30 questions
Negara yang ingin menyerang Melaka ialah ....
Inggeris
Portugis
Siam
Belanda
Mengapakah Raja Siam menyerang Melaka?
Raja Melaka mencabarnya
Ingin meluaskan empayar Siam
Siam berdendam dengan Melaka
Raja Siam ingin menguasai empayar Melaka
Siapakah yang menitahkah seluruh rakyat lelaki berkumpul di Melaka untuk menentang Siam?
Tun Perak
Seri Nara Diraja
Sultan Muzaffar Syah
SUltan Mansor Syah
Mengapakah Tun Perak mengarahkan orang lelaki Kelang datang ke Melaka berserta anak dan isteri masing-masing?
Untuk mencari petempatan baharu
Untuk sama-sama mempertahankan Melaka
Untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka
Untuk menaikkan semangat juang pahlawan yang dibawa
Tun Perak mengatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak mahu dia dipecat jika dirinya bersalah.
Implikasi daripada kata-kata Tun Perak itu ialah..
Tun Perak dipecat daripada menjadi Penghulu Kelang
Tun Perak dilantik menjadi Perdana Menteri
Tun Perak dilantik mnejadi Bendahara
Tun Perak diperintahkah untuk tinggal di Melaka
Apakah kesan pelantikan Tun Perak sebagai Paduka Raja kepada negeri Melaka?
Negeri Melaka berpecah kepada dua kumpulan
Negeri Melaka semakin maju dan masyhur
Rakyat memberi sokongan penuh kepada Tun Perak
Negara Siam tidak berani menyerang Melaka
Berikut adalah perwatakan Tun Perak kecuali
bijaksana
berani
berpendirian
bercita-cita tinggi
Mengapakah Sultan menceraikan permaisuri Tun Kudu?
Untuk mendapat permaisuri baharu
Untuk memuaskan hati Seri Nara Diraja
Untuk menyelamatkan negeri Melaka daripada berpecah belah
Untuk membolehkan Tun Perak dilantik menjadi Bendahara
"Pada hari malam, Bendahara Paduka Raja telah mengarahkan agar pohon kayu bakau,nyirih dan tumpu api-api dibakar"
Peristiwa tersebut menggambarkan sifat Tun Perak yang ....
licik
bijaksana
bertanggungjawab
berani
Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam teks prosa tradisonal ini kecuali
masyarakat yang tinggal di istana
golongan wanita yang menjadi gundik
masyarakat yang setia dengan pemerintah
masyarakat yang ditindas kehidupannya
Berikut merupakan maksud rangkai kata " menyuruh berlengkap" KECUALI
Membuat persiapan
Menyediakan persalinan
Bersiap siaga
Berikut merupakan tindakan yang dilakukan oleh Tun Perak dalam berhadapan dengan serangan angkatan Siam kecuali
mengarahkan Tun Umar melanggar perahu-perahu milik angkatan Siam
mengarahkan Tun Umar untuk menghendap angkatan Siam
Mengarahkan orang Melaka menyalakan obor di setiap pokok sepanjang sungai Melaka
Kekalahan Siam menyerang Melaka buat kali kedua menyebabkan Paduka Bubunnya marah, lalu anak baginda yang bernama ................. telah menawarkan diri untuk meneruskan misi paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka.
Cin Cau
Cau Phraya
Cau Pandan
Rancangan anaknda Paduka Babunnya menyerang Melaka tidak kesampian apabila dia mati setelah terkena panahan yang dibuat oleh .....
