15 questions
Penyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?
Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
Pihak manakah yang terlibat dalam sektor primer?
Encik John ialah peniaga runcit
Encik Abu ialah penoreh getah
Puan Rima ialah pemilik kilang roti
Encik Terry menyediakan perkhidmatan pengangkutan
Maklumat yang berikut berkaitan denagan satu faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan.
Kerajaan telah memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan SST pada 1
September 2018.
Apakah faktor luaran yang berkaitan?
Ekonomi
Politik dan perundangan
Sosiobudaya
Teknologi
Maklumat di bawah ini menunjukkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Majlis Perbandaran Kuantan
Majlis Daerah Machang
Antara yang berikut, manakah
yang merupakan bidang kuasa pihak pihak di atas?
Menguatkuasa semua undang undang jalan raya di sesuatu kawasan
Menggubal undang undang kecil berkaitan perniagaan
Merangka dan melaksanakan dasar dasar pembangunan setempat
Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan
Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun.
Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan demikian?
Pekerja kurang bermotivasi
Strategi pemasaran yang kurang berkesan
Keadaan ekonomi semakin lembab
Kos pengeluaran semakin meningkat
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan perubahan dari aspek pasaran?
Pembangunan dalam teknologi
Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi
Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna
Kadar pengangguran berkurang
Syarikat Encik Salleh akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal kuasa tinggi pada tahun hadapan.
Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Salleh?
Munasabah (Realistic)
Boleh diukur (Measurable)
Jangka masa (Time frame)
Boleh dicapai (Attainable)
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang struktur organisasi?
Dapat digambarkan melalui carta organisasi
Merupakan komponen utama perancangan strategik
Merujuk kepada visi dan misi sesebuah organisasi
Membantu ahli organisasi mengetahui tanggungjawab masing masing
Encik Ismail lewat datang kerja sebanyak dua kali. Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?
Tiada kenaikan pangkat
Dipecat
Amaran bertulis
Ditahan kenaikan gaji
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Ally Lum seorang akauntan bertauliah.
Beliau pernah bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat cari gali minyak antarabangsa selama 10 tahun. Sekarang beliau ingin menjadi jururunding pelaburan dalam syarikat minyak dan gas.
Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Puan Ally Lum?
Kelayakan yang sesuai
Berpengalaman dalam industri
Keberkesanan mencapai sasaran kumpulan
Berpengetahuan tentang produk
Penyataan manakah yang merujuk kepada pengurusan sumber teknologi bagi sesebuah syarikat telefon pintar?
Mendaftar paten reka bentuk baharu telefon
Kilang dan mesin yang canggih
Bangunan dan kemudahan yang serba lengkap
Jenis dan model telefon yang pelbagai
Manakah sumber pembiayaan luaran bagi sebuah pasaraya yang ditubuhkan sebagai perniagaan perkongsian?
Modal daripada keuntungan
Syer
Overdraf bank
Pemfaktoran
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.
Puan Hani ingin memulakan perniagaan butik. Memandangkan beliau memerlukan modal permulaan sebanyak RM50 000 dengan kadar segera, Puan
Hani menjadikan barang kemas miliknya sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman melalui Skim Pajak Gadai-i, Bank Rakyat.
Apakah sumber pembiayaan berkenaan?
Pemfaktoran
Ar Rahnu
Sewa beli
Pajakan
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Puan Siti, pemilik Kedai Bunga Siti.
Hasil harian : RM 200 – RM 250
Sewa bulanan : RM 1 500
Gaji pembantu : RM 1 000 sebulan
Modal tambahan yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan : RM 30 000
Puan Siti mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada TEKUN Nasional untuk keperluan modal tambahan.
Mengapakah Puan Siti mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada TEKUN Nasional dan bukan dengan bank dan institusi kewangan?
Jumlah pinjaman tidak terhad
Kos pinjaman lebih murah
Beliau tidak mempunyai cagaran bernilai
Pinjaman tidak tertakluk kepada terma dan syarat
Antara yang berikut, kemahiran manakah yang dapat membangunkan karakter diri seseorang usahawan?
Kemahiran membuat keputusan
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran manipulatif
Kemahiran berfikir