40 questions
1) Apakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
T4 m/s 4
A) Kedaulatan
B) Kebudayaan
C) Wilayah pengaruh
D) Lambang kebesaran
2) Apakah tugas temenggung dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
T4 m/s 9
A) Menjadi duta
B) Menjadi ketua hakim
C) Mengetuai angkatan tentera laut
D) Menjaga keselamatan kota Melaka
3) Rajah berikut berkaitan perkembangan idea nasionalisme di Barat.
Apakah X?
T4 m/s 25
A) Revolusi Eropah
B) Revolusi Amerika
C) Revolusi Perancis
D) Revolusi Keagungan
4) Gambar berikut merupakan tokoh nasionalisme di negara kita.
Apakah peranan beliau?
T4 m/s 33
A) Mengasaskan pertubuhan politik
B) Menubuhkan sekolah kebangsaan
C) Melahirkan idea melalui penulisan
D) Melancarkan penentangan secara radikal
5) Maklumat berikut berkaitan strategi Jerman semasa Perang Dunia Kedua.
Mengapakah operasi tersebut menemui kegagalan?
T4 m/s 62
A) Tempoh perang yang panjang
B) Tidak menyasarkan bandar utama
C) Persiapan ketenteraan yang singkat
D) Penyertaan Rusia dalam kuasa Bersekutu
6) Apakah matlamat penubuhan Force 136 pada tahun 1943?
T4 m/s 76
A) Menjalin kerjasama rakyat
B) Menubuhkan pasukan gerila
C) Melatih rejimen askar Melayu
D) Menentang penjajahan British
7) Satu persidangan Raja-raja Melayu diadakan di Kuala Kangsar, Perak bagi membincangkan isu berkaitan Malayan Union pada bulan April 1946.
Apakah keputusan yang dicapai dalam persidangan tersebut?
T4 m/s 100
A) Menghantar surat bantahan ke London
B) Menarik balik tandatangan persetujuan
C ) Memulau upacara pelantikan Gabenor Malayan Union
D) Mengemukakan bantahan melalui Mahkamah Tinggi di England
8) Apakah faktor yang menyebabkan kegiatan berpersatuan di Sabah menjadi lemah?
T4 m/s 116
I Menghadapi masalah kewangan
II Mengalami masalah perhubungan
III Kesedaran berpolitik semakin kurang
IV Kekurangan pemimpin yang berkebolehan
A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV
9) Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang dianjurkan untuk membantah
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah peristiwa tersebut?
T4 m/s 131
A) Hartal
B) Durbar
C) Konfrontasi
D) Referendum
10) Apakah tanggungjawab sultan di peringkat negeri dalam Persekutuan Tanah
Melayu 1948?
T4 m/s 134
A) Menjalankan kuasa eksekutif
B) Menjaga ketenteraman awam
C) Mengesahkan rang undang-undang
D) Menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri
11) Jadual berikut menunjukkan statistik anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera pada tahun 1948-1960 akibat serangan Parti Komunis Malaya (PKM).
Mengapakah PKM bertindak sedemikian?
T4 m/s 150
A) Mensabotaj kemudahan awam
B) Melumpuhkan ekonomi negara
C ) Mengancam keselamatan rakyat
D) Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan
12) Rancangan penempatan semula Kampung Baru telah diperkenalkan bagi mengatasi ancaman komunis di negara kita.
Apakah kesan rancangan tersebut?
T4 m/s163
A) Memenangi kepercayaan rakyat
B) Meningkatkan kos perbelanjaan
C) Merenggangkan hubungan antara kaum
D) Menamatkan Undang-Undang Darurat
13) Apakah objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) yang ditubuhkan pada tahun 1949?
T4 m/s 174
A) Merangka perlembagaan
B) Mengkaji sistem pentadbiran
C) Mewujudkan keadaan harmoni
D) Menentukan kemerdekaan
14) Antara berikut, yang manakah merupakan cadangan Laporan Woodhead 1955?
