No student devices needed. Know more
39 questions
Antara berikut yang manakah merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam reka bentuk sistem fertigasi?
I Kos operasi
II Jenis tanaman
III Keadaan tanah
IV Keluasan tanah
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut yang manakah digunakan bagi menggantikan fungsi tanah dalam sistem fertigasi?
I Tanah liat
II Peat moss
III Sekam padi
IV Hampas tebu
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Apakah kelebihan sistem fertigasi?
Tapak tanah tidak perlu rata
Penggunaan baja yang cekap
Memerlukan modal yang rendah
Tidak memerlukan tenaga elektrik
Antara berikut alatan manakah yang digunakan untuk mengukur kepekatan larutan baja?
Pam air
Ec meter
pH meter
Pam udara
Berapakah nilai pH air yang sesuai digunakan dalam sistem fertigasi?
3.5 – 4.5
4.5 – 5.5
5.5 – 6.5
6.5 – 7.5
Rajah 1 menunjukkan penanaman fertigasi di Malaysia.
Kaedah penanaman yang digunakan ialah
penanaman secara terbuka
penanaman secara berkala
penanaman menggunakan penyiraman biasa
penanaman menggunakan Struktur Perlindungan Hujan
Antara berikut manakah merupakan definisi yang tepat mengenai sistem fertigasi?
Sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan yang rapi
Sistem bagi penanaman yang menggunakan air sebagai medium untuk hidup dan membesar
Sistem penghasilan tanaman jenis herba yang menggunakan teknik hidroponik, iaitu teknik taking
Sistem pengairan yang melibatkan takungan air hujan dan kemudiannya disalirkan ke kawasan penanaman secara terbuka
Antara berikut jenis tanaman sayuran berbuah manakah yang sesuai menggunakan sistem fertigasi?
I Kailan
II Terung
III Jagung
IV Timun jepun
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara kelebihan menanam secara fertigasi termasuklah menghindar masalah penyakit.
Apakah faktor yang mempengaruhi kesan tersebut?
Masalah merumpai adalah sangat rendah
Penggunaan media tanaman dan persekitaran yang bersih
Penggunaan air yang efisien, iaitu air terus diserap oleh akar tanaman
Pembajaan yang dilakukan secara serentak dan sesuai mengikut peringkat umur
Sistem fertigasi dan sistem konvensional merupakan kaedah tanaman yang digunakan oleh para petani.
Apakah yang membezakan kedua-dua sistem tersebut?
Sistem fertigasi melibatkan modal yang rendah, manakala sistem konvensional melibatkan modal yang tinggi
Sistem fertigasi memerlukan tapak tanah yang rata, manakala sistem konvensional tidak perlu tapak tanah yang rata
Semua jenis tanaman boleh menggunakan sistem fertigasi, manakala untuk sistem konvensional hanya tanaman jenis sayur
Hasil tanaman melalui sistem konvensional adalah bebas penyakit, manakala hasil tanaman melalui sistem fertigasi mempunyai risiko penyakit yang tinggi
Antara berikut yang manakah merupakan faktor penentu pemilihan sistem pengairan?
I Jenis baja
II Kesesuaian tanah
III Jenis media tanaman
IV Saiz kawasan penanaman
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Rajah 2 menunjukkan sejenis sistem pengairan yang digunakan dalam penanaman sistem fertigasi.
Apakah kelebihan sistem pengairan tersebut?
Sistem yang paling mudah dipasang dan menjimatkan kos
Sistem paling berkesan kerana penggunaan air yang berlebihan dapat dielakkan
Sistem yang menggunakan jenis nozel yang lebih halus supaya dapat menghasilkan semburan kabus
Sistem yang dapat melakukan semburan air ke seluruh kawasan tanaman kerana menggunakan tekanan yang tinggi dan nozel yang berputar
Susun mengikut urutan yang betul mengenai sebahagian langkah pemasangan sistem fertigasi.
I Penyediaan set penitis
II Pemasangan injap penahan
III Penyambungan paip tertier pada set penitis
IV Penyambungan paip tertier pada paip sekunder
I, III, II dan IV
I, III, IV dan II
III, IV, I dan II
III, IV, II dan I
Rajah 3 menunjukkan contoh lakaran 2D teknik penyusunan sistem fertigasi.
