No student devices needed. Know more
40 questions
1. Gambar berikut menunjukkan Inskripsi Telaga Batu.
Mengapakah inskripsi tersebut penting kepada rakyat dalam kerajaan Srivijaya?
Menceritakan penyebaran agama
Menunjukkan kemahiran seni bina
Membuktikan kesetiaan kepada raja
Melambangkan keagungan pemerintah
2. Temenggung merupakan salah seorang Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah peranan Temenggung?
Menjaga keselamatan kota
Mengutip cukai pelabuhan
Mengetuai angkatan tentera
Menguruskan perbendaharaan
3. Mengapakah Revolusi Keagungan 1688 berlaku di England?
Menentang kenaikan cukai
Menamatkan pemerintahan beraja
Menegakkan kedaulatan parlimen
Memperjuangkan hak asasi rakyat
4. Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.
Apakah tema karya tersebut?
Perpaduan antara kaum
Pengekalan hak penduduk
Perjuangan nasib bangsa
Pembaharuan sistem pentadbiran
5. Jadual berikut berkaitan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Pilih pasangan yang betul daripada jadual tersebut.
A
B
C
D
6. Gambar berikut berkaitan novel karya Ahmad Murad Nasaruddin.
Apakah mesej yang disampaikan melalui novel tersebut?
Kekejaman tentera Jepun
Menulis bantahan di akhbar tempatan
Menganjurkan perhimpunan besar-besaran
Memulaukan upacara pelantikan Gabenor
7. Bagaimanakah Raja-raja Melayu bertindak membantah penubuhan Malayan Union?
Menghantar rombingan ke London
Menulis bantahan di akhbar tempatan
Menganjurkan perhimpunan besar-besaran
Memulaukan upacara pelantikan Gabenor
8. Mengapakah penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British ditentang oleh penduduk tempatan?
Hak istimewa peribumi terhapus
Peluang dalam pentadbiran terhad
Kuasa Dinasti Brooke bertambah kukuh
Bertentangan dengan Perlembagaan 1941
9. Dialog berikut mungkin berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1947.
Apakah tindakan mereka?
Melakukan mogok
Menganjurkan hartal
Menghantar surat bantahan
Meletak jawatan beramai-ramai
10. Mengapakah orang Melayu menerima penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
I Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan
II Pelaksanaan sistem Raja Berpelembagaan
III Pengenalan jawatan Yang di-Pertuan Agong
IV Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
11. Persidangan berikut dianjurkan oleh Gerakan Komunis Antarabangsa di Calcutta, India pada 1948.
- Persidangan Kongres Belia Asia
- Persidangan Parti Komunis India
Apakah gesaan dalam persidangan tersebut?
Bekerjasama dengan British
Menentang kuasa imperialis
Menubuhkan kerajaan baharu
Berbaik-baik dengan Jepun
12. Tokoh berikut telah melancarkan perang saraf bagi menangani ancaman komunis.
Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk dalam usaha tersebut?
Mewujudkan Kampung Baru
Memperkenalkan kad pengenalan
Membawa masuk tentera Komanwel
Melonggarkan syarat kewarganegaraan
13. Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951?
Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri
Mengukuhkan lagi penguasaan politik British
Menerapkan sistem pentadbiran Barat
Merangka perlembagaan baharu
14. Bagaimanakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu ?
Persekolahan mengikut aliran
Memperkasa sekolah vernakular
Kurikulum bercorak tempatan
Sistem pendidikan secara percuma
15. Pilihan raya tempatan yang pertama diadakan pada tahun 1956 di Sarawak. Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?
Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
Sebagai pra peralihan kuasa Brooke
Memilih ketua rumah panjang
Menentukan calon berwibawa
16. Gambar berikut adalah barisan kabinet pertama kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1955. Apakah peranan kabinet tersebut?
I Membincangkan isu keselamatan dalam negeri
II Mengurangkan kuasa pentadbiran British
III Membangunkan dasar luar negara
IV Menggubal perlembagaan negara merdeka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
17. Tokoh-tokoh berikut merupakan anggota Suruhanjaya Reid
- Lord Reid
- Sir William Ivor Jennings
- Sir William Mckell
Apakah sumbangan tokoh berikut kepada negara kita?
Menyeragamkan sistem pendidikan
Menghapuskan pengaruh komunis
Melantik pemerintah negara
Merangka perlembagaan
18. Jadual berikut adalah reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Mengapakah mereka memberi reaksi sedemikian?
Mengancam kedudukan raja
Menghapuskan ketamadunan bangsa
Menggugat keistimewaan orang Melayu
Menjejaskan kesetiaan orang bukan Melayu
19. Apakah tujuan Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961?
Memajukan sektor perindustrian
Membangunkan kemudahan asas
Memodenkan teknologi pertanian
Menyeragamkan sistem pentadbiran
20. Jawatankuasa Persediaan Fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan.
Apakah persediaan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut?
I Pertandingan pintu gerbang
II Memperkenalkan lagu kebangsaan
III Pembinaan stadium
IV Menggubal Rukun Negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
21. Kedaulatan negara kita adalah berlandaskan kedaulatan tradisional. Apakah bukti untuk menyokong pernyataan tersebut?
Kerjasama semua rakyat
Kekuasaan Raja-raja Melayu
Kecemerlangan sosioekonomi
Keupayaan menentang penjajahan
22. Kedaulatan penting bagi memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain. Bagaimanakah jalinan hubungan tersebut terbentuk?