T4 m/s 182
I) Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan
II) Menyatukan semua murid daripada pelbagai bangsa
III) Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur
IV) Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah
A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV
15) Apakah pilihan raya pertama yang diadakan di negara kita sebelum mencapai kemerdekaan?
T4 m/s 197
A) Pilihan Raya Majlis Bandaran Ipoh
B) Pilihan Raya Perbandaran George Town
C) Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur
D) Pilihan Raya Majlis Bandaran Alor Setar
16 ) Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
T4 m/s 204
I) Tanah Melayu merdeka
II) Pemansuhan Sistem Ahli
III) Tunku Abdul Rahman menj adi Ketua Menteri
IV) Pesuruhjaya Tinggi British hilang kuasa pemerintahan
A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV
17) Apakah tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
T4 m/s 220
A) Meneliti kesesuaian unsur perlembagaan Barat
B) Meminta British memberikan tarikh kemerdekaan
C) Merangka perlembagaan bagi sebuah negara merdeka
D) Menyuarakan idea pembentukan negara merdeka
18) Mengapakah orang Melayu diberi kedudukan istimewa dalam Pelembagaan Persekutuan?
T4 m/s 225
A) Penduduk asal
B) Permintaan raja
C) Persetujuan majoriti
D) Pemimpin tempatan
19) Maklumat berikut berkaitan persediaan yang dilakukan ketika menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara kita.
Apakah kursus yang perlu diikuti oleh pegawai tersebut?
T4 m/s 237
A) Protokol
B) Tatatertib
C) Sambutan
D) kepegawaian
20) Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.
Apakah kepentingan rancangan tersebut?
T4 m/s 244
A) Pembukaan tanah baharu
B) Pengeluaran makanan mencukupi
C) Pemulihan kesihatan penduduk
D) Projek kemudahan asas
21) Apakah langkah yang dilakukan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang di negara kita?
T5 m/s 7
A) Mewujudkan badan kehakiman
B) Membuat pindaan perlembagaan
C) Melaksanakan undang-undang moden
D) Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman
22) Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara.
Mengapakah negara berdaulat perlu mempunyai sempadan yang jelas?
T5 m/s 8
A) Mengenalpasti penduduk
B) Menjamin keadilan sosial
C) Membina kubu pertahanan
D) Memudahkan pemerintahan
23) Antara berikut, yang manakah merupakan ciri tradisional Perlembagaan
Persekutuan?
T5 m/s 28 dan 29
I Agama Islam
II Kewarganegaraan
III Sistem Persekutuan
IV Pemerintahan beraja
A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV
24) Maklumat berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Apakah kesan pindaan perlembagaan tersebut?
T5 M/S 31
A) Pemisahan Singapura
B) Pemberontakan Brunei
C) Penentangan Indonesia
D) Pembentukan Malaysia
25) Apakah fungsi Majlis Raja-Raja selepas merdeka?
T5 m/s 44 & 45
I) Membubarkan parlimen
II) Memperkenan pindaan perlembagaan
III) Menjadi rujukan dalam perubahan dasar
IV) Melantik Perdana Menteri
A) I dan II
B) I dan IV
C) II dan III
D) III dan IV
26) Maklumat berikut berkaitan pelaksanaan pengasingan kuasa dalam pentabiran.
Siapakah yang menjadi punca kuasa kepada ketiga-tiga badan tersebut?
T5 m/s 52
A) Rakyat
B) Ahli parlimen
C) Perdana Menteri
D) Yang di-Pertuan Agong
27) Rajah berikut berkaitan sejarah pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia bermula pada tahun 1896 hingga tahun 1963. Apakah X?
T5 m/s 67
A) Majlis Persekutuan
B) Negara Persekutuan
C) Perlembagaan Persekutuan
D) Majlis Mesyuarat Persekutuan
28) Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting demi kesejahteraan rakyat.
