No student devices needed. Know more
40 questions
Gambar menunjukkan Inskripsi Telaga Batu Kerajaan Srivijaya.
Apakah perkadra yang dapat dikaitkan dengan inskripsi tersebut?
Bukti penyebaran ajaran agama Buddha
Berkaitan kegiatan perdagangan dan cukai
Berlaku persetiaan antara pemerintah dengan rakyat
Berkaitan arahan dan pemberitahuan raja kepada rakyat
Apakah peranan pembesar sebagai golongan pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Melaksanakan undang-undang
Mengendalikan majlis-majlis umum
Menjadi perantara antara sultan dan rakyat
Menyediakan penduduk tempatan sebagai askar
Apakah maksud semangat bushido yang dikaitkan dengan asas pembinaan nasionalisme Jepun?
Taat setia
Toleransi
Setiakawan
Sanggup berkorban
Apakah sumbangan Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) dalam perkembangan nasionalisme di negara kita?
Menggerakkan perjuangan bercorak radikal
Membangkitkan semangat kebangsaan melalui penulisan
Mengetuai gerakan golongan berpendidikan agama
Memperjuangkan kemerdekaan melalui kerjasama dengan British
Apakah kesan percetakan wang pokok pisang tanpa kawalan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu?
Menggalakkan perkembangan ekonomi
Mempercepat urusan perdagangan antarabangsa
Membuka peluang pekerjaan yang banyak
Menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi
Antara berikut, yang manakah DUA tujuan pembentukan Gerakan Fi-Sabilillah semasa penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu?
Mempertahankan hak dan harta
Mempertahankan maruah bangsa
Memelihara takhta dan kedudukan raja
Mengelakkan campur tangan kuasa asing
Apakah tindakan Sir Harold MacMichael yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union?
Meniru tandatangan Raja-raja Melayu
Mengancam menyerang negeri Melayu
Memaksa orang Melayu menerima Mlalayan Union
Memaksa Raja-raja Melayu memberikan persetujuan
Mengapakah SBUB bersetuju menyerahkan Sabah kepada British?
Kekurangan dana untuk membangunkan Sabah
Perebutan kuasa pemerintahan
Masalah pewarisan takhta kerajaan
Desakan daripada kerajaan British untuk meluaskan kuasa
Ahmad Boestamam telah menggunakan terbitan akhbar untuk membuka minda rakyat. Apakah nama akhbar tersebut?
Suara Rakyat
Majalah Guru
Warta Malaya
Fajar Sarawak
Siapakah yang mengetuai kerajaan Persekutuan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Gabenor British
Raja-raja Melayu
Pesuruhjaya Tinggi British
Majlis Mesyuarat Persekutuan
Dalam Rancangan Briggs, penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke sebuah petempatan baharu iaitu Kampung Baru. Mengapakah kerajaan berbuat demikian?
Melindungi tanah simpanan orang Melayu daripada diceroboh
Memutuskan hubungan Parti Komunis Malaya dengan Min Yuen
Menempatkan semua kaum dalam satu kawasan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
Mengapakah harga barangan makanan dan keperluan harian melambung tinggi semasa Zaman Darurat di Tanah Melayu?
Peningkatan harga bahan mentah
Pengeluaran hasil tanaman terhad
Penduduk melakukan pembelian panik
Peniaga menyimpan stok barangan
Apakah objektif penubuhan parti Malayan Indian Congress (MIC)?
Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu melalui rundingan
Menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah
Memperjuangkan kemerdekaan melalui kerjasama dengan kaum lain
Mencapai kemerdekaan melalui darah dan kekerasan
Apakah kandungan Laporan Fenn-Wu dalam sistem pendidikan kebangsaan?
Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan
Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu
Antara berikut, yang manakah DUA tujuan pilihan raya diadakan?
Sebagai asas berkerajaan sendiri
Satu usaha menyatupadukan rakyat
Rakyat dapat menyuarakan pendapat
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
Parti Perikatan memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum 1955. Apakah impak daripada kemenangan tersebut?
Sistem Ahli kekal bagi melicinkan pentadbiran
Parti Perikatan membentuk kerajaan Persekutuan
Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri PTM
Pesuruhjaya Tinggi British berkongsi kuasa dengan Kabinet Pertama
Apakah tugas Suruhanjaya Reid yang dibentuk oleh British pada 8 Mac 1956?
Menyusun perlembagaan
Menyatupadukan rakyat
Merangka sistem pendidikan kebangsaan
Menjalankan dasar luar
Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting kepada penduduk Tanah Melayu?
Meneruskan kuasa British
Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan
Mendapat hak untuk memerintah sendiri
Menamatkan sistem pemerintahan monarki
Kementerian Pertanian telah meninjau pendapat rakyat untuk menentukan bunga yang sesuai sebagai bunga kebangsaan. Apakah bunga yang menjadi pilihan?
Bunga raya
Bunga melur
Bunga seroja
Bunga matahari
Antara berikut, yang manakah DUA tumpuan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara?
