No student devices needed. Know more
10 questions
1. Apakah nada bagi sajak Senja di Palang Besi?
Romantis
Melankolik
Patriotik
2. Nyatakan tema bagi sajak Senja di Palang Besi
Penyesalan seorang anak yang tidak mendengar nasihat ibu bapa.
Harga kebebasan bagi sesebuah kehidupan
Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan yang hidup di dalam sel penjara.
3. Nyatakan bentuk sajak Senja di Palang Besi
Bebas
Terikat
Mempunyai suku kata 4-5 setiap baris
4. "jemari malam" , " samudera jiwa"..... merupakan gaya bahasa
hiperbola
metafora
simile
5. Antara yang berikut, yang manakah maksud rangkap kedua dalam sajak Senja di Palang Besi?
Banduan dalam penjara hidup terasing daripada masyarakat
Suasana senja di dalam penjara yang dikelilingi dawai
Banduan menanti masa untuk dibebaskan
6. Semua yang berikut merupakan persoalan dalam sajak ini, kecuali
setiap penjenayah mestilah dihadapkan ke muka pengadilan
banduan hidup dalam keadaan terbuang, kesakitan dan terasing
banduan berasa syukur kerana sudah insaf
7. Penyajak menyampaikan mesej dalam sajak ini dengan cara
rintihan
pujukan
makluman
8. Semua nilai berikut terdapat dalam sajak kecuali..
kepatuhan
kebijaksanaan
kasih sayang
9. dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
merupakan gaya bahasa
responsi
sinkope
anafora
10. Semua yang berikut merupakan pengajaran dalam sajak ini, kecuali...
Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara.
Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang negara.
Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Explore all questions with a free account