No student devices needed. Know more
100 questions
Keropok yang terdedah udara itu menjadi ________________ dan tidak sedap untuk dimakan lagi.
rangup
lemau
lembik
hangit
Pencuri itu berjaya ________ rantai wanita ketika dia berjalan seorang diri.
merenggut
menarik
menyambar
merampas
Seekor ular sawa telah________ seekor anak kambing di tepi belukar itu semalam.
membaham
melulur
menggerit
memamah
Anis sedang _________ rambut anaknya yang panjang itu supaya kelihatan kemas.
memilin
mengirai
mengurai
membelai
Kawasan di __________ itu akan dimajukan supaya rakyat dapat hidup selesa.
pendalaman
pinggiran
pedalaman
penghujungan
Setelah terkena suntikan ubat pelali itu pandangannya semakin ___________ .
kabur
samar
kelam
gelap
Seekor tikus telah ___________ kain langsir yang baru dibeli oleh ibu.
mengigit
mengerit
melulur
menguit
Matanya _______ sewaktu melihat longgokan emas di dalam peti itu.
tersembul
terbelalak
terbeliak
terpejam
Pak Ali sedang memasukkan ________ garam ke dalam kawah gulai daging itu kerana gulai itu berasa tawar.
secubit
sesudu
segenggam
secupak
Pakaian yang tergantung di tepi tangga itu __________ kerana sudah lama dicuci.
lusuh
suram
pudar
kusam
Di bahagian timur Pulau Langkawi terdapat beberapa ____________ pulau-pulau yang tidak didiami manusia.
longgokan
timbunan
gugusan
jambakan
Dia cuba __________ pergaduhan itu namun tidak berjaya.
meleraikan
mengusirkan
memisahkan
menafikan
Pakaian Sasha yang ___________ mata itu kurang disenangi ibu bapanya.
menjolok
menarik
menyeksakan
mencolok
Penyelam itu berjaya menjumpai se____________ meriam lama di dasar laut itu.
batang
butir
pucuk
laras
Ayah _______ dahan-dahan pokok rambutan yang rendang itu supaya tidak mengganggu pandangan.
merincih
menebang
memangkas
mengerat
Chong Wei _______ batang pokok kelapa itu supaya mudah dipanjat.
mencantas
mericik
menakik
melarik
Rozman ______________ anak sungai itu perlahan-lahan dengan sampan kepunyaan bapanya.
meredah
mengharungi
menyusuri
merentas
Razak ______________ sup ayam yang masih panas itu perlahan-lahan.
meneguk
menyedut
melulur
menghirup
Pekebun sayur itu ______________ dua buah bakul yang berisi sayuran dengan sebatang kayu yang diletakkan dibahunya.
mengandar
mengelek
menjunjung
memikul
Kerja-kerja ______________ jalan raya itu terpaksa dihentikan kerana hujan lebat.
memperlebarkan
melebar
memperlebar
dipelebar
Sabrina ______________ ke arah pemuda itu dengan ekor matanya.
menjuling
mengerling
menjeling
merenung
Amira meragui ______________ berita berkaitan penemuan makhluk asing itu.
kesahihan
ketulenan
ketapatan
kejituan
"Kamu fikirlah baik-baik, segala-galanya ___________ kepada kamu," kata En. Ismail kepada Baha.
terpulang
berpulang
kepulang
pulanglah
Barang-barang perhiasan tembaga yang berada dalam almari itu telah menjadi ___________ kerana tidak digilap.
kusam
pudar
lusuh
usang
Di dalam almari itu terdapat dua ___________ lembing.
batang
laras
kerat
bilah
Ayah telah membeli se___________ tali pinggang semalam.
gulung
utas
urat
gelung
Kawasan lombong itu sangat ___________ dan orang ramai tidak dibenarkan mandi di situ.
merbahaya
berbahaya
marabahaya
merbahayakan
Ketika musim hujan terdengar bunyi katak ___________ setiap malam.
berdentung
berdengung
berdengkang
mengakak
Pembantu rumah saya membuat kerja dengan pantas seperti ___________ .
arus elektrik
pancaran kilat
bunyi guruh
lipas kudung
Beberapa orang tetamu telah ___________ walaupun majlis makan malam itu belum berakhir lagi.
minta pulang
minta izin
minta diri
minta balik
Kepalanya berasa pening dan pandangannya menjadi ___________.
melilau-liliau
berbintang-bintang
berpusing-pusing
berpinar-pinar
Kami tidak mahu mengkhianati negara ini ___________ menyokong untuk mempertahankan kedaulatannya.
dan
bahkan
sambil
seraya
Pak Razali menyediakan beberao ___________ rotan untuk membuat bingkai lukah.
urat
utas
lingkar
bilah
Putera raja itu akan ___________ bagi menggantikan takhta ayahanda baginda.
dikotakan
ditabalkan
disemadikan
disiramkan
Adik demam dan badannya panas seperti ___________.
