No student devices needed. Know more
40 questions
Mengapakah pemerintah dan rakyat zaman Kesultanan Melayu Melaka perlu mengamalkan konsep waadat?
Menjaga kebajikan rakyat
Mengawal tingkah laku sultan
Mengekalkan kedudukan raja
Menjamin kesejahteraan kerajaan
Bagaimanakah pembesar membekalkan tenaga tentera kepada Sultan Melaka?
Mengupah orang asing
Melalui tawanan perang
Menggunakan sistem kerah
Memaksa masyarakat tempatan
John Locke telah menghasilkan karya Two Treatises of Government. Apakah kandungan karya tersebut?
Kaedah pembinaan negara
Kaedah mentadbir kerajaan
Prinsip raja berperlembagaan
Proses menggubal perlembagaan
Apakah matlamat awal penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ditubuhkan pada tahun 1905?
Melatih anak bangsawan dalam pentadbiran
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Menjadi pemangkin pengasah bakat pelajar
Menyemat sikap mengkritik pembesar Melayu
Empayar Uthmaniyah mengalami perpecahan selepas Perang Dunia Pertama. Apakah kesan perpecahan tersebut?
Kerjasama rakyat terjalin
Kerajaan republik dibentuk
Kemunculan negara baharu
Kebangkitan semangat nasionalisme
Mengapakah pemberontakan Double Tenth berlaku di Jesselton, Sabah pada abad ke-20?
Serangan lanun
Penjajahan British
Ancaman komunis
Pendudukan Jepun
Satu rapat umum telah berlangsung di Kedah yang dihadiri oleh seramai 50 000 orang. Apakah yang mendorong mereka melakukan tindakan tersebut?
Menuntut hak sama rata
Menolak gagasan Malayan Union
Menyokong penubuhan Melayu Raya
Membantah kewarganegaraan jus soli
Bagaimanakah Cikgu Lily Eberwein melakukan penentangan terhadap penyerahan Sarawak kepada kerajaan British?
Mengadakan kempen kesedaran
Melancarkan gerakan revolusi
Memulaukan pentadbiran British
Menghantar surat bantahan
Pada 20 September 1947, PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal. Apakah yang dimaksudkan dengan hartal?
Rundingan antara PUTERA-AMCJA dengan British
Tindakan menutup kedai dan menghentikan kegiatan ekonomi
Tindakan protes menggunakan kekerasan
Pakatan sulit antara pemimpin pelbagai kaum
Apakah peranan utama Raja-raja Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu?
Menjadi tonggak utama kerajaan
Mendukung perjuangan maruah bangsa
Menuntut kemerdekaan daripada British
Memupuk perpaduan antara kaum
Apakah tugas Pasukan Polis Hutan?
Melatih anggota polis baharu
Menjadi badan perisik komunis
Melindungi pekerja di ladang teh
Membuat rondaan di pinggir hutan
Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Kebangsaan dilaksanakan oleh British?
Mendaftar sebagai anggota parti yang sah
Menubuhkan pasukan keselamatan tempatan
Menguatkuasakan penggunaan kad pengenalan
Memastikan penduduk melapor diri di balai polis
Mengapakah orang Melayu bersetuju memberi kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu?
Memelihara kestabilan politik
Melahirkan semangat patriotik
Mempertahankan hak peribumi
Mewujudkan keharmonian kaum
Apakah kandungan Manifesto Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh pakatan PUTERA-AMCJA?
Penambahan anggota portfolio
Pengamalan sistem demokrasi
Penubuhan perkhidmatan awam
Penerimaan satu kewarganegaraan
Apakah matlamat perjuangan parti MIC yang diasaskan oleh John Thivy?
Memperjuangkan kemerdekaan melalui rundingan
Menjalinkan kerjasama untuk mencapai kemerdekaan
Meningkatkan kemajuan kaum India dalam sosioekonomi
Menggunakan pendekatan radikal untuk mencapai kemerdekaan
Apakah syarat yang ditetapkan oleh kerajaan British dalam memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu?
Mengadakan pilihan raya
Mengamalkan demokrasi
Mewujudkan kerjasama kaum
Melantik pemimpin parti politik
Berapakah tempoh hari pendaftaran pemilih bagi Pilihan Raya Perbandaran George Town?
2 minggu
4 minggu
6 minggu
8 minggu
Apakah kandungan laporan Pilihan Raya Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1955?
Senarai calon yang layak diundi
Kebaikan pelaksanaan pilihan raya
Pencapaian pilihan raya di Sarawak
Penerangan berkaitan proses pilihan raya
Negara yang merdeka adalah negara yang berdaulat. Apakah maksud berdaulat?
