenalan kepada Kimia
10 months ago
kimiakssm_81873
Save
Edit
Host a game
Live GameLive
Homework
Solo Practice
Practice
9 QuestionsShow answers
  • Question 1
    60 seconds
    Q.

    Kimia merupakan satu bidang sains yang mengkaji tentang

    I struktur jirim

    II sifat jirim

    III komposisi jirim

    IV interaksi jirim

    answer choices

    I, II dan III

    I, II dan IV

    II, III dan IV

    I, II, III dan IV

  • Question 2
    60 seconds
    Q.

    Antara berikut, yang manakah merupakan bahan kimia yang lazim dijumpai dalam perubatan?

    answer choices

    Analgesik

    Pengawet

    Pewarna

    Polimer

  • Question 3
    60 seconds
    Q.

    Kerjaya yang manakah tidak memerlukan pengetahuan kimia?

    answer choices

    Doktor

    Hakim

    Ahli farmasi

    Ahli kimia

  • Question 4
    60 seconds
    Q.

    Susunan keadah saintifik yang manakah dalam turutan yang betul?

    answer choices

    Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Membuat hipotesis → Mengawal pemboleh ubah → Merancang eksperimen → Mengumpul data → Membuat kesimpulan

    Membuat pemerhatian → Membuat hipotesis → Mengenal pasti masalah → Merancang eksperimen → Mengawal pemboleh ubah → Mengumpul data → Membuat kesimpulan

    Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Mengawal pemboleh ubah → Membuat hipotesis → Merancang eksperimen → Mengumpul data → Membuat kesimpulan

    Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Membuat hipotesis → Mengawal pemboleh ubah → Mengumpul data → Merancang eksperimen → Membuat kesimpulan

  • Question 5
    60 seconds
    Q.

    Antara berikut, yang manakah bukan alat pelindung diri?

    answer choices

    Kaca mata keselamatan

    Eyewash

    Topeng muka

    Kasut keselamatan

  • Question 6
    60 seconds
    Q.

    Kombinasi yang manakah adalah betul tentang alat pelindung diri dan peralatan keselamatan dengan fungsinya?

    answer choices

    Peralatan: Kebuk wasap

    Fungsi: Ruang khas untuk mengendalikan bahan radioaktif

    Peralatan: Pancuran air

    Fungsi: Alat kecemasan untuk membersihkan badan akibat terdedah kepada bahan kimia di dalam makmal

    Peralatan: Baju makmal

    Fungsi: Melindungi badan daripada kebakaran

    Peralatan: Topeng muka

    Fungsi: Alat untuk melindungi muka daripada jerebu

  • Question 7
    60 seconds
    Q.

    Kasim telah mencampurkan etanol ke dalam air suling secara tidak sengaja. Cadangkan satu kaedah saintifik yang paling sesuai kepada Kasim untuk mengasingkan campuran tersebut.

    answer choices

    Peneutralan

    Pentitratan

    Penyulingan

    Elektrolisis

  • Question 8
    60 seconds
    Q.

    Bahan manakah yang boleh dibuang ke dalam singki makmal?

    answer choices

    Etanol

    Asid hidroklorik pekat

    Hidrogen peroksida pekat

    Merkuri

  • Question 9
    60 seconds
    Q.

    Berikut merupakan simptom keracunan merkuri kecuali

    answer choices

    sesak nafas

    loya

    batuk

    selera makan meningkat

Report Quiz
Join a game