Mempelbagaikan keluaran pertanian
Menambahkan peluang pekerjaan
Membangunkan kawasan bandar
Memajukan sektor perindustrian
Antara berikut, yang manakah DUA ciri negara yang berdaulat?
Mempunyai rakyat
Mempunyai budaya
Mempunyai identiti
Mempunyai perundangan
Apakah fungsi Parlimen di negara kita?
Mentafsir perlembagaan
Mengisytiharkan darurat
Menggubal undang-undang
Menjalankan pemerintahan
Siapakah yang menggubal undang-undang di Negeri-negeri Selat?
Majlis Negeri
Majlis Perundanga Persekutuan
Majlis Mesyuarat Negeri
Majlis Undangan Negeri
Antara berikut, yang manakah DUA perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963?
Bahasa Melayu
Struktur Mahkamah Atasan
Jawatan Yang di-Pertuan Negeri
Hak istimewa orang Melayu dan kaum lain
Antara berikut, yang manakah DUA fungsi Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan?
Melantik Perdana Menteri
Meluluskan undang-undang
Memilih Yang di-pertuan Agong
Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu
Keunikan pemerintahan di Malaysia teradun antara unsur tradisional dan moden. Antara berikut, yang manakah unsur tradisional dalam perlembagaan?
Bahasa Melayu
Kewarganegaraan
Kerajaan Persekutuan
Sistem Demokrasi Berparlimen
Antara berikut, yang manakah DUA jenis Kerajaan Tempatan?
Majlis Daerah
Majlis Bandaraya
Majlis Persekutuan
Majlis Perundangan
Apakah yang akan berlaku kepada undang-undang Negeri jika terdapat undang-undang di dalamnya yang bertentangan dengan undang-undang Persekutuan?
Undang-undang Negeri digunakan
Undang-undang Persekutuan dimansuhkan
Undang-undang Negeri mengatasi undang-undang Persekutuan
Undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang negeri
Mengapakah cadangan pembentukan Malaysia mengejutkan pemimpin dan penduduk di Sabah?
Menjejaskan ekonomi Sabah
Menganggap sebagai perjanjian baharu
Keinginan untuk kekal di bawah penguasaan Kesultanan Sulu
Keinginan untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasingan
Apakah iktibar yang diperoleh daripada usaha pemimpin tempatan menamatkan konfrontasi dengan Indonesia?
Berani
Bijaksana
Kesabaran
Kesungguhan
Apakah cabaran utama sistem pendidikan di Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?
Kekurangan tenaga pengajar
Sikap pilih kasih kerajaan
Penduduk pedalaman tidak berminat untuk belajar
Penduduk di pedalaman tidak mendapat peluang bersekolah
Apakah isu yang menyebabkan kerajaan menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal?
Kekurangan kemudahan infrastruktur
Peluang mendapatkan gaji yang tinggi
Taraf hidup rakyat yang berbeza
Kadar pengangguran meningkat
Apakah tujuan sistem persekolahan aneka jurusan dalam Kajian Aminuddin Baki?
Menempatkan murid kelainan upaya
Memendekkan tempoh pembelajaran
Menampung murid yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
Mengurangkan bilangan sekolah vernakular
Bagaimanakah dasar 1 Murid 1 Sukan dapat mewujudkan perpaduan?
Menggalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan
Menggalakkan murid menyertai satu aktiviti sukan mengikut kaum
Menggalakkan murid dari satu kaum sahaja mengambil bahagian dalam acara sukan
Melibatkan murid mengikut kaum dari pelbagai peringkat umur
Apakah tujuan penubuhan BERNAS?
Membantu pekebun kecil
Menstabilkan harga padi
Meningkatkan taraf hidup petani
Membantu dalam penyelidikan padi
Apakah kepentingan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari terhadap ekonomi negara?
Tokoh Perbankan
Tokoh Politik
Tokoh Korporat
Tokoh Hartanah
Apakah yang dilakukan oleh Malaysia bagi menangani isu keselamatan dengan Thailand?
Menamatkan perjanjian persahabatan
Memupuk kerjasama dengan negara ASEAN
Menandatangani perjanjian sempadan
Menandatangani Perjanjian Pertahanan Lima Negara
Mengapakah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ditubuhkan?
Memperjuangkan kepentingan umat Islam
Mencapai kemerdekaan bagi negara anggota
Meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan
Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Timur atau Blok Barat
Bagaimanakah kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan bertindak mencegah penyakit AIDS?
Mengurangkan penyakit merebak dalam kadar yang cepat
Melakukan kuarantin kepada pesakit AIDS
Melakukan kajian dan penyelidikan bagi penawar AIDS
Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan
Apakah matlamat Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019?
Menyelesaikan isu Palestin
Mengekalkan kedaulatan negara
Mengukuhkan hubungan perdagangan
Merapatkan jurang dan kedudukan masyarakat Islam
Explore all questions with a free account