No student devices needed. Know more
45 questions
PERJANJIAN HUDAIBIYAH BERLAKU PADA TAHUN KE _________ HIJRAH
5
7
6
8
Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian __________ yang ditandatangani di antara Rasulullah SAW dengan _________ Quraisy yang membawa kepada __________ senjata.
gencatan, damai, Musyrikin
damai, Musyrikin, gencatan
Musyrikin, gencatan, damai
Perjanjian Hudaibiyah merupakan anak kunci kepada pembukaan ___________.
Zulkaedah
Kota Mekah
Musyrikin
Hudaibiyah
Siapakah yang diutuskan oleh Rasulullah SAW untuk menemui Musyrikin Mekah?
Umar al-Khattab
Usman bin Affan
Zubair bin al-Awwam
Ali bin Abu Talib
Siapakah yang diutuskan oleh puak Musyrikin Mekah untuk membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW?
Suhail bin Amru
Abu Sufian bin Harb
Budai bin Warqa'
Khalid bin al-Walid
Berikut adalah isi Perjanjian Hudaibiyah KECUALI
Rasulullah SAW dan sahabat dibenarkan memasuki Mekah pada tahun ke-7 Hijrah
Gencatan senjata selama 10 tahun
Orang Mekah yang lari ke Madinah perlu dikembalikan semula ke Mekah
Umat Islam perlu pulang semula ke Mekah
Rasulullah SAW mengikut perjanjian dengan kabilah-kabilah di sekitar Madinah.
Pernyataan ini ialah hikmah Perjanjian Hudaibiyah dalam aspek......
Dakwah Islam
Ekonomi Islam
Politik Islam
Ketenteraan Islam
Senaraikan empat panglima tentera yang mengetuai pembukaan Kota Mekah.
Rasulullah SAW
Khalid bin al-Walid
Zubair bin al-Awwam
Abu Ubaidah al-Jarrah
Senaraikan hikmah perjanjian Hudaibiyah
Terhindar daripada berlakunya pertumpahan darah dan peperangan
Sebagai perintis dan pembuka jalan kepada pembukaan kota Mekah.
Dakwah Islam dapat disampaikan dengan bebas tanpa sekatan.
Kaum Musyrikin memberi pengiktirafan kepada negara Islam Madinah.
Faktor kejayaan pembukaan Kota Mekah
Ramai penduduk Mekah telah tertarik dengan Islam
Strategi Rasulullah SAW yang bijak dan disusun rapi.
Ramai pembesar dan pahlawan Quraisy memeluk Islam
Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan sahabat dan umat Islam.
Langkah Rasulullah SAW selepas pembukaan Kota Mekah
Memusnahkan semua berhala yang berada di sekeliling Kaabah yang berjumlah 360 buah.
Menunaikan solat sunat di maqam Nabi Ibrahim
Rasulullah SAW mengarahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan yang merupakan azan pertama di bumi Mekah
Mengisytiharkan pengampunan secara beramai-ramai kepada puak Musyrikin Mekah yang pernah bermusuh dengan Rasulullah SAW.
Menyeru golongan Musyrikin untuk masuk Islam sert berbaiah dengan mereka di bukit Safa.
Kronologi peristiwa pembukaan Kota Mekah
Musyrikin Mekah telah melanggar Perjanjian Hudaibuyah
Bani Bakar yang memberi kesetiaan kepada Musyrikin Quraisy memohon bantuan untuk memerangi Bani Khuza'ah
Bani Khuza'ah memberi kesetiaan kepada Rasulullah SAW berdasarkan kepada isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah
Bani Bakar dibantu oleh Musyrikin Mekah telah menyerang perkampungan Khuza'ah dan membunuh 20 orang penduduknya
Rasulullah SAW amat marah dengan pembunuhan tersebut lalu menyusun strategi menghadapi serangan Musyrikin Mekah. Akhirnya tentera Islam berjaya menawan kota Mekah. Pembukaan kota Mekah membuka ruang kepada dakwah Islam tersebar luas di luar semenanjung Tanah Arab.
Pada 10 _____________ tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah SAW bergerak ke Mekah bersama dengan 10 000 tentera sebagai permulaan dalam peristiwa pembukaan kota Mekah.
