No student devices needed. Know more
20 questions
1 Manakah antara berikut tidak benar untuk pengangkutan pasif?
A. bergerak menuruni kecerunan kepekatan
B. pergerakan bahan melibatkan bantuan protein pembawa dan protein liang
C. memerlukan tenaga ATP
D. berlaku sehingga keseimbangan dinamik tercapai
2 Bagaimanakah cara asid amino diangkut ke dalam membran plasma?
A. Pengangkutan aktif
B. Resapan berbantu
C. Resapan ringkas
D. Osmosis
3 Apakah fungsi dwilapisan fosfolipid?
A. Bertindak sebagai sempadan yang memisahkan kandungan sel dan persekitarannya
B. lipid dengan karbohidrat yang melekat padanya
C. mengikat asid-asid lemak bersama
D. membenarkan molekul kecil dan ion melaluinya
4 Yang manakah menyatakan keadaan sel tumbuhan setelah vakuol mengembang dan menolak sitoplasma serta membran plasma ke dinding sel?
A. Segah
B. Deplasmolisis
C. Plasmolysis
D. Flasid
5 Bahan-bahan berikut boleh bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid melalui resapan ringkas kecuali
A. asid lemak
B. gliserol
C. vitamin A, D, E dan K
D. ion kalium
6 Rajah menunjukkan pergerakan bahan Z merentas membran plasma.
Antara pernyataan berikut , yang manakah benar tentang pergerakan bahan Z ?
I. Melalui protein liang
II. Menggunakan pengangkutan aktif
III. Tidak menggunakan tenaga
IV. Melawan kecerunan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
7 Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pergerakan bahan merentas membran plasma dengan menggunakan tiub Visking .
Selepas 60 minit , didapati warna ampaian kanji menjadi biru tua . Berdasarkan keputusan eksperimen tersebut , apakah ciri yang ditunjukkan oleh tiub Visking ?
A. Kurang telap
B. Telap memilih
C. Tidak telap
D. Telap sepenuhnya
8 Rajah menunjukkan pergerakan ion mineral melalui proses X dalam akar rambut tumbuhan.
Apakah proses X ?
A. Osmosis
B. Pengangkutan aktif
C. Resapan ringkas
D. Resapan berbantu
9 Rajah menunjukkan keadaan satu sel sebelum dan selepas direndam ke dalam larutan Y.
Apakah larutan Y dan proses yang terlibat ?
A Larutan Hipotonik / Proses Plasmolisis
B Larutan Hipertonik / Proses Plasmolisis
C Larutan Hipotonik / Proses Deplasmolisis
D Larutan Hipertonik / Proses Deplasmolisis
10 Empat silinder kentang telah ditimbang dan setiap satunya telah direndam dalam larutan garam yang berbeza kepekatan seperti dalam rajah.
Silinder ubi tersebut kemudiannya ditimbang semula selepas satu jam dan hasilnya ditunjukkan di dalam jadual di bawah. Berdasarkan jadual di bawah, larutan garam manakah merupakan larutan hipertonik ?
A
B
C
D
11 Rajah menunjukkan satu sel tumbuhan di dalam larutan isotonik.
Antara yang berikut , yang manakah menunjukkan sel tersebut telah direndam dalam larutan.
A
B
C
D
12 Rajah menunjukkan satu osmometer kentang .
Yang manakah tidak benar tentang hasil eksperimen ?
A. Kentang menjadi segah
B. Air masuk ke dalam kentang secara osmosis
C. Aras air suling berkurangan
.D Aras larutan sukrosa kekal sama
13 Rajah 8 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji osmosis
Apakah pemerhatian yang dapat dibuat selepas satu jam ?
A
B
C
D
14 Apakah yang berlaku apabila sel darah merah direndam dalam larutan hipertonik ?
A. Krenasi
B. Hemolisis
C. Plasmolisis
D. Deplasmolisis
15 Pernyataan yang berikut adalah ciri-ciri bagi suatu proses.
· Pergerakan molekul atau ion
· Memerlukan bantuan daripada protein pembawa
· Menyebabkan pengumpulan atau penyingkiran
molekul atau ion dari sel
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan proses tersebut ?
A. Tidak menggunakan tenaga dari ATP
B. Pergerakan yang mengikut kecerunan kepekatan
C. Pergerakan yang menentang kecerunan kepekatan
D. Pergerakan akan berlaku sehingga mencapai keseimbangan dinamik
16 Pernyataan yang manakah benar tentang osmosis?
I. Melibatkan pergerakan molekul air.
II. Pergerakan ion merentasi membran separa telap.
III. Tidak memerlukan bantuan protein pembawa dan protein liang.
IV. Menentang kecerunan kepekatan.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I dan IV
17 Bagaimanakah cara vitamin E merentasi membran plasma?
A. Melalui pengangkutan aktif.
B. Melalui osmosis.
C. Melalui penggabungan dengan protein liang.
D. Melalui resapan ringkas
18 Membran plasma hanya membenarkan bahan tertentu sahaja merentasinya. Apakah sifat membran plasma?
A. Telap penuh
B. Telap separa
C. Telap memilih
D. Tidak telap
19 Molekul-molekul ini merupakan reseptor untuk hormon seperti insulin,menstabilkan membran dengan membentuk ikatan hidrogen bersama air dan bertindak sebagai antigen. Apakah molekul-molekul tersebut?
A. Glikolipid dan lipid
B. Glikoprotein dan kolesterol
C. Glikolipid dan glikoprotein
D. Glikoprotein dan karbohidrat
20 Mengapakah dwilapisan fosfolipid mempunyai sifat bendalir yang fleksibel?
A. Dwilapisan fosfolipid dan kolesterol tidak statik.
B. Dwilapisan fosfolipid mempunyai kepala dan ekor yang tidak statik.
C. Dwilapisan fosfolipid dan molekul protein tidak statik.
D. Dwilapisan fosfolipid protein dan kolesterol tidak statik
Explore all questions with a free account