Penggubalan dasar luar
Pengamalan undang-undang
Pembentukan kerajaan pusat
Pemilihan pemimpin berwibawa
23. Maklumat berikut berkaitan dengan jentera pentadbiran Sarawak dan Sabah
# Sarawak ...Council Negri
# Sabah...Majlis Undangan
Apakah persamaan peranan jentera pentadbiran tersebut?
Melicinkan pentadbiran
Membuat dasar ekonomi
Menentukan hala tuju kerajaan
Menggubal undang-undang
24. Pada tahun 1963, satu pindaan telah dibuat oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Mengapakah pindaan dibuat?
Pembentukan Malaysia
Penubuhan Mahkamah Tinggi
Memelihara kedudukan Raja-raja Melayu
Menggalakkan kemajuan Sarawak dan Sabah
25. Undang-undang berikut digubal sebelum Peang Dunia Kedua
- Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
- Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911
Apakah persamaan kedua-dua undang-undang tersebut?
Raja berkuasa mutlak
Kerajaan dipilih oleh rakyat
Pemerintahan Raja Berpelembagaan
Menteri Besar menguasai pentadbiran
26. Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan Malaysia.
Siapakah menjadi punca kuasa kepada ketiga-tiga badan tersebut?
Rakyat
Perdana Menteri
Ahli Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong
27. Mengapakah Majlis Mesyuarat Persekutuan distrukturkan semula pada tahun 1927?
Membentuk Kabinet Menteri
Mengukuhkan kedudukan British
Mewujudkan kerajaan Persekutuan
Memelihara kedudukan Raja-raja Melayu
28. Organisasi pentadbiran berikut diusahakan oleh kerajaan Persekutuan.
Apakah matlamat organisasi tersebut?
Integrasi kaum
Perpaduan kaum
Keselamatan negara
Kemakmuran ekonomi
29. Mengapakah Lord Brassey mencadangkan pembentukan Malaysia?
I Meningkatkan potensi ekonomi
II Mengukuhkan perpaduan kaum
III Memantapkan institusi kesultanan
IV Meluaskan tanah jajahan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
30. Jadual berikut menunjukkan perkembangan parti politik di Sabah.
Mengapakah berlaku perkembangan situasi politik tersebut?
Penentangan penjajahan SBUB
Pemberontakan Indonesia ke atas Sabah
Penyerahan SAbah kepada kerajaan British
Pengumuman cadangan penubuhan Malaysia
31. Stephen Kalong Ningkan kembali menjadi Ketua Menteri Sarawak pada bulan September 1966.
Apakah reaksi ahli Council Negri terhadap tindakan beliau?
Memberikan sokongan yang baik
Mengadakan demonstrasi damai
Melaksanakan undi tidak percaya
Mengugut untuk meletak jawatan
32. Isu berikut dihadapi oleh negara kita pada awal kemerdekaan.
TERLALU BERGANTUNG PADA EKSPORT GETAH DAN BIJIH TIMAH
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?
Menarik kemasukan pelabur luar
Melibatkan kerjasama sektor swasta
Memperbanyak pengeluaran bijih timah
Mempelbagaikan keluaran komoditi negara
33. Maklumat berikut berkaitan dasar pentadbiran British.
- Pemisahan petempatan melalui kegiatan ekonomi
- Mewujudkan sistem pendidikan vernakular dalam pendidikan
Apakah kesan kepada bangsa Malaysia pasca merdeka?
Kerenggangan hubungan
Kecekapan pentadbiran
Keberhutangan tinggi
Kepesatan ekonomi
34. Bagaimanakah bahasa Melayu diperkasakan melalui sistem pendidikan?
I Menggalakkan pelibatan swasta
II Menubuhkan Kolej Sultan Abdul Halim
III Pembukaan sekolah menengah kebangsaan
IV Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
35. Maklumat berikut berkaitan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000
Pemberian subsidi dan sokongan kepada golongan penanaman padi dan nelayan
Mengapakah kerajaan mengambil pendekatan tersebut?
Membuka peluang pekerjaan
Membasmi kemiskinan rakyat
Menyusun semula masyarakat
Meningkatkan produktiviti negara
36. Berikut merupakan tujuan kerajaan mewujudkan Zon Perindustrian Bebas.
- Menarik pengusaha melabur
- Merangsang ekonomi kawasan sekitar
Bagaimanakah tujuan tersebut dapat dicapai?
Menyediakan teknologi moden
Membangunkan industri berat
Mengeluarkan kereta nasional
Memberikan pelepasan cukai
37. Senarai berikut berkaitan kuasa luar yang menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka (KMM)
- Siam - Turki - Pasai - Ryukyu
Bagaimanakah hubungan luar tersebut terjalin?
Perkahwinan siasah
Hubungan diplomatik
Pertembungan budaya
Kegiatan perdagangan
38. Rancangan Colombo merupakan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan sejak tahun 1951.
Apakah kepentingan rancangan tersebut terhadap negara anggota Komanwel?
Mendapat khidmat nasihat
Memulihkan wabak penyakit
Menyediakan kemudahan kredit
Mengukuhkan kerjasama dagangan
Malaysia bertindak secara berhemah untuk menyelesaikan masalah kempen antiminyak sawit. Mengapakah pendekatan tersebut diambil?
Mengatasi pencerobohan luar
Mendapatkan sokongan dunia
Mengelakkan sebarang konflik
Menjaga kepentingan ekonomi
40. Mengapakah Non-Governmental Organization (NGO) Global Peace Mission (GPM) digerakkan ke Syria?
Memberi bantuan kemanusiaan
Menubuhkan pusat pengajian
Menjaga kebajikan pelarian
Membina kemudahan asas
Explore all questions with a free account