Muharam
Syawal
Ramadan
Zulkaedah
Semangat ______________ tentera Islam yang tinggi dan berdisiplin merupakan salah satu faktor kejayaan pembukaan kota Mekah.
patriotisme
perang
jihad
cinta
Kabilah yang manakah mengikat janji dengan Rasulullah?
Kabilah Bani Aus
Kabilah Bani Khazraj
Kabilah Bani Khuzaah
Kabilah Bani Bakar
Kabilah yang manakah mengikat janji dengan musyrikin Mekah?
Kabilah Bani Aus
Kabilah Bani Khazraj
Kabilah Bani Khuzaah
Kabilah Bani Bakar
Siapakah yang dilantik sebagai ketua untuk sementara di Madinah?
Umar al-Khattab
Uthman al-Affan
Abu Bakar al-Siddiq
Abu Rahmi al-Ghifari
Di manakah pasukan tentera Islam berhenti?
Yathrib
Marru Az Zahran
Masjidil Haram
Masjid An-Nabawi
Di Marru Az Zahran,Rasulullah memerintahkan _______ tentera untuk menyalakan ________ unggun api
100,100
1 000,1 000
10 000,10 000
100 000,100 000
Apabila sampai di Zu Thua,Rasulullah membahagikan tentera Islam kepada 4 pasukan,di bawah 4 panglima iaitu
Abu Ubaidah al-Jarrah
Bilal bin Rabah
Az-Zubair bin Al-Awwam
Khalid bin al-Walid
Tiada sebarang tentangan yang diterima oleh tentera Islam kecuali pasukan
Rasulullah
Khalid bin Al-Walid
Az-Zubair bin Al-Awwam
Abu Ubaidah al-Jarrah
Berikut adalah langkah yang diambil oleh Rasulullah selepas pembukaan Kota Mekah kecuali
amar makruf nahi mungkar
memaafkan kesalahan penduduk Mekah
membunuh semua musyrikin Mekah
menegakkan syiar Islam
Apakah antara iktibar yang dapat kita ambil daripada pembukaan Kota Mekah?
kita hendaklah melakukan sesuatu tugasan secara terancang untuk menjamin kejayaan tugasan tersebut
kita hendaklah berperang dengan semua orang yang berlainan pendapat
kita tidak seharusnya memungkiri janji yang telah dibuat
Kita hendaklah memaafkan semua kesalahan orang lain kerana semua orang berhak mendapat kemaafan
Pembukaan Kota Mekah berlaku kerana kaum Musyrikin Quraisy mengkhianati ___________________.
Pembukaan Kota Mekah
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Aqabah 1
Perjanjian Aqabah 2
Pihak Musyrikin Quraisy membantu sekutu mereka, iaitu _________________ memerangi kabilah Khuza'ah yang mengikat janji setia dengan pihak Muslimin.
Bani Hashim
Bani Nadir
Bani Bakar
Bani Quraizah
Nabi Muhammad SAW melantik _______________ menjadi pengganti baginda di Madinah.
Kulthum bin Hussain
Abu Bakar as-Siddiq
Uthman bin Affan
Umar al-Khattab
Bilakah Nabi Muhammad SAW berangkat ke Mekah bersama kaum Muslimin?
bulan Ramadhan tahun kelapan Hijrah
bulan Ramadhan tahun kelima Hijrah
bulan Ramadhan tahun ketiga Hijrah
bulan Ramadhan tahun kesebelas Hijrah
Berapakah bilangan rombongan kaum Muslimin yang mengikut Rasulullah SAW berangkat ke Mekah?
10 orang
100 orang
1000 orang
10000 orang
"Setibanya di Marruz Zahran (مر الظهران), Rasulullah SAW memerintahkan kaum Muslimin membina khemah dan menyalakan obor sebanyak mungkin."
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
Musyrikin Quraisy gerun melihat obor yang marak menyala.
Musyrikin Quraisy gerun kerana menyangka mereka akan diserang.
Musyrikin Quraisy gerun kerana menyangka bilangan rombongan Baginda ramai.
"Setibanya di Zu Tuwa (ذو طوى), Nabi Muhammad memerintahkan kaum Muslimin melalui jalan yang berbeza."
