No student devices needed. Know more
45 questions
Berikut menunjukkan sebahagian langkah yang terlibat dalam proses penghasilan produk. Susun mengikut urutan yang betul.
I Pendokumentasian
II Pengujian / penambahbaikan
III Lakaran idea
IV Penghasilan model
I, III, II, IV
I, III, IV, II
III, IV, I, II
III, IV, II, I
Susun mengikut urutan yang betul sebahagian langkah-langkah dalam proses penghasilan produk.
I Kajian keperluan pelanggan
II Projek brief
III Penyelesaian masalah inventif
IV Penjanaan idea
I, III, II, IV
I, III, IV, II
III, IV, I, II
III, IV, II, I
Salah satu kriteria dalam kajian keperluan pelanggan ialah maklumat pelanggan. Antara berikut, maklumat manakah yang dikategorikan dalam pernyataan di atas?
I Jantina
II Bangsa
III Status
IV Umur
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan mengkaji latar belakang produk terlebih dahulu sebelum penghasilan secara skala besar dilakukan?
Membolehkan pereka bentuk menghasilkan produk yang tepat dengan kumpulan sasaran
Dapat mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk
Dapat mengubah suai produk bergantung kepada maklumat yang didapati dari pelanggan
Dapat mengenal pasti pelanggan yang berpotensi membeli produk yang dihasilkan
Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan menjalankan kajian keperluan pelanggan?
Penghasilan produk dapat dilaksanakan mengikut jadual
Menghasilkan produk yang menjimatkan kos pengeluaran
Memastikan produk dapat dijual dengan harga yang tinggi
Idea reka bentuk produk yang dihasilkan memenuhi keperluan pengguna
Apakah definisi bagi projek brief?
Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang
Proses penambahbaikan terhadap sesuatu produk berdasarkan pandangan dan harapan pelanggan
Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk
Kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya telah dikenal pasti terlebih dahulu
Antara berikut, yang manakah kriteria yang terdapat dalam borang projek brief?
I Fungsi
II Tujuan pasaran
III Anggaran kos seunit
IV Latar belakang produk
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara berikut, soalan yang manakah sesuai untuk menentukan tujuan pasaran dalam borang projek brief?
I Siapakah yang akan menggunakannya?
II Siapakah pesaing yang wujud?
III Bagaimanakah kualiti pembuatannya?
I dan II
I dan III
II dan III
I, II dan III
Antara berikut, yang manakah membawa maksud subjek?
Pemilihan teknologi yang tepat akan menghasilkan produk baharu yang unik, memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan serta boleh bersaing dengan produk lain.
Antara berikut, yang manakah merupakan justifikasi pemilihan teknologi yang dirujuk berdasarkan maklumat di atas?
Aplikasi teknologi yang dipilih
Fungsi teknologi
Tujuan penggunaan teknologi
Kekuatan dan kelemahan teknologi
Pernyataan berikut berkaitan satu justifikasi pemilihan teknologi sebelum menghasilkan reka bentuk produk.
Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan masalah yang terdapat pada produk sedia ada.
Apakah justifikasi itu?
Fungsi teknologi
Tujuan penggunaan teknologi
Aplikasi teknologi yang dipilih
Kekuatan dan kelemahan teknologi
Rajah 1 menunjukkan satu komponen sistem X yang terdapat pada Penggilap Kasut Magik.
Apakah nama sistem X?
Sistem elektrik
Sistem elektronik
Sistem mekanikal
Sistem kawalan dan pengaturcaraan
Antara komponen berikut, yang manakah boleh dikategorikan sebagai reka bentuk fesyen?
Zip
Lampu LED
Bateri
Wayar lembar tunggal
Rajah 2 menunjukkan penggunaan berus kasut.
Apakah kelemahan produk tersebut?
Harganya mahal
Merosakkan permukaan kasut
Pemegang berus tidak tahan lama
Mengambil masa yang lama untuk menggilap kasut
Salah satu tujuan penambahbaikan penggilap kasut adalah disebabkan faktor kurang ergonomik kepada pengguna.
