No student devices needed. Know more
40 questions
Soalan 1 dan soalan 2 berdasarkan Peta 1
Apakah Tamadun X dan Tamadun Y ? T4 B1 ms 9
Hwang Ho dan Indus
Mesir dan Hwang Ho
Indus dan Mesopotamia
Mesopotamia dan Mesir
Apakah nama sungai di Tamadun X dan sungai di Tamadun Y ? T4 B1 ms9
Sungai Kuning dan sungai Tigris
Sungai Tigris dan Sungai Indus
Sungai Nil dan Sungai Kuning
Sungai Indus dan Sungai Nil
Sebelum menjadi konsul, ahli Dewan Senat perlu menjadi pemerintah tentera. Mengapakah syarat tersebut ditetapkan dalam tamadun Rom ?T4 B2 ms 44
Menghapuskan golongan penentang
Memudahkan penyebaran agama
Memastikan ketua negara kuat
Memilih pemimpin berwibawa
Pasangan manakah yang betul tentang masyarakat Athens dan masyarakat Sparta dalam tamadun Yunani? T4 B2 ms 43
A
B
C
D
Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara ? T4 B3 ms 85
Mengetuai upacara keagamaan
Menguruskan perbendaharaan
Menjaga keamanan
Mentadbir wilayah
Bagaimanakah kerajaan agraria memajukan ekonomi ? T4 B3 ms 76
Memastikan tenaga buruh mencukupi
Mengemaskini sistem kutipan cukai
Menaik taraf kemudahan pelabuhan
Memantapkan sistem pengairan
Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam di Makkah.
Bilal bin Rabah
Amir bin Fuhairah
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam ? T4 B ms110
Persamaan taraf
Perubahan status
Desakan keluarga
Kebebasan beragama
Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Arab pada zaman jahiliah T4 B4 ms 102
[Perang al-Basus :
Berlaku antara bani Taghlib dengan Bani Nadar
Berlangsung selama 40 tahun]
Mengapakah perang tersebut berlarutan selama 40 tahun ?
Kerajaan pusat tiada
Hasutan kerajaan Parsi
Kawasan pertanian terhad
Campur tangan orang Yahudi
Maklumat berikut berkaitan dengan kepentingan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Menjalin hubungan persaudaraan
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk memastikan kedua-dua kepentingan hijrah tersebut menjadi kenyataan ? T4 B5 ms 122
Melantik gabenor sebagai pentadbir
Menyatukan wilayah-wilayah kecil
Menubuhkan pasukan tentera tetap
Menggubal perlembagaan negara
Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi. Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah ?T4 B5 ms 133
Pembebasan golongan hamba
Pemulauan keluarga Bani Hashim
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj
Kerajaan Bani Umaiyah telah menubuhkan beberapa bahagian dalam pentadbiran. Apakah bahagian tersebut ? T4 B6 ms 155
Cukai
Bahasa
Perdagangan
Kehakiman
Apakah sumbangan tokoh berikut kepada kerajaan Islam ? T4 B6 ms 145
Khalid bin Al-Walid
Usamah bin Zaid
Menjadi panglima angkatan tentera
Mengembangkan pengajaran Al-Quran
Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu
Memeterai perjanjian dengan kerajaan Parsi
Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain ? T4 B7 ms 197
Mengelakkan perpecahan rakyat
Memperkukuh hubungan perdagangan
Meningkatkan kewibawaan pemerintah
Mengekalkan amalan adat tradisional
Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintah kerajaan di Asia Tenggara. T4 B7 ms 186
[ Malik al-Zahir : Samudera Pasai]
[Ali Mughayat Syah : Acheh]
Apakah sumbangan kedua-dua pemerintah tersebut dalam bidang pentadbiran?
Menerapkan unsur Islam
Melantik ulama mentadbir wilayah
Mewujudkan angkatan tentera bergaji
Mengehadkan kuasa golongan bangsawan
Bagaimanakah tokoh berikut membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara ? T4 B7 ms 181
[Tun Perak]
Menggalakkan pembinaan madrasah
Mengislamkan golongan bangsawan
Melaksanakan perluasan kuasa
Menggalakkan penulisan kitab
Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal. Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut ? T4 B8 ms 198
Pelantikan ketua adat
Keturunan sebelah bapa
Perkahwinan sesama suku
Anak perempuan mewarisi harta
Antara yang berikut yang manakah cirri zaman gelap di Eropah ? T4 B9 ms 215
Sistem feudal runtuh
Kerajaan pusat lemah
Ilmu pengetahuan terhad
Institusi agama merosot
Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat. Mengapakah kritikan tersebut berlaku ?T4 B9 ms 221
Perpecahan sesama penganut
Peningkatan kadar cukai
Kepincangan amalan
Perbezaan mazhab
Mengapakah British membawa masuk buruh dari India dan China ke Tanah Melayu pada ke-19 ? T4 B10 ms 247
Mengimbangi komposisi kaum
Menambah bilangan penduduk
Memaksimumkan keuntungan
Melicinkan pentadbiran kerajaan
Kejatuhan harga getah menyebabkan British memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922. T4 B10 ms 250 .
Bagaimanakah rancangan tersebut dapat mengatasi masalah kejatuhan harga getah ?
Pengeluaran getah dihadkan
Peningkatan mutu getah asli
Penggunaan getah dipelbagai
Penawaran getah tiruan dilarang
Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda ?
Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah ? T5 B1 ms 9
Syarat kerakyatan ketat
Harga komoditi rendah
Imigran bertambah
Cukai tinggi
Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.
Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut ? T5 B1 ms 23
Bantuan golongan bangsawan
Perpaduan penduduk peribumi
Kerjasama dengan kuasa asing
Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Mengapakah keadaan tersebut berlaku ? T5 B2 ms 16
Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
Kemunculan ramai golongan intelek
Kewujudan golongan bangsawan
Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan anti British di Tanah Melayu pada tahun 1940an. T5 B2 ms 56
[Kesatuan Melayu Muda : Menghalau penjajah British dari Tanah Melayu]
Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?
Membantu perjuangan golongan kiri
Bergabung dengan kuasa Barat lain
Mendapatkan sokongan pembesar
Bekerjasama dengan pihak Jepun
Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu. T5 B3 ms 80-85
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Apakah persamaan kandungan kedua-dua undang-undang tubuh tersebut ?
Kuasa rakyat
Pewaris takhta
Tugas jemaah menteri
Pelantikan penasihat kewangan
Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833. T5 B2 ms 32 .
Mengapakah beliau menentang British ?
Pembinaan balai polis
Pencabulan adat tradisi
Pembayaran ufti tahunan
Pengenalan peraturan tanah
Mengapakah Otto Eduard von Bismarck menyerang negara berikut pada abad ke-19 ? T5 B3 ms 69
Denmark
Austria
Perancis
Menyekat kuasa asing
Menyatukan negara bangsa
Menentang fahaman sosialis
Memulihkan sistem monarki
Senarai berikut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa.T5 B3 ms 73
Persamaan adat resam
Persamaan bidang kesenian
X
Apakah X?
Persamaan pandangan dunia
Persamaan bahasa pertuturan
Persamaan sistem kepercayaan
Persamaan dasar pemerintahan
Gambar 1 menunjukkan demonstrasi rakyat Sarawak kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946.
Mengapakah terdapat sepanduk yang tertulis ``WE DO NOT WANT TO BE COLONISED’’ (KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH) ? T5 B4 ms 110-111
Taraf kerajaan sendiri terjejas
Sempadan negeri akan diubah
Majlis Tertinggi Negeri dibubar
Mahkamah Anak Negeri dimansuhkan
Deklarasi berikut telah diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama. T5 B4 ms 68
[Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson]
Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut ?
Pemulihan sistem monarki
Pengharaman amalan realpolitik
Penyatuan rakyat melalui agama
Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa
Maklumat berikut merujuk kepada rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British.
[Rundingan London :
Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd
Berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956]
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut ? T5 B5 ms 123
Pelaksanaan pilihan raya umum
Pemberian kemerdekaan tanah air
Pengekalan hak istimewa orang melayu
Pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri
Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh yang melancarkan pemberontakan di Brunei. T5 B5 ms 145
Mengapakah tokoh tersebut bertindak demikian ?
Menghalang penjajahan Barat
Mempertahan hak pemerintah
Menentang gagasan Malaysia
Menuntut kemerdekaan
Pembentukan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia kerana menganggap Malaysia pada peringkat awal. T5 B6 ms 146 .
Siapakah dalang di sebalik anggapan tersebut ?
Parti Komunis
Orientalis Barat
Golongan agama
Penjajah Belanda
Parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal.
Sarawak Chinese Association
Parti Pesaka Anak Sarawak
Mengapakah parti tersebut bertindak demikian ? T5 B6 ms 143
Inginkan pungutan suara dijalankan
Mahukan kemerdekaan terlebih dahulu
Menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing
Bimbang hak istimewa penduduk tempatan terjejas
Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. T5 B7 ms 167 .
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-pertuan berdasarkan sistem tersebut?
Bertindak atas nasihat Perdana Menteri
Boleh menggunakan kuasa budi bicara
Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara
Berhak membatalkan sesuatu undang-undang
Rajah 1 berkaitan dengan sistem pemerintahan dalam Persekutuan Malaysia.
Berdasarkan sistem tersebut, Malaysia mengamalkan T5 B7 ms 171
pemerintahan beraja berkuasa mutlak
konsep pengasingan kuasa
prinsip negara kesatuan
dasar pintu terbuka
Gambar 2 menunjukkan temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) yang diadakan dua tahun sekali.
Apakah kepentingan sukan tersebut terhadap Malaysia ? T5 B8 ms 218
Mengeratkan perpaduan kaum
Memantapkan hubungan serantau
Memperkasa semangat kenegerian
Memudahkan perkongsian kepakaran
Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut ? T5 B8 ms 216.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Universiti Kebangsaan Malaysia
Meningkatkan kadar celik huruf
Menggalakkan kemasukan pelajar asing
Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa
Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan
Pada tahun 1970an Malaysia telah mengubah dasar luar daripada proBarat kepada dasar berkecuali ? T5 B9 ms 241.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Kejatuhan harga komoditi
Kemerosotan pengaruh Britain
Desakan daripada pedagang asing
Mematuhi arahan kuasa besar dunia
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland. T5 B9 ms 231-232 .
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo
Perkembangan kuasa imperialis baharu
Kegagalan Perjanjian Versailles
Kemelesetan ekonomi dunia
Explore all questions with a free account