No student devices needed. Know more
10 questions
Semua warga penduduk Kampung Seri Jaya bertungkus-lumus membersihkan kawasan persekitaran mereka bagi mengelakkan pencemaran berlaku.
Apakah perasaan anda apabila membaca berita itu?
GEMBIRA
SEDIH
Malik dan rakan-rakannya bekerjasama membersihkan kawasan balai raya perumahan mereka bagi menjaga kebersihan.
Adakah tindakan Malik dan rakan-rakannya betul?
YA
TIDAK
Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan berlakunya kematian banyak hidupan di dalamnya.
Apakah perasaan anda setelah membaca berita itu?
GEMBIRA
SEDIH
Pihak yang berkenaan telah menyaman syarikat yang menyebabkan berlakunya pencemaran, namun tidak diendahkan oleh syarikat terbabit.
Nyatakan perasaan anda terhadap tindakan syarikat itu.
GEMBIRA
SEDIH
Mengapakah haiwan seperti penyu dikatakan mengalami kepupusan?
Kerana sudah lanjut usia.
Kerana aktiviti tidak bertanggungjawab manusia.
Kerana haiwan tersebut mengalami sakit yang tiada ubat.
Kerana haiwan tersebut susah didapati.
Alam sekitar yang bersih dan sihat amat penting kepada manusia dan haiwan kerana menyeimbangkan ekosistem.
Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah alam sekitar perlu dipelihara oleh manusia?
Bagi memudahkan kegiatan pembalakan dilakukan.
Bagi mengelakkan pembuangan sampah di merata-rata tempat.
Bagi membangunkan kawasan yang bebas daripada pencemaran.
Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan amalan menyayangi alam sekitar?
Melakukan pembersihan kawasan perumahan secara berkala.
Mendapatkan lesen yang sah sekiranya ingin melakukan aktiviti pembalakan.
Memusnahkan alam sekitar tanpa menghiraukan keseimbangan ekosistem.
Bergotong-royong membersihkan kawasan bakau.
Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyayangi dan melindungi alam sekitar?
Kerajaan perlu mengharamkan penebangan hutan yang berlaku secara berleluasa.
Tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pencemaran alam sekitar.
Membiarkan pencemaran udara berlaku tanpa sebarang usaha untuk mencegahnya.
Membenarkan habitat haiwan dan tumbuhan diterokai secara haram.
Puan Wong ternampak aktiviti pembalakan haram yang sedang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semasa dia dan keluarganya berkelah di sebuah hutan simpan.
Apakah tindakan yang patut diambil oleh Puan Wong?
Melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak berkuasa.
Membiarkan aktiviti pembalakan itu sahaja dan meneruskan perkelahan dengan keluarganya.
Muthu dan Azmi terlihat beberapa pekerja kilang yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka membuang sampah dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai berdekatan pada waktu malam.
Nyatakan tindakan yang patut diambil oleh Muthu dan Azmi.
Balik rumah dan tidur tanpa melaporkan perbuatan itu.
Mengambil dan menghantar gambar perbuatan pekerja kilang itu kepada pihak berkuasa.