Antara berikut, apakah yang dimaksudkan tentang aspek ergonomik?
Produk ringan dan selesa dipegang
Produk mempunyai reka bentuk menarik
Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam
Produk dihasilkan daripada bahan yang berkualiti tinggi
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri bagi idea yang dihasilkan berdasarkan konsep fungsi mengikut bentuk?
Reka bentuk produk mesti memenuhi fungsi sepenuhnya
Reka bentuk menentukan bagaimana produk akan berfungsi
Reka bentuk produk mengikut fungsi yang dikehendaki oleh pelanggan
Reka bentuk akan mempelbagaikan fungsi produk
Rajah 3 menunjukkan dua produk yang direka berdasarkan dua konsep penghasilan idea.
Antara berikut, yang manakah merupakan pengelasan yang betul bagi kedua-dua produk di atas?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah produk yang menggunakan konsep fungsi mengikut bentuk?
Maklumat berikut menerangkan tentang definisi bagi suatu elemen reka bentuk.
Apakah elemen Z?
Rupa
Bentuk
Tekstur
Garisan
Rajah 4 menunjukkan Jambatan Icon Elmina yang boleh dijumpai di Shah Alam.
Apakah prinsip reka bentuk yang digunakan pada jambatan tersebut?
Keseimbangan
Kontras
Keringkasan
Pergerakan
Antara berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?
A
B
C
D
Apakah prinsip reka bentuk yang diaplikasikan dalam rajah di bawah?
Penekanan
Keringkasan
Kepelbagaian
Keseimbangan
Prinsip reka bentuk Y merujuk kepada olahan terhadap idea yang kompleks untuk menghasilkan iti pati atau elemen yang penting sahaja.
Antara berikut, yang manakah merupakan Y?
Harmoni
Kesatuan
Pengulangan
Keringkasan
Penekanan bermaksud tumpuan terhadap elemen yang diserlah. Antara berikut, yang manakah contoh elemen yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?
I Saiz
II Lokasi
III Konsep
IV Bentuk
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sekiranya anda ingin melakukan lakaran 3D, apakah maklumat yang perlu dinyatakan pada lakaran tersebut?
I Bahan yang digunakan pada produk
II Berat keseluruhan produk
III Tempoh masa untuk menyiapkan produk
IV Prinsip reka bentuk yang digunakan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut menerangkan tentang suatu jenis lakaran.
Apakah jenis lakaran yang dimaksudkan berdasarkan maklumat di atas?
Lakaran contengan
Lakaran perspektif
Lakaran piktorial
Lakaran ceraian
Rajah 6 menunjukkan suatu lukisan yang dihasilkan oleh seorang murid.
Antara berikut, yang manakah merupakan lukisan tersebut?
Lukisan skematik
Lukisan isometrik
Lukisan oblik
Lukisan unjuran ortografik
Apakah kelebihan lukisan unjuran ortografik?
Memberikan gambaran objek dengan lebih jelas
Menunjukkan ukuran sebenar objek untuk digunakan sebagai rujukan semasa proses penghasilan projek
Membolehkan pemasangan komponen elektrik dilakukan dengan lebih mudah dan tepat
Membantu pereka memilih komponen elektrik yang betul semasa menghasilkan produk
Antara berikut, yang manakah benar tentang jenis lukisan kerja?
Lukisan isometrik menunjukkan bentuk objek dalam 3D
Lukisan unjuran ortografik menunjukkan ukuran anggaran objek
Lukisan skematik menunjukkan bentuk objek dalam 2D
Lukisan skematik juga dikenali dengan lukisan pictorial
Antara berikut, aspek manakah yang perlu dipertimbangkan ketika merancang penghasilan produk?
Fungsi produk
Kesesuaian bahan dan peralatan
Saiz lakaran reka bentuk produk
Jenama alatan yang akan digunakan
Rajah 7 merupakan peralatan yang digunakan semasa menghasilkan suatu produk.