Apakah peranan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan pembangunan sosioekonomi?
T5 m/s 72
A) Menumpukan pembangunan bandar
B) Menyediakan tanah untuk pembangunan
C) Memberikan bantuan kewangan dan kepakaran
D) Menyediakan perumahan kos rendah
29) Apakah kandungan laporan Suruhanjaya Cobbold?
T5 m/s 100
A) Islam agama Persekutuan Malaysia
B) Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas
C) Rakyat Singapura bersetuju bergabung
D) Kuasa autonomi kepada Sarawak dan Sabah
30) Indonesia telah membuat bantahan rasmi pembentukan Malaysia ke
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?
T5 m/s 104
A) Membuat tinjauan semula
B) Menjalankan misi lawatan
C) Mengadakan Siri rundingan
D) Menjelaskan tujuan pembentukan
31) Maklumat berikut berkaitan peristiwa rusuhan kaum pada 21 Julai 1964.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
T5 m/s 119
A) Ancaman Komunis
B) Pemisahan Singapura
C) Konfrontasi Indonesia
D) Pengeboman Tugu Negara
32) Maklumat berikut berkaitan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan
Agong pada 16 Mei 1969.
Mengapakah darurat dilaksanakan?
T5 m/s 129
A) Rusuhan kaum
B) Keganasan komunis
C) Konfrontasi Indonesia
D) Referendum Singapura
33) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956.
Bagaimanakah DBP berperanan dalam mengembangkan bahasa dan sastera
Melayu?
T5 m/s 149
A) Menjadi pusat rujukan
B) Menganjurkan seminar
C) Menjalankan penyelidikan
D) Menyeragamkan pendidikan
34) Mengapakah penganjuran MASUM diadakan secara bergilir-gilir?
T5 m/s 153
A) Mengeratkan hubungan atlet
B) Melahirkan semangat berpasukan
C) Menggalakkan integrasi antara negeri
D) Meningkatkan mutu sukan universiti
35) Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB).Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh DEB?
T5 m/s 167
A) Perpaduan kaum
B) Pemodenan negara
C) Pengagihan kekayaan
D) Peningkatan pelaburan
36) Maklumat berikut berkaitan tokoh Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera di negara kita.
Mengapakah tokoh-tokoh tersebut penting kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin?
T5 m/s 182
A) Melatih tenaga mahir
B) Membina pusat kemahiran
C) Memberi bantuan kewangan
D) Menyediakan peluang pekerjaan
37) Antara berikut, yang manakah membuktikan negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama?
T5 m/s 206
I) Menyediakan kemudahan kredit
II) Membuka pelaburan ke negara luar
III) Memudahkan eksport barang ke semua negara
IV) Mengenakan kadar cukai yang rendah
A) I dan II
B) I dan IV
c) II dan III
D) III dan IV
38) Mengapakah Malaysia menandatangani perjanjian sempadan dengan Thailand pada tahun 1965?
T5 m/s 209
A) Menangani isu keselamatan
B) Menjalankan latihan ketenteraan
C) Memerangi penyalahgunaan dadah
D) Mengadakan hubungan diplomatik
39) Peta berikut berkaitan kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga, iaitu pembangunan wilayah baharu yang dimajukan bersama-sama negara anggota ASEAN.
Apakah manfaat yang Malaysia peroleh melalui kerjasama tersebut?
T5 m/s 231
A) Menurunkan kadar inflasi dalam negara
B) Mengurangkan monopoli pasaran oleh negara maju
C) Meningkatkan nilai mata wang negara anggota
D) Menangani kemelesetan ekonomi negara
40) Rajah berikut menunjukkan persaingan kuasa besar yang memiliki senjata nuklear.
Mengapakah Malaysia dan negara Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam kancah tersebut?
T5 m/s 244
A) Kestabilan politik
B) Kemajuan teknologi
C) Kedudukan strategik
D) Kebergantungan ekonomi