No student devices needed. Know more
25 questions
Hujan ribut petir dan kilat,
Jika keluar berhati-hati;
Hendak bermain diikat kuat,
Dilempar hidup dipegang mati.
Hendak berlawan tidak berani,
Hanya melihat di luar pagar;
Matanya tiga berwarna-warni,
Jika tak patuh habis berlanggar.
Potong bebek masak di kuali
Sedap dicecah dengan madu;
Garang betul burung ini,
Kejar orang hendak menyudu.
Kalau anda bijak bistari,
Soalan ini mudah dan senang;
Waktu malam sungguh berseri,
Waktu siang terus menghilang.
Ibu ayah janganlah marah
Kalau sudah lanjut usia
Serangga ini menghisap darah
Bawa penyakit pada manusia.
Kita perlu berbuat baik,
Jangan sekali berbuat salah;
Apa benda yang akan naik,
Ketika air jatuh ke bawah?
Pak Pung Pak Mustafa,
Encik Dollah di rumahnya,
Ada tepung ada kelapa,
Gula Melaka jadi intinya.
Jika hendak ke mana-mana,
Ada bas, Grab dan juga MRT;
Jikalau tuan memang bijaksana
Burung apa keris di kaki?
Almari itu dipenuhi baju,
Dilipat ibu tersusun rapi;
Anaknya banyak ibunya satu,
Bila bersentuh berapi-api.
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi makin ringan?
Bunga orkid indah warnanya,
Penyeri taman perindah hutan,
Ramai orang datang bertanya,
Tapak siapa hidup di lautan?
Terburu-buru ke bilik mandi,
Terlupa pula membawa sabun;
Cuba teka apakah ini,
Selalu naik tak pernah turun?
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya,
Hilang ghaib disangkakan mati,
Kalau mati mana kuburnya?
Jika tuan membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang,
Kalau Tuan bijak pintar,
Ular apa membelit pinggang?
Pokoknya bulat dan juga rendang,
Masam dan hijau ketika muda,
Bentuk buahnya seperti bintang,
Sudah masak, kuninglah ia.
Belayar perahu dari Bentan,
Menyusur tepi Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah ikan cubalah teka?
Mak Minah menanak minyak,
Kemenyan dibakar dengan setanggi,
Dua paha beranak banyak,
Untuk mendaki tempat yang tinggi?
Budak-budak bermain batu,
Batu dikira satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam apakah itu?
Kalau tuan pakai lencana,
Pakailah songkok di atas kepala,
Kalau Tuan bijak laksana,
Binatang apakah tiada kepala?
Minah ketawa terjerit-jerit,
Melihat koyak pada seluar,
Orang putih duduk sederet,
Pagar di dalam tebing di luar?
Maruah negara perlu dijaga,
Ikrar dipegang sepanjang masa,
Walau di sempadan di mana juga,
Hidup berbakti kepada negara.
Sayang ibu jangan diingkar,
Ikut nasihat amatlah wajar,
Mengajar mendidik dengan sabar,
Supaya menjadi insan yang pintar.
Raja sehari duduk di takhta,
Bagai pinang di belah dua,
Tempatnya dihias ibarat raja,
Untuk ditatap rakan dan keluarga.
Pisang berangan dibuat pengat,
Dicampur dengan gula melaka,
Setiap detik setiap saat,
Menghitung waktu tak kira masa.
Berbagai bentuk dan juga rasa,
Perisa durian, coklat apa sahaja.
Walaupun sejuk tidak terkira,
Menjadi kesukaan si kecil juga dewasa
Explore all questions with a free account