Apakah fungsi peralatan tersebut?
I Membuat kemasan
II Mengapit bahan kerja
III Memegang bahan kerja
IV Melicinkan permukaan bahan kerja
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Rajah 8 menunjukkan sejenis alat yang digunakan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik.
Antara berikut yang manakah kegunaan alat itu?
Mengapit bahan kerja
Menjalur penebat wayar
Memateri komponen elektronik
Menggerudi lubang dan memasang skru
Berikut merupakan maklumat tentang fungsi suatu peralatan.
Apakah peralatan tersebut?
Apit G
Ragum meja
Mesin pelelas
Alas memotong
Antara berikut, manakah yang menerangkan tentang bajet?
Anggaran kos upah dan kos overhed yang diperlukan
Anggaran kos bahan dan peralatan dalam menghasilkan suatu produk
Jumlah perbelanjaan yang dihadkan untuk menghasilkan suatu produk
Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya dan menguntungkan
Berikut merupakan maklumat berkaitan suatu jenis produk yang dihasilkan.
Maklumat tersebut adalah mengenai
model
prototaip
model olokan
produk berfungsi
Antara berikut, manakah merupakan kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian?
Membantu dalam menyatakan anggaran kos perbelanjaan
Memilih jenis kemasan yang sesuai diletakkan pada produk
Menghasilkan produk yang menepati kehendak pereka bentuk
Membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk
Antara berikut, manakah merupakan sebahagian daripada langkah utama dalam menghasilkan sebuah produk berfungsi?
I Melakukan kerja kemasan pada produk
II Menganalisis lakaran reka bentuk produk
III Mengenal pasti prinsip reka bentuk produk
IV Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut, manakah merupakan tujuan menggerudi lubang pada kayu?
Membuang bahagian yang tidak diperlukan
Memudahkan untuk mengapit kayu yang telah dipotong
Memudahkan langkah pemotongan bahagian dalam kayu
Mendapatkan bentuk mengikut reka bentuk yang dikehendaki
Berikut merupakan maklumat berkaitan salah satu langkah utama dalam penghasilan produk berfungsi.
Apakah tujuan langkah tersebut dilakukan?
Menjadikan permukaan produk lebih rata
Memastikan produk dapat dibina dengan selamat
Memudahkan proses mencantum bahagian-bahagian produk
Menambahkan nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan terhadap sesuatu produk
Antara berikut, manakah merupakan persamaan antara cat licau dan tona kayu?
Menggunakan pelarut thinner
Menggunakan pelarut turpentin
Digunakan pada permukaan epoxy
Digunakan pada permukaan logam
Berikut merupakan fungsi sejenis bahan kemasan.
Apakah jenis kemasan tersebut?
Syelek
Varnis
Cat sembur
Semburan lekar jernih
Antara berikut, bahan binaan manakah yang sesuai menggunakan cat licau sebagai bahan kemasan?
I Kaca
II Epoxy
III Plastik
IV Akrilik
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut, manakah pernyataan yang betul tentang penilaian?
Dijalankan menggunakan kaedah ujian parameter
Dilakukan untuk menguji aspek kefungsian dan ketahanan
Dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang diperoleh
Digunakan dalam peringkat pengujian untuk tujuan perbandingan dengan kaedah lain
Antara berikut, manakah merupakan perkara utama yang perlu diambil kira semasa membuat penambahbaikan produk?
I Memberi perhatian terhadap bajet produk
II Menggantikan komponen yang tidak bersesuaian
III Mengubah fungsi asal yang terdapat pada produk
IV Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Berikut merupakan maklumat tentang kepentingan suatu langkah dalam penghasilan produk.
Apakah langkah yang dimaksudkan?
Penilaian produk
Penyediaan bajet
Pendokumentasian
Analisis keputusan ujian parameter
Explore all questions with a free account