No student devices needed. Know more
35 questions
Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding milikan tunggal?
Mudah ditubuhkan
Bergabung kepakaran
Menanggung liabiliti terhad
Bebas mengurus persaingan
Encik Abu telah menggunakan sejumlah wang persaraannya untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada Kenny Rogers Roaster.
Apakah kelebihan perniagaan tersebut kepada Encik Abu?
Menikmati ekonomi bidangan
Mengembangkan perniagaan secara global
Mekanisme untuk menembusi pasaran baharu
Menggunakan jenama yang telah dikenali ramai
Apakah faktor luaran yang mempengaruhi trend meningkat bagi sesebuah perniagaan?
Pengurusan
Sumber manusia
Teknologi
Kewangan
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Pernyataan berkaitan hala tuju perniagaan
Pernyataan berkaitan wawasan persaingan
Pernyataan berkaitan tujuan utama perniagaan
Pernyataan berkaitan sasaran khusus perniagaan
Apakah tujuan barang dan perkhidmatman disediakan oleh sesebuah organisasi perniagaan?
Menjaga kebajikan masyarakat
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri munasabah yang terdapat dalam ciri-ciri objektif perniagaan?
Peluang yang tidak mustahil untuk dicapai
Sasaran yang boleh dicapai
Berbentuk kuantitatif
Berbentuk kualitatif
Antara berikut, yang manakah kesan akibat sesebuah perniagaan gagal mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
I Jualan merosot
II Kos berkurangan
III Harga produk berkurangan
IV Imej perniagaan terjejas
I dan III
II dan III
III dan IV
I dan IV
Mengapakah bahagian fungsin kewangan penting dalam pengurusan sesebuah organisasi?
Menentukan prestasi syarikat
Merancang belanjawan perniagaan
Mengukur kedudukan perniagaan
Mengurus aktiviti pengeluaran
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.
Ditubuhkan dengan konsep "milik bersama"
Ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu
Perniagaan manakah yang mempunyai ciri tersebut?
Agrobank
Pasar raya Selamat
Koperasi Pekebun Kecil
Percetakan Cahaya Sdn. Bhd.
Apakah peranan kerajaan tempatan terhadap kegiatan perniagaan di sesebuah kawasan?
Mewujudkan kawasan industri
Membentuk syarikat perniagaan
Menyediakan kemudahan infrastruktur
Menjalinkan kerjasama dengan sektor swast
Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?
Lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
Permintaan untuk barang dan perkhidmatan menurun
Harga barang menurun akibat pengeluaran berlebihan
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Apakah maksud syer pasaran?
Peratus pengguna yang membeli produk sesuatu organisasi perniagaan
Satu transaksi berlaku di antara penjual dengan pembeli
Aktiviti untuk menarik pengguna supaya membeli produknya
Ukuran penggunaan sumber manusia sesuai dengan kuantiti produk yang dikeluarkan
Manakah antara berikut faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan Visi, Misi dan Objektif perniagaan?
Boleh diukur
Boleh dicapai
Daya saing
Jangka masa
Antara yang berikut, yang manakah menentukan saiz sesebuah perniagaan?
Bilangan pekerja
Jumlah jualan tahunan
Bilangan cawangan perniagaan
Bilangan jenis produk yang dijual
“Rakan kongsi yang menyumbangkan nama tetapi tidak melibatkan diri dalam aktiviti operasi perniagaan”.
Apakah jenis rakan kongsi tersebut?
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi nominal
Rakan kongsi biasa
Kos tetap = RM400 000
Harga seunit = RM120
Kos berubah seunit = RM70
Berapakh titik pulang modal (TPM)
2105 unit
3333 unit
5714 unit
8000 unit
Apakah tujuan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan diwujudkan dalam sesebuah organisasi perniagaan?
Memudahkan staf berkomunikasi serta menyimpan data dan maklumat
Memastikan organisasi mempunyai sumber manusia yang mencukupi
Memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang baik
Menghasilkan produk berkualiti dengan kos yang efektif
Apakah peranan perniagaan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat?
Menyediakan peluang pekerjaan
Membantu perkembangan ekonomi negara
Menjalankan tanggungjawab sosial korporat
Menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan
Apakah kelebihan syaraikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?
Beban cukai yang rendah
Syer boleh dipindah milik secara bebas
Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan
Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri bagi perniagaan “ TIGA DIMENSI ENTERPRISE “
Mudah ditubuhkan dan diuruskan
Cukai individu
Kebebasan mengurus
Hayat berterusan
Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?
Membayar fi tertentu kepada francaisor
Melaksanakan penyelidikan produk
Menyediakan skim latihan pekerja
Melakukan promosi
• Perkongsian strategik antara dua syarikat
• Perniagaan diteruskan sehingga tercapainya objektif
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Francais
Koperasi
Usaha sama
Perkongsian
Manakah antara berikut pernyataan yang berkaitan dengan sektor ketiga?
Melibatkan aktiviti peruncit dan pemborong
Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan
Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara
Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama
Apakah agensi kerajaan yang membantu peniaga tempatan menembusi pasaran antarabangsa?
MARA
FELDA
MARDI
MATRADE
Antara berikut aktiviti manakah terlibat dalam sektor primer?
Sharmimi menjual ketam
Haikal menternak udang dalam kolam
Athirah memproses ikan dijadikan keropok
Luqmam menghantar sayur sayuran ke pasar
Antara berikut yang manakah punca berlakunya inflasi?
Peningkatan tinggi permintaan berbanding penawaran barang
Peningkatan tinggi penawaran berbanding permintaan barang
Penduduk meramalkan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan
Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
• Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan
• Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja
Apakah gaya pengurusan tersebut?
Gaya pengurusan laissez faire
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan demokratik
Gaya pengurusan sokongan
Apakah pengantara teknologi maklumat dan komunikasi yang dapat memudahkan komunikasi dalaman?
Internet
Intranet
e-dagang
e-banking
Apakah jawatan yang wujud dalam bahagian fungsian kewangan?
Pengurus belian
Penyelia jualan
Penyelaras ICT
Pegawai kredit
Apakah aplikasi teknologi maklumat yang digunakan untuk membuat tempahan dan pengesahan pembelian barangan?
e-dagang
e-banking
e-pemasaran
e-government
Apakah fokus utama pertubuhan sukarela?
Menyediakan perkhidmatan untuk perniagaan
Melaksanakan agenda pembangunan kerajaan
Menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat
Menjual barang dan perkhidmatan untuk keuntungan
Apakah maksud perniagaan?
Menawarkan barang dan perkhidmatan oleh peniaga kepada pembeli
Menjual barang dan perkhidmatan untuk memksimumkan keuntungan
Menyediakan barangan dan perkhidmatan
Melibatkan urus niaga jual beli antara penjual dan pembeli
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan Syarikat Awam Berhad?
Bilangan ahli 2 - 50 orang
Pemegang syer menanggung liabiliti tidak terhad
Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan
Mempamerkan Sijil Perakuan Pendaftaran (Borang D)
Berapakah bayaran yang dikenakan jika menggunakan nama sendiri untuk nama perniagaan?
RM30
RM60
Explore all questions with a free account