No student devices needed. Know more
15 questions
1. Aliran Renaissance bermula di _____________.
A. Paris
B. Urbino
C. Venice
D. Florence
2. Siapakah antara berikut dikenali sebagai "Sejarawan Seni yang Pertama" ?
A. Joseph Wright
B. Giorgio Vasari
C. Francisco Goya
D. Rembrandt van Rijn
PELUKIS GEMAR MENGGUNAKAN WARNA LEMBUT DAN KURANG MEMBERIKAN TUMPUAN PADA ASPEK LATAR BELAKANG.
3. Maklumat di atas merujuk kepada aliran __________.
A. Realisme
B. Neoklasisisme
C. Rococo
D. Naturalisme
*Study for Les Foins
*Girl Seated in the Grass
*Retour des Champs
*Study for La Communiante
4. Siapakah pelukis yang telah menghasilkan karya-karya di atas?
A. Edgar Degas
B. Mary Cassatt
C. John Constable
D. Jules Bastien- Lepage
5. Manakah antara pernyataan berikut betul tentang pelukis di atas?
I. Pendokong aliran Renaissance
II. Pelukis ini dilahirkan di Jerman
III. Gemar menggunakan media pensel
IV. Lukisan beliau yang terkenal ialah Landscape at Pontois
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
6. Apakah ciri utama yang membezakan antara lukisan aliran Naturalisme dengan aliran lain ?
A. Menyemarakkan sikap patriotik
B. Cenderung kepada sesuatu yang ideal
C. Temanya lebih kepada bentuk figura manusia
D. Menekankan lukisan bentuk imitasi alam semula jadi
7. Antara berikut, yang manakah pendekatan dan gaya seni lukisan yang popular pada masa kini?
A. Abstrak dan Konseptual
B. Keagamaan dan mitologi
C. Mitologi dan Kebudayaan
D. Abstrak dan Kehidupan harian
8. Pilih maksud yang paling sesuai berkaitan dengan aliran dalam seni lukisan.
A. Teknik dan media mengikut zaman
B. Gaya dan pendekatan dalam seni lukisan
C. Cara melukis mengikut budaya dan kaum
D. Teknik melukis yang mendapat pengiktirafan
9. Apakah imej yang sering digambarkan dalam seni lukisan pada zaman dahulu?
A. Keindahan alam
B. Pokok dan flora
C. Sungai
D. Figura
10. Apakah tema yang ditampilkan dalam seni lukisan aliran Romantisisme?
A. Kejadian semasa
B. Alam semula jadi
C. Kehidupan dunia misteri
D. Alam benda di persekitaran
11. Mengapakah pelukis memfokuskan penggunaan unsur warna gelap dan terang yang jelas dalam seni lukisan?
A. Menimbulkan kesan dramatik
B.Warna tersebut lebih menarik
C. Memberi kesan lebih menarik
D. Tiada warna yang lain
12. Antara berikut, yang manakah tokoh yang terkenal semasa aliran Romantisisme?
A. Joseph Wright
B. Anton Raphael
C. Francisco Goya
D. John Constable
1. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri aliran Realisme?
A. Pelukis berkarya di luar studio
B. Pelukis berkarya melalui pendekatan emosional
C. Menggambarkan suasana kehidupan sebenar manusia seharian
D. Sebahagian besar objek dalam karya ialah kenyataan pada alam
14. Karya lukisan aliran seni ini banyak dihasilkan di luar bangunan dan memberi fokus pada cahaya dan kesan objek yang dilihat.
Apakah aliran tersebut?
A. Neoklasisisme
B. Impresionisme
C. Romantisisme
D. Naturalisme
15. Karya aliran Realisme mempunyai satu ciri yang utama iaitu ______________.
A. pelukis melukis rupa objek sebenar
B. pelukis berkarya melalui imaginasi
C. pelukis melukis secara spontan
D. pelukis melukis kisah tragedi
Explore all questions with a free account