No student devices needed. Know more
10 questions
Apakah persamaan kedua-dua parti berikut?
-Parti Kuomintang (KMT)
-Parti Komunis Nanyang (PKN)
Menyebarkan dakyah komunis di negara kita
Mengasaskan penubuhan Parti Komunis Malaya
Melancarkan propaganda untuk menentang British
Menggunakan kekerasan supaya rakyat menyertai Komunia
Apakah tindakan PKM bagi mengembangkan ideologinya dalam kalangan penduduk tempatan?
Menawarkan ganjaran
Bergerak dalam pertubuhan
Mempengaruhi Kesatuan Sekerja
Memaksa penduduk menyertainya
Apakah implikasi persidangan berikut terhadap gerakan komunis di Tanah Melayu?
19-25/2/1948 ( Persidangan Kongres Belia Asia)
Melancarkan perang saraf
Menubuhkan Republik Komunis
Menentang penjajah secara bersenjata
Menguatkuasakan undang-undang komunis
Berikut adalah keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
-Membakar kilang
-Merosakkan kemudahan awam
-Mensabotaj landasan kereta api
Mengapakah PKM berbuat demikian?
Melumpuhkan ekonomi British
Membuktikan kesungguhan PKM
menakutkan penduduk tempatan
Menuntut kemerdekaan daripada British
Jadual berikut menunjukkan siri serangan komunis ke atas pasukan keselamatan
17 Jun 1948 (Balai Polis Kamung Jeram, Johor)
26 Jun 1948 (Balai Polis Kuala Krau, Pahang)
17 Julai 1948 (Balai Polis Gua Musang, Kelantang
Apakah rancangan Komunis di sebalik tindakan tersebut?
Melumpuhkan kegiatan ekonomi
Mendapatkan peralatan dan senjata
Mempengaruhi penduduk secara psikologi
Menunjukkan kelemahan pasukan keselamatan
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha menangani ancaman komunis.
Penguatkuasaan undang-undang Darurat
Bagaimanakah penguatkuasaan undang- undang tersebut dilaksanakan?
Membakar sarang komunis
Hukuman mati jika membantu komunis
Memindahkan penduduk ke Kampung Baru
Mengharamkan PKM dan parti berfahaman radikal
Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan pada 23 Julai 1948 untuk membezakan orang awam dan komunis.
Apakah langkah yang diambil oleh British untuk menjayakan sistem tersebut?
Melonggarkan syarat kerakyatan
Menguatkuasakan perintah berkurung
Memastikan penduduk menganggotai parti politik yang sah
Mewajibkan penggunaan kad pengenalan bagi penduduk berumur 12 tahun ke atas
Pada 28 Disember 1955, satu rundingan antara kerajaan dengan PKM diadakan
Mengapakah rundingan tersebut gagal?
Kerajaan enggan menubuhkan Republik Komunis
Kerajaan mungkir janji syarat gencatan senjata
Kerajaan enggan membayar ganti rugi yang dituntut
Kerajaan enggan mengiktiraf PKM sebagai parti yang sah
Tan Cheng Lock menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada 27 Februari 1949.
Apakah tanggapan masyarakat terhadap penubuhan MCA?
MCA mampu memulihkan ekonomi negara
MCA mampu memujuk komunis menyerah diri
MCA dapat membantu kerajaan membanteras komunis
Bukan semua Cina bersetuju dengan perjuangan komunis
Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap negara kita pada ketika itu?
1948-1960 ( DARURAT)
Pembangunan negara terjejas
Hubungan antara kaum renggang
Kemerdekaan semakin sukar dicapai
Syarat kerakyatan kepada orang bukan Melayu diperketat
Explore all questions with a free account