air mendidih
wap
api
racun
Orang itu lokek, sebab itu dia digelar ___________.
ketam batu
mata duitan
buta tuli
kuku besi
Ayah telah membeli beberapa ___________ atap zink untuk memperbaiki bumbung yang sudah bocor itu.
helai
bentuk
kajang
lembar
Perasaannya ___________sahaja kerana mengenangkan dirinya berdagang sebatang kara.
mendung
bimbang
resah
sugul
Pokok-pokok padi yang berbuah masak itu habis ___________ ditiup angin kencang.
rebah-rempah
kontang-kating
tunggang-langgang
caca-merba
Apabila hujan turu, kawasan tepi tingkap selalu basah kerana ___________.
tempias
terbias
tersisip
tergalur
Malik menemui semula ___________ rantai basikalnya yang hilang itu.
sepucuk
seutas
sepetak
selaras
Intan mengambil beberapa ___________ rebung buluh untuk dijual.
tandan
ruas
rumpun
pucuk
Sultan Selangor ___________ beliau pingat penghargaan.
menganugerahi
menganugerahkan
anugerahi
anugerahkan
Perahu itu ___________ dipukul ombak.
berbolak-balik
pontang-panting
terolang-aling
kontang-kanting
Semasa Cikgu Baharudin mengajar kadangkala dia ___________ cerita-cerita lucu untuk menghilangkan kebosanan para pelajarnya.
mencelahkan
menyelitkan
membawakan
menggunakan
" Dia ___________ nampak gayanya memang berbahaya, tetapi sebenarnya dia baik sahaja," kata Aizat.
cekik darah
ayam tambatan
kera sumbang
senapang bambu
Beliaulah yang ___________ pertandingan itu ditunda ke minggu depan.
menyarankan
mengajukan
memperkatakan
membimbangkan
Orang kaya itu mengarahkan juru auditnya ___________ harta kekayaannya.
mentafsir
mentaksir
menerap
menelaah
___________ hari hujan, saya tidak datang ke sekolah.
Oleh sebab
Oleh kerana
Oleh itu
Oleh dengan
Acara ___________ lembing itu terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.
melontar
melempar
merejam
membaling
Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah ___________ pulut dan memakan ___________ sirih.
seketul........sekeping
segenggam........sehelai
sepotong.......selembar
secubit........sekapur
Tiap-tiap orang yang menyertai gotong-royong itu membawa ___________ penggali dan beberapa ___________ dawai seorang.
sebatang ..........gulung
sebuah........gelung
sekerat...........lembar
sebilah.........utas
Emak menanam beberapa ___________ sayur dan tiga ___________ serai dia belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
baris.......pucuk
deret..........kelompok
batas...........rumpun
ikat...........jambak
Dia menggunakan ___________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
sekepul
segugus
setompok
segumpal
Hanya ___________ penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa ___________ maktab perguruan.
segelintir......buah
segolongan ....... biji
sekelompok.....deret
sekumpulan......baris
Orang tua itu memilih beberapa ___________ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di ___________ tanah terbiar.
ulas...........sekaki
buah............sekumpulan
biji..............sekeping
tongkol........sebidang
Pengawal yang bertugas itu memegang ___________ senapang bagi menjamin keselamatan di ___________ bangunan tinggi.
sebilah.........sebiji
selaras........sebuah
sebatang....sebaris
sepucuk.......sebutir
Di atas para-para itu terdapat beberapa ___________ pisang dan ___________ rambutan.
tandan.....sejambak
biji.....serumpun
sikat........sebutir
sisir.......segugus
Pemuda itu membeli ___________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
sekeping
selembar
senaskhah
sehelai
___________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
Sepasukan
Sekawan
Serumpun
Segerombolan
Abang memasukkan beberapa ___________ duit syiling ke dalam tabung.
biji
helai
berkas
keping
Kak Naimah menggunakan beberapa ___________ benang untuk menjahit kain.
utas
lembar
gemal
helai
Para jemputan telah ___________ sesama mereka sebelum majlis dimulakan.
beramah mesra
bersoal jawab
bertemu bual
bersuka ria
Segala masalah persatuan telah dapat ___________ dalam mesyuarat itu.
dibaiki
diselesaikan
diputuskan
ditamatkan
Anjing-anjing liar berkeliaran di pekan itu telah ___________ oleh pihak berkuasa.
dirampas
diusir
diberkas
ditahan
Ravi telah ___________ lembunya pada sebatang pokok di belakang rumahnya.
melilit
membelit
menyimpul
menambat
Emak memujuk adik kerana dia tidak mahu ___________ ubat yang pahit itu.
menghirup
menyuap
menelan
mengunyah
Pelancaran kereta Perodua Bezza ___________ dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi.
dikisahkan
diceritakan
dihebohkan
diilhamkan
Keris yang hulunya ___________ suasa itu ditempah khas dari Kelantan.
disadurkan
menyadur
bersadur
saduran
Mikail melihat rakannya yang sedang ___________ anak sungai.