Apakah tujuan Baginda memerintahkan sedemikian?
Untuk melemahkan pemerintahan Musyrikin Quraisy.
Untuk mengelirukan Musyrikin Quraisy.
Untuk mempermainkan Musyrikin Quraisy.
Untuk melemahkan kesatuan dan kekuatan Musyrikin Quraisy.
Apakah tindakan yang Rasulullah SAW lakukan sebaik sahaja baginda masuk ke kota Mekah dengan menunggang unta?
Sujud syukur di atas tanah
Menadah tangan dan mengucapkan alhamdullillah bersama kaum Muslimin
Menundukkan kepala tanda rendah diri kepada Allah dan bersyukur atas nikmat kemenangan umat Islam membuka kota Mekah
Menangis kerana terharu berjaya memasuki kota Mekah dengan selamat
Pilih jawapan yang SALAH bagi kenyataan berikut.
"Nabi Muhammad SAW memberi jaminan keselamatan kepada penduduk Mekah yang masuk ke...."
Rumah masing-masing
Gua
Masjidil Haram
Rumah Abu Sufian
Apakah tindakan Nabi Muhammad SAW apabila tiba di Baitullah?
Melakukan tawaf dan memusnahkan 300 berhala yang ada di dalam dan sekeliling Kaabah.
Melakukan tawaf dan memusnahkan 10 berhala yang ada di dalam dan sekeliling Kaabah.
Melakukan tawaf dan memusnahkan 20 berhala yang ada di dalam dan sekeliling Kaabah.
Melakukan tawaf dan memusnahkan 30 berhala yang ada di dalam dan sekeliling Kaabah.
Pilih huraian yang TIDAK TEPAT bagi iktibar daripada peristiwa pembukaan kota Mekah.
Kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah seperti nikmat anggota tubuh yang sihat, nikmat keluarga bahagia, dan sebagainya.
Kita perlu menjadi seorang yang pemaaf sepertimana Rasulullah memaafkan kesalahan Musyrikin Quraisy mengkhianati Perjanjian Hudaibiyah.
Kita perlu mencontohi akhlak baginda yang tawaduk apabila baginda menundukkan kepala tanda rendah diri kepada Allah SWT.
Kita perlu membuat perancangan dengan teliti sebelum melakukan sesuatu seperti Rasulullah SAW memerintahkan kaum Muslimin membina khemah dan menyalakan obor sebanyak mungkin dan berjaya menimbulkan rasa gerun dalam diri Musyrikin Quraisy yang menyangka bilangan rombongan baginda ramai.
'Fathu' bermaksud ____________________
penutupan
pembukaan
pembuatan
Pihak manakah yang mengkhianati Perjanjian Hudaibiyah?
Muhajirin Mekah
Khuza'ah Mekah
Musyrikin Quraisy Mekah
Apakah perasaan pihak musyrikin quraisy apabila melihat tindakan yang dibuat oleh pihak muslimin di Marruz Zohran?
gerun
takut
seronok
Kenapa Nabi Muhammad menundukkan kepala ketika masuk ke kota Mekah?
Kemenangan pihak Muslimin
Tanda merendah diri kepada Allah dan bersyukur atas nikmat kemenangan umat Islam membuka Kota Mekah
Tanda sedih setelah masuk ke Kota Mekah
Berapakah bilangan berhala yang dimusnahkan oleh Nabi Muhamad di Mekah?
160 buah
260 buah
360 buah
Siapakan Abu Sufian?
Anak Nabi Muhamad
Ketua Muslimin Mekah
Pemimpin Quraisy yang memeluk Islam
Rasulullah mengambil keputusan untuk menyerang Kota Mekah kerana...
Baginda ingin membalas dendam
Kafir Musyrikin melanggar perjanjian Hudaibiyah
Terdapat emas simpanan di bawah Kaabah
Baginda merasa cukup kuat
Siapakah nama pemimpin Kaum Musyrikin Mekah ketika peristiwa Pembukaan Mekah berlaku?
Abu Jahal
Khalid bin Al-Walid
Abu Sufyan bin Harbin
Suhail bin Amru
Explore all questions with a free account