No student devices needed. Know more
10 questions
Nyatakan maksud cetakan dalam Bidang Seni Halus dengan menggunakan bahasa yang betul.
A. Cetakan ialah pemindahan imej pada satu permukaan seperti kertas melalui proses terapan blok atau plat yang disapu dakwat.
B. Cetakan adalah satu karya seni berbentuk tiga dimensi yang mempunyai isi padu dan jisim.
C. Cetakan ialah karya seni yang dihasilkan menggunakan media basah seperti cat air, cat akrilik, cat tempera dan cat minyak pada pelbagai permukaan.
D. Cetakan ialah lakaran atau karya yang berbentuk dua dimensi di atas permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding dan lain-lain.
Kenal pasti bahasa seni visual dalam karya seni cetakan.
i. Garisan
ii. Rupa
iii. Jalinan
iv. Penegasan
A. i, ii dan iv
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i, ii dan iii
Kenalpasti Bahasa Seni Visual dalam karya Seni Cetakan.
i. Rupa
ii. Penegasan
iii. Kepelbagaian
iv. Kontra
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. ii , iii dan iv
Media apa yang digunakan dalam Cetakan Timbulan (Relief)
i. Dakwat
ii. Pensel
iii. Sudu
iv. Kepingan lino
A. i, ii dan iii
B. ii, iii dan iv
C. i, iii dan iv
D. Semua di atas
Cetakan timbulan menggunakan prinsip yang sama dengan
A. cetakan sutera saring
B. cetakan kolaj stensil
C. cetakan kolaj
D. cetakan lino
Susun urutan teknik cetakan stensil
i. Potong imej di atas plastik buku tersebut dengan cermat.
ii. Gunakan span untuk meratakan dakwat pada keseluruhan imej yang telah dipotong.
iii. Karya akhir.
iv. Lukis semula imej atau lukisan di atas plastik buku.
v. Dakwat yang telah siap diratakan.
vi. Letakkan plastik yang telah dipotong di atas kertas.
A. i, ii, iii, iv, v dan vi
B. ii, iii, iv, v, vi dan i
C. iv, i, vi, ii, v dan iii
D. iv, ii, iii, v, vi dan i
Cetakan jenis manakah memerlukan skrin pemidang?
A. Cetakan sutera saring
B. Cetakan benaman
C. Cetakan timbulan
D. Cetakan kolaj
Kontra pada cetakan dapat memberi kesan yang menarik melalui penampilan elemen yang berbeza seperti
i. jalinan
ii. bentuk
iii. warna
iv. saiz
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. Semua di atas
Kepelbagaian wujud hasil daripada pelbagai idea, nilai dan _________ yang berbeza dalam karya Seni Cetakan.
A. gaya
B. imej
C. warna
D. objek
Seni cetakan memerlukan kemahiran di bawah KECUALI
A. mengukir
B. mengguris
C. mewarna
D. melukis
Explore all questions with a free account