Arts

5th -

12thgrade

Image

NILAM 1-murid

3
plays

20 questions

Show Answers
See Preview
  • 1. Multiple Choice
    30 seconds
    1 pt

    VANDALISME sering dikaitkan perbuatan merosakkan harta awam atau membuat perubahan tanpa kebenaran pihak berkuasa. Walaupun diklasifikasikan sebagai jenayah tidak serius, ia dilakukan meluas hingga boleh menjadi serius.

    Malah, gejala baharu pula wujud akibat perkembangan teknologi dan keterbukaan dalam internet, iaitu 'vandalisme siber.'

    Vandalisme siber ialah jenayah digital untuk merosakkan data internet, sekali gus memberikan cabaran sangat serius terhadap komunikasi dalam talian.

    Terdapat beberapa peringkat bermula daripada pencerobohan kecil hingga tahap kritikal seperti merosakkan sistem perniagaan dan perkakasan komputer serta menggodam maklumat dalam laman web dan media sosial.


    Apakah maksud vandalisme siber?

    jenayah fizikal di setiap peranti yang digunakan

    Kesalahan merosakkan komputer dan telefon bimbit orang awam

    Jenayah digital untuk merosakkan data internet

    Perbuatan mengubah bentuk fizikal buku panduan komputer

  • 2. Multiple Choice
    30 seconds
    1 pt

    Tidak dinafikan, ada pengguna terjebak dalam vandalisme siber disebabkan secara suka-suka atau menarik perhatian dan mendapatkan pengaruh. Tabiat penyebaran berita negatif juga menjadi trend masa kini.

    Ramai suka mengubah sesuatu fakta untuk dijadikan bahan gurauan, mengaibkan orang lain dan menunjukkan kehebatan diri. Tidak kurang juga ingin menunjukkan kebencian terhadap sesuatu.

    Malah individu melakukan vandalisme bangga dan teruja apabila mampu melakukan sesuatu pelik serta terkenal.

    Tidak kira sama ada bertujuan sebagai bahan gurauan atau memudaratkan pengguna lain, ia tetap jenayah siber. Tindakan itu mampu memberikan tekanan emosi apabila berita ditularkan mengganggu minda pembaca. Contohnya, berita penularan COVID-19 dan isu membabitkan politik yang boleh mencetuskan konflik antara netizen.


    Berikut adalah contoh jenayah siber KECUALI

    Mengubah sesuatu fakta

    Penyebaran berita negatif

    Menunjukkan kebencian

    Menyebar maklumat berasaskan sumber

  • 3. Multiple Choice
    30 seconds
    1 pt

    Lambakan berita tidak sahih juga menimbulkan tekanan, kegelisahan dan kemurungan kepada individu. Penularan maklumat tanpa had serta tidak tepat berjaya mempengaruhi fikiran individu hingga membangkitkan emosi negatif.

    Dengan isu kekusutan emosi meruncing dalam komuniti tanpa mengira usia, status atau pendidikan, sama ada di tempat kerja, sekolah, rumah atau di mana-mana sahaja.

    Mungkin ada menganggap ia perkara kecil dan tidak mendatangkan kemudaratan, tetapi impaknya tidak sama mengikut individu kerana setiap manusia mempunyai kemampuan kawalan emosi berbeza.

    Ada individu berasakan berita terbabit menjadi parasit mengasak minda negatif hingga menguasai diri, lalu mencetuskan emosi amarah, sekali gus mengganggu emosi serta menjejaskan kesihatan mental.

    Bagi membantu dalam mengawal emosi dan meredakan keresahan, lebih baik berehat sebentar daripada melayari berita meresahkan. Pembaca tidak mampu menghentikan berita daripada terus ditularkan, tetapi dapat mengelak daripada melayari berita terbabit.


    Apakah tindakan yang boleh dilakukan sekiranya berhadapan dengan masalah emosi dari berita palsu

    Membuat aduan di balai polis

    Membetulkan kesilapan berita tersebut

    Membalas semula berita palsu yang disebarkan

    Berehat daripada melayari berita palsu tersebut

  • Answer choices
    Tags
    Answer choices
    Tags

    Explore all questions with a free account

    Already have an account?