No student devices needed. Know more
20 questions
*Duduk bersila di atas lantai bagi lelaki dan duduk bersimpuh bagi perempuan
*Bersalam sambil mencium tangan orang yang lebih tua
*Membongkok badan apabila lalu di hadapan orang sebagai tanda hormat
Contoh amalan tradisi kekeluargaan di atas diamalkan oleh
Kaum melayu
Kaum cina
Kaum india
Kaum kadazandusun
*Makan besar bersama-sama anggota keluarga pada malam sebelum Tahun Baharu Cina
*Menjemput orang yang lebih tua seperti datuk dan nenek untuk makan
*Memakai pakaian berwarna merah semasa Tahun Baharu Cina
Amalan tradisi kekeluargaan di atas diamalkan oleh
Kaum melayu
Kaum cina
Kaum india
Kaum kadazandusun
*Mengikat dua batang pokok pisang di halaman rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan sebagai lambang penerusan warisan
*Menggantung labu di halaman rumah sebagai tanda mengalih "mata jahat" yang memandang ke arah rumah
*Mendidihkan susu di dalam periuk tanah semasa masuk ke rumah baharu sebagai tanda kebahagian
Amalan tradisi kekeluargaan di atas diamalkan oleh
Kaum melayu
Kaum cina
Kaum india
Kaum kadazandusun
*Menyelitkan daun lalang di telinga ketika menempuh hujan panas untuk menghalau "komang" atau roh jahat
*Mengamalkan makan bersama-sama dengan memastikan semua anggota keluarga berkumpul sebelum makan
*Menganggap orang yang mempunyai nama sama sebagai adik-beradik
Amalan tradisi kekeluargaan di atas diamalkan oleh
Kaum melayu
Kaum cina
Kaum india
Kaum bidayuh
Berikut adalah kepentingan mengekalkan amalan tradisi kekeluargaan sesuatu kaum, KECUALI
Meneruskan identiti kekeluargaan
Mengeratkan hubungan antara anggota keluarga
Mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga
Menjadikan salah seorang ahli keluarga menjadi pintar
Antara keistimewaan amalan tradisi kekelurgaan ketika menyambut hari gawai ialah
Tradisi memasak rendang ayam dapat diwarisi
Tradisi menghormati Tuai Rumah diutamakan
Tradisi menari joget dapat diteruskan
Tradisi memberi hadiah dapat diteruskan
Kesan sekiranya amalan tradisi kekeluargaan diabaikan dalam sesuatu kaum ialah
Hubungan sesama kaum menjadi erat
Generasi akan datang akan kehilangan identiti kaum
Amalan tradisi kekeluargaan sesuatu kaum semakin berkembang
Tradisi kekeluargaan yang menjadi alat penyatuan kaum mula diingati
"Setiap kali Simarjit Singh hendak pulang ke rumah setelah menziarahi datuk dan neneknya, dia akan mendapatkan restu daripada mereka"
Ramalkan kesan sekiranya amalan tradisi kekeluargaan diabaikan dalam kes di atas
Tradisi menghormati orang tua akan dilupakan dan semakin pupus
Tradisi menghormati orang tua akan dapat diteruskan ke generasi seterusnya
Tradisi menghormati orang tua tidak perlu diamalkan
Kesemua jawapan di atas salah
Apakah perasaan anda apabila menerima ucapan daripada rakan bersempena dengan sesuatu keraian?
Merasa seronok dan bangga
Merasa dihargai dan diingati
Merasa sedih dan kecewa
Kesemua jawapan di atas salah
Dalam tradisi Orang Asli, istilah busung bermaksud
burung yang singgah di rumah
gembung perut kerana penyakit
perahu yang digunakan seharian
sejenis sumpit yang digunakan ketika memburu
Tradisi kekeluargaan diamalkan berdasarkan kepercayaan norma dan _______________
Adat resam
Agama
Persekitaran
Berikut merupakan antara tradisi kekeluargaan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga kecuali
Kesenian
Adab makan
Penampilan diri
Adat menyambut tetamu
Apakah kepentingan mengekalkan tradisi kekeluargaan oleh sesebuah keluarga
Mewujudkan suasana terbuka dan saling memerlukan antara keluarga
Mendapatkan lebih ramai kenalan
Meneruskan identiti kekeluargaan
Apakah kesan negatif sekiranya amalan tradisi kekeluargaan diabaikan dalam sesuatu kaum? (Jawapan boleh lebih dari satu)
hubungan sesama kaum akan menjadi renggang
generasi akan datang akan hilangan identiti kaum
menyebabkan kaum tersebut di timpa musibah dari tuhan
Amalan tradisi kekeluargaan sesuatu kaum akan pupus
Pilih nilai yang sesuai dalam memastikan tradisi kekeluargaan diteruskan oleh kita? (Jawapan boleh lebih dari satu)
nilai kerjasama
nilai hemah tinggi
nilai rasional
nilai kasih sayang
nilai baik hati
Apakah maksud mengekalkan tradisi kekeluargaan?
Menerima sesuatu kebiasaan adat tetapi malu untuk mengamalkan kepercayaan amalan tersebut
Menerima dan menghormati sesuatu kebiasaan adat dari kaum lain berbanding kaum sendiri
Menerima, menghormati tetapi tidak mengamalkan sesuatu kebiasaan adat yang diwarisi turun temurun
menerima,menghormati dan mengamalkan kebiasaan sesuatu adat dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun dalam keluarga
Contoh amalan kekeluargaan sewaktu Aidilfitri adalah
Mandi minyak dan berjalan ke kuil
Makan besar dan bermain mahjung
Bermaafan dan menziarah pusara
Menghias pokok dan bertukar hadiah
Antara yang dibawah adalah kesan daripada meninggalkan amalan tradisi kekeluargaan, kecuali
Hilang identiti kaum
Tradisi turun temurun pupus
Hubungan kekeluargaan renggang
masalah sosial dapat dikurangkan
Tradisi kekeluargaan iaitu saling menghormati dapat mewujudkan keluarga yang ...
kaca-bilau
aman sejahtera
bergaduh
bermasam muka
Apakah perasaan anda apabila dapat mengamalkan tradisi kekeluargaan ini bersama-sama keluarga
sedih
gembira
Explore all questions with a free account