No student devices needed. Know more
15 questions
Maksud alih Bahasa Melayu klasik kepada Bahasa Melayu standard ialah
A. Tukar ayat bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal
B. Tukar ayat bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard dengan mengubah bentuk atau maksud asal
Mengubah bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal merujuk kepada
A. Beta sedang gering = titah sultan bahawa dirinya sedang gering
B. Beta sedang gering = sultan sedang gering
Mengubah bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal merujuk kepada
A. Sultan Yusri telah kembali ke istananya = Sultan Yusri telah kembali ke istana baginda
B. Sultan Yusri telah kembali ke istananya = Sultan Yusri telah kembali ke istana beliau
Mengubah bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal merujuk kepada
A. ''Tahukah tuan hamba sekalian bahawa Puteri Amisyah ini anak hamba?'' Kata Tun Ahmad = Tun Ahmad bertanya sama ada orang yang hadir tahu bahawa itu ialah anaknya.
B. ''Tahukah tuan hamba sekalian bahawa puteri Amisyah ini anak hamba?'' Kata Tun Ahmad = ''Tahukah kalian Puteri Amisyah ini anak hamba?'' Tanya Tun Ahmad.
Mengubah bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal merujuk kepada
A. ''Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku'' = ''Jikalau negeri Melaka itu menghadapi kesukaran untuk rosak binasa, hatiku puas.''
B. ''Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku'' = Suatu kepuasan dirasakan sekiranya negeri Melaka sukar untuk dihancurkan.
Mengubah bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal merujuk kepada
A. Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara = Selepas itu, Kertala Sari dibawa masuk ke istana untuk menghadap Seri Betara.
A. Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara = Kertala Sari kemudiannya dibawa masuk menghadap Seri Betara oleh Patih Gajah Mada.
Mengubah bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal merujuk kepada
A. Sultan Asyraf bertitah, ‘’hai bendahara, siapakah gerangan yang beradu di bawah pohon Kemboja itu?’’
= Sultan Asyraf bertanya siapakah yang tidur di bawah pohon Kemboja itu kepada bendahara
B. Sultan Asyraf bertitah, ‘’hai bendahara, siapakah gerangan yang beradu di bawah pohon Kemboja itu?’’
= Sultan Asyraf bertanya bendahara, siapakah yang tidur di bawah pohon Kemboja itu?
Mengubah bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal merujuk kepada
A. ''Sudikah adinda santap dengan kanda?’’ Kata Sultan Raziman kepada permaisurinya, Puteri Nurin.
= Sultan Raziman bertanya kepada permaisurinya sama ada Puteri Nurin sudi atau tidak untuk santap dengan baginda.
B. ''Sudikah adinda santap dengan kanda?’’ Kata Sultan Raziman kepada permaisurinya, Puteri Nurin.
= Sultan Raziman bertanya permaisurinya, sudikah Puteri Nurin santap dengannya?
Mengubah bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk atau maksud asal merujuk kepada
A. Lalu Raja Abdullah bertitah, Raja Siam Syahzul telah berangkat ke Tanah Melayu.
= ''Raja Siam Syahzul telah bertolak ke Tanah Melayu petang semalam.'' Titah Raja Abdullah.
B. Lalu Raja Abdullah bertitah, Raja Siam Syahzul telah berangkat ke Tanah Melayu.
= Kemudian Raja Abdullah bertitah, Raja Siam Syahzul telah bertolak ke Tanah Melayu petang semalam.
Sekiranya ingin menukar bahasa klasik kepada Bahasa Melayu Standard, cakap ajuk boleh ditukar kepada cakap pindah.
A. BETUL
B. SALAH
Sekiranya ingin menukar bahasa klasik kepada Bahasa Melayu Standard, penggunaan bahasa istana haruslah DIKEKALKAN.
A. BETUL
B. SALAH
MAKA, ARAKIAN, SYAHDAN dan HATTA merupakan
A. Kata hubung klasik
B. Kata adjektif klasik
C. Penanda wacana klasik
Maka Puteri Vylorida pun bersemayam di istana barunya bermula hari ini. Jika ayat ini ditukarkan kepada bahasa Melayu standard akan menjadi....
A. Selepas itu, Puteri Vylorida pun bersemayam di istana barunya bermula hari ini.
B. Oleh itu, Puteri Vylorida pun bersemayam di istana barunya bermula hari ini.
Hatta berita kemangkatan nenda tiri Pangeran Rival yang berada di London telah menyebabkan dirinya sungul. Jika ayat ini ditukarkan kepada bahasa Melayu standard akan menjadi....
A. Selepas berita kemangkatan nenda tirinya yang berada di London, Pangeran Rival telah berduka cita.
B. Oleh itu, berita kemangkatan nenda tiri Pangeran Rival yang berada di London telah menyebabkan dirinya berduka cita.
Semasa menukar bahasa klasik kepada Bahasa Melayu standard, calon boleh menukar atau membuang kata nama khas yang terdapat dalam ayat.
A. BETUL
B. SALAH
Explore all questions with a free account