No student devices needed. Know more
18 questions
Konsep etnik merujuk kepada suatu kumpulan manusia yang dicirikan oleh .......
perbezaan geografi
persamaan ideologi
perbezaan budaya
penumpuan genetik
Pergerakan masyarakat plural dalam zaman KMM terbentuk secara semula jadi dengan interaksi orang tempatan dan pedagang2 asing melalui proses....
Asimilasi
Akomodasi
Asimilasi dan Amalgamasi
Asimilasi dan Akomodasi
Pemisahan aspek budaya, ras, agama, kelas sosial, dasar, adat resam, penempatan, pekerjaan dan pendidikan merujuk kepada konsep
Asimilasi
Segregasi
Akulturasi
Amalgamasi
Prasyarat UTAMA kesepaduan sosial di mana keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat berbilang etnik adalah
Aturan sosial yang rigid
Taraf kebendaan yang tinggi
Wujud usaha positif ke arah penglibatan semua pihak dalam kegiatan arus perdana
Akses kepada kemudahan yang menjamin kualiti hidup dan mobiliti sosial.
Etnik A melakukan diskriminasi berdasarkan perbezaan kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal merujuk kepada ...
Ras
Etnisiti
Rasisme
Etnosentrisme
Formula A + B + C = A merupakan gambaran proses
segregasi
asimilasi
akulturasi
amalgamasi
Di antara pernyataan di bawah ini merupakan cabaran-cabaran dalam hubungan etnik KECUALI
Rasisme
Etnosentrisme
Etnisiti
Prejudis
"Dayak Laut" merupakan suku kaum terbesar di negeri Sarawak. Mereka dikenali sebagai etnik
Bisaya
Punan
Iban
Melanau
Apakah elemen UTAMA yang mewarnai kemunculan parti-parti politik di Malaysia ?
Menonjolkan kehebatan kumpulan masing-masing
Kesan daripada liberalisasi politik di peringkat global.
Semangat nasionalisme demi memelihari kepentingan masing-masing.
Beranggapan ideologi politik perkauman sahaja yang boleh direalisasikan.
Malayan Union 1946 telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah disebabkan oleh perkara berikut KECUALI
Majlis Raja-raja ditubuhkan
Kuasa pembesar dikembalikan
Pembentukan satu sistem demokrasi
Konsep Raja Berperlembagaan dilaksanakan.
Perjanjian London telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut, KECUALI
Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa.
Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang Dipertuan Agong
Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja Melayu
Yang manakah TIDAK BENAR tentang tujuan Perlembagaan ?
Sebagai rujukan
Mengawal pemimpin kerajaan
Mewujudkan kestabilan negara
Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara
Berdasarkan Perkara 152 (1), mengapakah bahasa Melayu dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan oleh semua pihak di negara kita ?
Bahasa Melayu bahasa pemilik negara ini
Bahasa Melayu mempunyai dua bentuk tulisan iaitu jawi dan rumi
Bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak dari bahasa-bahasa lain.
Penutur bahasa Melayu dari sekalian bangsa lebih ramai berbanding bahasa Tamil dan Mandarin
Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia iaitu merupakan kontrak sosial yang menjadi teras pembentukan Negara dan bangsa Malaysia KECUALI
Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Negara
Sistem pendidikan berteraskan kepentingan etnik tertentu
Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tetapi bahasa lain boleh digunakan.
Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai peruntukan utama Perlembagaan Persekutuan mengenai hubungan etnik ?
Islam sebagai agama rasmi persekutuan namun agama lain bebas untuk diamalkan dalam suasana yang harmoni
Orang bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Hak kewarganegaraan merupakan satu kompromi orang Melayu terhadap bukan Melayu
Orang bukan Melayu bebas membeli mana-mana tanah hak milik orang Melayu
Manakah antara pernyataan berikut TIDAK TEPAT tentang strategi yang dijalankan untuk mencapai Dasar Ekonomi Baru ?
Memodenkan kawasan luar bandar
Memindahkan penduduk dari luar bandar ke bandar
Menyusun semula hak milik dalam sektor syarikat dan korporat
Membangunkan kawasan mundur melalui pembangunan wilayah baru
Agensi kerajaan berikut ditubuhkan dengan tujuan untuk menambah penyertaan Bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian KECUALI
Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
-Mengurangkan beban kewangan kerajaan
-Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian
-Membantu pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru
Apakah dasar tersebut ?
Dasar Penswastaan
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pembangunan Negara
Explore all questions with a free account