Mempunyai kuasa tertinggi
Membangun dari segi ekonomi
Mencapai kecemerlangan hidup
Memperoleh kedudukan tertinggi
Siapakah yang membuat pemilihan bunga kebangsaan negara kita?
Menteri Pertanian
Tunku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Agong
Dato' Abdul Razak Hussein
Bagaimanakah kedudukan raja ditentukan mengikut kedaulatan tradisional?
Kesetiaan rakyat
Kestabilan politik
Keluasan wilayah taklukan
Keunggulan perlembagaan
Pihak manakah yang bertanggungjawab menentukan dasar pentadbiran negara?
Badan Kehakiman
Badan Perundangan
Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Apakah kepentingan Charter of Justice I (1807) yang diperkenalkan di Negeri-negeri Selat?
Menyeragamkan pentadbiran pusat
Menubuhkan Dewan Undangan Negeri
Meningkatkan kuasa badan kehakiman
Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang
Apakah badan yang berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan (pindaan Singapura) pada Ogos 1965?
Parlimen
Jemaah Menteri
Majlis Raja-Raja
Dewan Undangan Negeri
Antara berikut, yang manakah DUA sebab Kesultanan Johor-Riau dianggap warisan Kesultanan Melayu Melaka?
Penerusan tradisi dan adat istiadat
Pengenalan sistem pentadbiran pusat
Perkahwinan diraja dengan Puteri Melaka
Persamaan pertalian dari segi keturunan
Yang di-Pertuan Agong akan bertindak memberi pengampunan kepada pesalah setelah mendapat nasihat. Apakah pihak yang memberi nasihat tersebut?
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja
Peguam Negara
Lembaga Pengampunan
Mengapakah Kerajaan Persekutuan membuka kawasan yang lebih luas di beberapa buah negeri selepas tahun 1970?
Membuka pusat pelancongan
Membasmi kemiskinan rakyat
Membangunkan wilayah baharu
Meningkatkan produktiviti negara
Mengapakah sesuatu undang-undang itu boleh dibatalkan mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan?
Hanya dipersetujui oleh ahli Dewan Negara
Tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
Mahkamah meragui kesahihan undang-undang tersebut
Bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
Mengapakah Presiden Macapagal dari Filipina menentang pembentukan Malaysia?
Menuntut hak terhadap Sabah
Mempunyai agenda politik tersendiri
Menganggapnya satu penjajahan baharu
Menghalang pembentukan Kalimantan Utara
Apakah maksud konsep neokolonialisme?
Peluasan pengaruh politik
Sistem pemerintahan beraja
Pemberian berkerajaan sendiri
Rakyat memperoleh kedaulatan
Bagaimanakah Operasi Sri Aman dilaksanakan?
Memberi tawaran rundingan
Memusnahkan kubu komunis
Melakukan proses pengintipan
Menyekat pergerakan komunis
Di manakah mangsa rusuhan kaum dipindahkan untuk diberi perlindungan?
Masjid Negara
Stadium Negara
Dataran Merdeka
Stadium Merdeka
Bagaimanakah kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?
Menggalakkan penglibatan sukan
Mengukuhkan sistem pendidikan
Memperkenalkan Rukun Negara
Mengamalkan kebudayaan kebangsaan
Apakah keunikan perkembangan sukan di negara kita?
Mendapat pengiktirafan peringkat dunia
Mendapat tajaan daripada pihak korporat
Melibatkan kerabat diraja sebagai penaung
Memperoleh sokongan rakyat semua kaum
Apakah peranan agensi kerajaan seperti yang terdapat dalam gambar?
Meluaskan pembangunan bandar baharu
Menubuhkan institusi kewangan tempatan
Memperkenalkan sektor perindustrian barat
Melaksanakan program pembangunan wilayah
Apakah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan projek industri berat negara?
MIDA
FAMA
HICOM
PETRONAS
Mengapakah keperluan nasional menjadi asas penggubalan dasar luar negara?
Menjaga kedaulatan negara
Menghindari perbalahan etnik
Memperkuat sistem pertahanan
Meluaskan kegiatan perdagangan
Apakah kebaikan kerjasama perdagangan menerusi Skim Keutamaan Perdagangan (SKP) antara negara ASEAN?
Pemberian khidmat nasihat
Pemotongan cukai barangan
Pembukaan sempadan negara
Pertukaran sains dan teknologi
Mengapakah berlaku kemelesetan ekonomi berlaku di kebanyakan negara Asia pada tahun 1997-1998?
Pasaran yang terhad
Kenaikan harga barang
Berlaku masalah inflasi
Spekulasi mata wang
Apakah peranan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)?
Melaksanakan pelbagai forum
Memberi bantuan kemanusiaan
Melakukan penyelidikan saintifik
Mengadakan latihan teknikal
Explore all questions with a free account