20 questions
1. Contoh Kata pemeri ialah .......
bukan
ialah
tidak
benar
2. Contoh kata ganda separa ialah
sayang-menyayangi
makanan-makanan
lelangit
jentik-jentik
3. Berikan sinonim bagi wira
jaguh
pahlawan
pendekar
juara
4. Tandakan kata ganda berentak yang betul.
kucar-kacir
kusut-kusut
huru-hara
selok-belok
5. Antara kata hubung yang berikut, yang manakah kata hubung gabungan?
jika
dan
yang
kerana
6. Yang manakah kata hubung pancangan komplemen?
yang
untuk
bahawa
sementara
7. Kata hubung pancangan relatif ialah
8. Antara berikut, yang manakah jenis-jenis kata ganda?
Kata ganda simpulan
Kata ganda seluruh
kata ganda sejati
Kata ganda berganda
9. Kata nafi terbahagi kepada dua iaitu ....
10. Kata hubung pancangan keterangan ialah ....
sementara
walaupun
kerana
tetapi
11. Antara berikut, yang manakah FN + FA?
Kerusi dari Taiwan itu cantik benar.
Kereta itu bergerak dengan sangat perlahan.
Mangga yang baru dibeli di kedai itu masam sungguh.
Menantu Mak Cik Kiah seorang doktor.
12. Ayat yang manakah yang merujuk kepada FN + FK?
Kereta itu menuju ke arah selatan.
Adik berlari laju sungguh.
Mesin yang dikendalikan oleh operator itu dari China.
Haiwan yang berjaya memasuki kampung melarikan diri setelah dikejar oleh sekumpulan manusia.
13. Berikan antonim bagi gali.
korek
timbus
hembus
tanam
14. Kata penguat terdiri daripada .....
15. Kata penguat bebas terdiri daripada ........, .........., dan .......... .
16. contoh bagi Kata ganti nama diri kedua ialah ......
tuanku
saya
engkau
dia
17. Yang manakah antara berikut merupakan ayat pasif?
Kertas peperiksaan itu akan disemak oleh guru subjek.
Kek itu akan saya hantar.
Mastah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
Kucing itu melompat dengan laju.
18. Antara ayat berikut, yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?
Kesihatannya bertambah baik.
Mereka akan bertolak esok pagi.
Mereka asyik bergurau.
Kek itu sudah cair.
19. Tandakan ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif berpelengkap.
Nazim tinggal di Kedah.
Mereka memandu dengan berhati-hati kerana jalan licin.
Azizul sudah tiba di tempat kerja.
Azlan menempah kek itu.
20. Contoh bagi kata adjektif ukuran ialah....
gemuk
nipis
leper
renek