Apakah yang akan terjadi sekiranya dua bekas tanaman ditanggalkan?
Aliran air tetap akan mengalir dan tidak menjejaskan keseluruhan sistem
Aliran air terjejas dan bekas tanaman yang lain tidak mendapat larutan baja
Larutan baja tidak sampai ke penghujung bekas makanan sekiranya tekanan rendah
Larutan baja dan aliran air hanya sampai pada bekas tanaman yang berdekatan sumber
Antara berikut yang manakah merupakan kriteria dalam penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi?
Kedudukan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi yang berfungsi
Lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang terhasil perlulah menarik dan diwarnakan dengan kemas
Lakaran reka bentuk sistem fertigasi haruslah menunjukkan persamaan dengan sistem fertigasi yang ada pada masa ini
Lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang tidak dimasukkan ciri ergonomik dan mesra pengguna tetapi haruslah mempunyai inovasi
Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan pengurusan tanaman?
Meningkatkan persaingan dengan ladang tanaman yang lain
Mengurangkan kos dan memberi pulangan yang menguntungkan
Memastikan tanaman membesar dengan cepat dan mengeluarkan hasil yang banyak
Membolehkan pekerja mempunyai masa untuk membersihkan kawasan penanaman
Apakah kebaikan menggunakan Sistem Perlindungan Hujan (SPH)?
Kawasan tanaman boleh dilakukan secara terbuka dan di mana-mana tempat
Kos yang diperlukan untuk membina kawasan penanaman adalah lebih rendah
Meningkatkan kesuburan tanah yang digunakan supaya pertumbuhan tanaman tidak terjejas
Mengelakkan tanaman daripada cepat layu akibat pancaran UV daripada cahaya matahari
Antara berikut yang manakah definisi fesyen?
Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan satu produk
Penghasilan reka bentuk yang melibatkan proses pengulangan, peniruan dan inovasi
Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa
Proses yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pereka atau aksesori
Maklumat di bawah adalah mengenai senarai tugas bagi suatu bidang dalam reka bentuk fesyen.
⊙ Menjanjikan penampilan positif dan meningkatkan imej serta personaliti pelanggan
⊙ Mencari kesesuaian pakaian dan aksesori mengikut bentuk badan dan majlis yang akan dihadiri
Antara berikut bidang kerjaya manakah yang berkaitan dengan tugas di atas?
Pereka fesyen
Peramal fesyen
Perunding imej
Tenaga pengajar fesyen
Maklumat berikut adalah mengenai suatu kaedah sulaman.
Dibuat dengan cara menampal potongan fabrik atau imej yang terdapat pada fabrik lain pada rekabentuk fesyen
Antara berikut yang manakah kaedah sulaman berdasarkan maklumat di atas?
Sulaman reben
Sulaman manik
Sulaman benang
Sulaman applique
Rajah 4 menunjukkan suatu alatan menjahit.
Antara berikut yang manakah merupakan fungsi alatan tersebut?
Digunakan untuk menyemat pola pada fabrik
Digunakan bagi mengelakkan jari tercucuk jarum
Digunakan untuk memegang batu perhiasan ketika menggunakan cecair lilin
Digunakan untuk menanda garisan pemadan dan memindahkan garis tanda pola pada fabrik
Antara berikut ciri pakaian yang manakah perlu dipakai oleh orang yang mempunyai bentuk tiga segi (triangle)?
I Corak garis menegak
II Pakaian berwarna cerah
III Fabrik yang bertekstur halus
IV Seluar ketat di bahagian pinggul
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Maklumat berikut adalah mengenai pengaruh psikologi terhadap warna.
⊙ Melambangkan kasih sayang dan tumpuan
⊙ Aura positif warna ini membuatkan si pemakai berasa gembira dan selesa
Apakah warna yang terlibat berdasarkan pengaruh psikologi di atas?
Biru
Putih
Jingga
Merah jambu
Antara berikut yang manakah merupakan definisi bagi reka bentuk fesyen?
Gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan menjadi popular pada satu-satu masa
Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk seperti pakaian atau aksesori
Proses mencipta gaya atau stail pakaian atau aksesori yang baharu dan dipengaruhi oleh budaya dan sosial
Proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori
Rajah 5 menunjukkan contoh produk yang menggunakan kaedah sulaman sebagai hiasan.
Jenis sulaman tersebut ialah
sulaman reben
sulaman manik
sulaman benang
sulaman applique
Berikut merupakan penerangan bagi kegunaan alatan mendraf.
⊙ Digunakan untuk membuat garisan lurus
⊙ Memastikan ira lurus selari dengan ira serong
Alatan mendraf tersebut ialah
pembaris
pita pengukur
pembaris sesiku L
pembaris melengkung
Antara berikut jenis tekstur fabrik manakah sesuai digunakan bagi individu yang ingin kelihatan elegan dan lebih kecil?
I Tekstur kasar
II Tekstur legap
III Tekstur lembut
IV Tekstur berkilat
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Seseorang individu yang mempunyai tubuh badan yang gempal perlu memilih pakaian yang akan memberi kesan seperti tinggi dan langsing.
Apakah elemen yang perlu ada pada pakaian individu tersebut?
Garisan menegak
Garisan mendatar
Garisan menyerong
Garisan melengkung
Apakah warna yang akan memberi pengaruh psikologi seperti memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis?
Ungu
Jingga
Merah
Merah jambu
Antara berikut yang manakah merupakan pernyataan yang betul mengenai lapik dalam?
Bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan produk reka bentuk fesyen dan membuat hiasan
Diperbuat daripada bahan plastik atau benang dan terdapat dalam pelbagai warna, corak dan reka bentuk
Digunakan untuk mengeraskan, mengukuhkan atau melapis bahagian-bahagian tertentu pada pakaian dan aksesori
Digunakan untuk mencantumkan atau melekatkan dua atau lebih artikel dan untuk menghasilkan pakaian dan aksesori
Apakah persamaan antara bunga reben dan bahan trimin dalam reka bentuk fesyen?
Digunakan untuk membuat hiasan tambahan
Digunakan untuk membuat pelbagai aksesori
Digunakan untuk membuat rantai leher dan gelang dan juga untuk pakaian
Digunakan untuk menutup dan mencantum bahagian pada aksesori dan pakaian dengan cara menindih dua permukaan
Susun mengikut urutan yang betul mengenai langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen.
I Menyediakan bahan dan alatan serta mendapatkan ukuran
II Melakukan proses menekan, mengemas, trimming dan melabel
III Melakar pola dan memindahkan ukuran dan pola terhadap bahan sebenar
IV Memotong menggunakan pemotong khas dan menggabungkan bahan yang dipotong
I, III, II dan IV
I, III, IV dan II
III, IV, I dan II
III, IV, II dan I
Antara berikut yang manakah merupakan padanan yang betul mengenai sistem hidroponik?
A
B
C
D
Rajah 6 menunjukkan carta alir langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen.
Apakah langkah X?
Memotong
Membentuk
Menilai produk
Membina mock up
Apakah tujuan fertigasi?
I Pemberian baja yang lebih berkesan
II Menghasilkan tanaman dan ternakan serentak
III Memudahkan kawalan serangga dan perosak tanaman
IV Mengelakkan tanaman daripada jangkitan penyakit bawaan tanah
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara berikut yang manakah menunjukkan teknik aeroponik pada sistem hidroponik ?
Pilih padanan reka bentuk fesyen dengan reka bentuk yang betul.
A
B
C
D
Berikut adalah senarai tugas bagi suatu bidang dalam reka bentuk fesyen.
⊙ Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan
⊙ Bertindak sebagai penata gaya bagi meningkatkan imej dan personaliti pelanggan
Apakah bidang kerjaya yang berkaitan dengan tugas di atas?
Pereka fesyen
Pelukis fesyen
Perunding imej
Tenaga pengajar fesyen
Rajah 7 menunjukkan alat yang digunakan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen.
Antara berikut yang manakah kegunaan alat itu?
Mencantum fabrik
Memegang benang
Menggunting fabrik
Menggunting benang
Explore all questions with a free account