No student devices needed. Know more
10 questions
1.Objek-objek seperti guli kaca,biji getah,ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat adalah buah untuk permainan.............
A. Gasing
B. Wau
C. Guli
D. Batu Seremban
2.Bilangan pemain untuk permainan congkak adalah seramai........................ sahaja.
A. 1 orang
B. 2 orang
C. 3 orang
D. 4 orang
3."Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka."
Berikut merupakan salah satu cara permainan?
A. Teng-teng
B. Guli
C. Galah panjang
D. Gasing
4.Kiraan mata untuk menentukan pemenang permainan guli adalah berdasarkan ?
A. Jumlah jentikan guli dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
B. Bilangan pemain yang masih tinggal.
C. Jumlah guli yang yang terkeluar daripada kawasan permainan.
D. Jumlah guli yang tidak terkeluar daripada kawasan permainan.
5.Alat-alat utama untuk permainan wau adalah...........
A. Buluh dan tali
B. Wau dan buluh
C. Tali dan wau
D. Wau dan kayu
6.Gasing yang ......................akan dikira sebagai pemenang dalam permainan gasing
A. diperbuat daripada besi
B.paling lama berputar
C.menghancurkan gasing lain
D. berada dalam permainan
7.Antara berikut yang manakah merupakan permainan tradisional kaum India ?
A.Wau
B.Kabadi
C.Kavadi
D.Gasing
8.Permainan tradisional patut diperkenalkan kepada murid sekolah dengan.........
i.memberi peluang untuk mereka bermain permainan tradisional
ii.mengetahui peraturan permainan tradisional
iii.meminta pelajar bermain permainan siber
A. i dan iii
B. i dan ii
C. ii dan iii
D. i,ii,dan iii
9.Antara yang berikut merupakan kepentingan permainan tradisional kepada kita KECUALI...
A.Sebagai hiburan
B.Sebagai menunjuk-nunjuk
C.Sebagai produk pelancongan
D.Warisan budaya Malaysia
10.Mengapakah permainan tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat di negara kita?
A.Ibu bapa menekankan cara-cara bermain permainan tradisional
B.Pemimpin masyarakat mengadakan ceramah tentang permainan tradisional.
C.Masyarakat terlalu asyik bermain gajet.
D.Media massa menyiarkan dokumentari tentang permainan tradisional
Explore all questions with a free account