mengharungi
terharung
diharungi
harungi
Alia ___________ anak ikan di dalam paya di belakang rumah.
menyaukkan
menyauk
penyauk
disauk
Pekerja restoran itu berjalan sambil ___________ sedulang hidangan.
mengandar
membimbit
mengangkat
menatang
Abang tidak menyangka adik bongsunya yang masih kecil itu sudah pandai ___________ padi.
mencantas
menumbuk
mengopek
mengupas
Puan Mahani ___________ bil air dan elektrik di pejabat pos.
membayar
membeli
meminta
memungut
Pengemis yang berpakaian kotor dan ___________ itu telah mendapat simpatai daripada orang ramai.
herot-berot
kusut-masai
coreng-moreng
compang-camping
Perahu yang penuh dengan penumpang itu ___________ dipukul ombak.
terlonjak-lonjak
terkapai-kapai
terhuyung-hayang
terumbang-ambing
Ana lari ___________ apabila dikejar oleh seekor anjing yang garang.
kelam-kabut
simpang-siur
lintang-pukang
mundar-mandir
Hani menangis ___________ kerana kucingnya terjatuh ke dalam longkang.
tercungap-cungap
tersedak-sedak
terpinga-pinga
teresak-esak
Istiadat perkahwinan diraja yang ___________ itu dihadiri para jemputan khas dari dalam dan luar negeri.
terang-benderang
gilang-gemilang
berkilau-kilauan
berseri-seri
Berbagai-bagai jenis kenderaan ___________ di jalan raya itu menyebabkan keadaan di situ sentiasa bising dan sibuk.
berulang-alik
kelam-kabut
berpusu-pusu
mundar-mandir
Saya terdengar ___________ bahawa Naim akan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat.
hiruk-pikuk
desas-desus
hingar-bingar
gembar-gembur
Semasa melalui jalan yang _______________ itu, Latiffa nyaris-nyaris jatuh daripada basikalnya.
lekak-lekuk
desas-desus
hingar-bingar
jongkang-jongket
Sahabat yang baik tidak patut ___________ kawan di hadapan rakan-rakan.
membuka langkah
membuka tembelang
membuka mulut
membuka mata
Janganlah kita lekas marah dan terlalu mengikut ___________, nanti kita juga yang akan menyesal.
darah gemuruh
darah daging
darah muda
darah angin
Roshan berkata, " inilah ___________ saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."
kata sepakat
kata hikmat
kata dua
kata putus
Izat begitu ___________ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar itu.
ada hati
cekal hati
kecil hati
rendah hati
Walaupun Encik Rashidi terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya, dia ___________ untuk menghadiri hari ucapan dan penyampaian hadiah di sekolah anaknya.
mencari jalan
memintas jalan
membuka jalan
meminta jalan
Setiap rakyat hendaklah ___________ untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.
mengangkat kepala
mengatur langkah
menanggung beban
memikul senjata
Budak yang ___________ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
ada hati
cekal hati
sampai hati
terang hati
Irfan merupakan ___________ pasukan Harimau Malaya. Tidak hairanlah segala kemahuannya diikuti.
tulang belakang
keras tulang
ringan tulang
tulang empat kerat
Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ___________ bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
jalan keluar
jalan belakang
jalan pintas
jalan tengah
Oleh sebab Iti seorang yang sangat teliti, dia ___________ untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
mengambil peluang
mengambil langkah
mengambil berat
mengambil masa
Kecantikan corak-corak kain batik menyebabkan pelancong Jepun itu ___________ sehingga dia tidak tahu mana satu yang mahu dibelinya.
gelap mata
putih mata
rambang mata
putih mata
Penceramah itu berhujah dengan memberikan contoh yang ___________ kepada hadirin.
ada akal
cari akal
masuk akal
panjang akal
Kedua-dua kakinya patah akibat kemalangan jalan raya. ___________, dia tetap berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR kelak.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Pantai Sepat sering dikunjungi oleh orang ramai, ___________ pada hari cuti.
oleh itu
lepas itu
lebih-lebih lagi
sementara itu
Pesta sukan tidak lama lagi. ___________, kalian perlu melipat gandakan usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Namun begitu
Oleh sebab itu
Di samping itu
Bagaimanapun
Adik asyik menangis apabila ibu bekerja. ___________ tangisan adik akan reda apabila ibu memujuknya dengan gula-gula.
Namun begitu
Tambahan pula
Lebih-lebih lagi
Sudahlah begitu
Emak berasa sedih apabila abang hendak bekerja di bandar. ___________, badannya belum begitu sihat untuk mengerjakan bendang.
Selepas itu
Kalau begitu
Namun begitu
Tambahan pula
Mair tidak pernah melupai orang-orang yang berjasa kepadanya. ________, dia akan mengadakan jamuan untuk mereka saban tahun.
Namun begitu
Kemudian
Lagipun
Oleh itu
Explore all questions with a free account