Sidi Arab
Sidi Oraza
Sidi Umar
Berikut merupakan kebaikan sesebuah negara yang ditadbir oleh para menteri yang bijaksana KECUALI
pentadbiran negara dapat diurus secara adil dan saksama
ekonomi negara menjadi maju dan peluang pekerjaan dapat ditingkatkan
penyalahgunaan kuasa akan sering berlaku
Berikut merupakan langkah bijaksana perlu dimainkan oleh rakyat dalam memastikan kedaulatan negara terjamin KECUALI
menghindarkan diri daripada perkara yang boleh mengancam perpaduan setiap anggota masyarakat.
menjaga sensitiviti agama, bangsa dan kepercayaan setiap anggota masyarakat
terlibat dengan rusuhan kaum dan sentiasa memuatnaik isu-isu yang boleh menyentuh institusi raja-raja melayu
Rangkai kata " berundur diri" bermaksud
berpatah balik
menyerah diri
menawarkan diri
Rangkai kata " terlalu baik rupanya"
ada cacat cela
sangat rupawan
kurang sempurna
Tun Umar begitu berani melanggar perahu Siam seorang diri hingga menyebabkan beberapa buah perahu Siam terbalik. Nilai dari contoh ini ialah
ketangkasan
keberanian
Pada pendapat anda, mengapakah permuafakatan antara pemimpin perlu dikekalkan?
negara tidak mudah diancam musuh
rakyat tidak berpecah belah
pembangunan negara terbantut
melancarkan pentadbiran negara
Pada pendapat anda, bagaimanakah dapat mengelakkan peperangan antara dua buah negara?
mengadakan rundingan secara baik.
mewujudkan hubungan diplomatik.
membuat perjanjian damai atau gencatan senjata
menghapuskan sistem feudal
Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan untuk menjadi pemimpin berkaliber?
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas
melatih diri bersikap jujur atau berintegriti
melatih cara menggunakan tipu muslihat
menjadikan tokoh pemimpin terkenal sebagai sumber inspirasi
Sekiranya anda dilantik menjadi ketua pertahanan negara, apakah yang akan anda lakukan untuk menewaskan pihak musuh?
meminta bomoh membaca jampi
menggunakan senjata yang canggih dan moden
membuat perancangan yang teliti
melatih tentera-tentera sebagai persediaan untuk berperang
Kepimpinan yang hebat merupakan ciri utama kegemilangan sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri lain yang menunjukkan kegemilangan sesebuah negara itu?
Perpaduan rakyat yang kukuh.
Pembangunan prasarana atau infrastruktur yang memenuhi keperluan rakyat.
Kedudukan ekonomi yang kukuh dan stabil.
Hamba yang banyak
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu berpandangan jauh sebelum melakukan sesuatu perkara?
tidak yakin akan diri
supaya kita dapat membuat persiapan dengan baik
menjadikan diri lebih bersikap rasional
dapat menimbangkan perkara yang baik dan yang buruk
Pada pandangan anda, selain ikatan perkahwinan, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk menyatukan kedua-dua pembesar tersebut?
menawarkan pangkat atau jawatan
menawarkan kawasan atau negeri
menawarkan harta benda seperti wang dan emas
mengenakan hukuman kepada kedua-dua pihak
Peperangan yang berlaku menyebabkan orang Kelang mengambil keputusan untuk membawa anak isterinya ke Melaka bersama-sama.
Pada pendapat anda, mengapakah orang Kelang berbuat demikian?
menjamin keselamatan anak dan isteri
memberikan bantuan ketika berperang seperti memasak.
menaikkan semangat untuk berjuang
bimbang isteri berlari mengikut lelaki lain
Tuan Sidi Arab seorang yang pakar dalam memanah.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?
Mampu merancang strategi pertahanan negara
meningkatkan nama baik negara
memperkasakan keupayaan sistem pertahanan negara
Mengendalikan peralatan atau senjata canggih
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan semangat patriotik dalam kalangan anak muda sekarang?
Memberi kesedaran melalui penganjuran kempen kemerdekaan
Mempertingkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kemerdekaan
Menceritakan kisah kehidupan zaman dahulu serta kisah pejuang-pejuang tanah air
mengenakan kerahan tenaga agar mereka berkhidmat untuk negara
Apakah yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Shah apabila mendapat berita Siam akan menyerang Melaka?
Menitahkan semua penduduk Melaka bersembunyi
Menitahkan membuat kubu di sepanjang pantai
Menitahkan semua penduduk di bawah jajahannya berkumpul di Melaka
Baginda pergi bersembunyi di salah satu tanah jajahannya