15 questions
Antara berikut, yang manakah bukan lapisan dalam atmosfera Matahari?
Teras
Korona
Fotosfera
Kromosfera
Antara berikut, yang manakah fenomena yang berlaku di permukaan Matahari?
Ribut angin
Nyalaan suria
Ribut geomagnet
Kitaran suria ialah aktiviti tompok Matahari yang kelihatan wujud dan lenyap mengikut pusingan .......... tahun
9
10
11
Bahagian atas zon perolakan bagi plasma yang sangat panas dengan suhu setinggi 5 8000C.
Pernyataan tersebut merujuk kepada
Granul
Korona
Fotosfera
Kromosfera
Berbentuk awan yang besar dan terdiri daripada plasma yang meletus daripada Matahari. Letusan zarah gas yang bermagnet dan mampu sampai ke Bumi dalam masa 3 hari.
Pernyataan tersebut merujuk kepada
Nyalaan Suria
Lentingan Jisim Korona
Prominen
Kawasan gelap yang kelihatan pada permukaan Matahari merujuk kepada
kitaran suria
tompok Matahari
nyalaan suria
Prominen juga dikenali sebagai
angin suria
nyalaan suria
semarak suria
Apakah yang dimaksudkan dengan magnetosfera?
Perubahan rupa dan aktiviti Matahari
Pembebasan letusan zarah gas yang bermagnet
Ruang dalam angkasa lepas yang meliputi Bumi di mana medan magnet utama adalah medan magnet Bumi
Apakah kesan nyalaan suria terhadap Bumi?
Gangguan bunyi pada siaran radio
Menyebabkan ribur petir dan taufan
Mempengaruhi lapisan atmosfera Bumi terutamanya magnetosfera
Dua fenomena di permukaan Matahari yang menyumbang kepada pembentukan aurora ialah
Nyalaan suria dan tompok Matahari
Kitaran suria dan lentingan jisim korona
Nyalaan suria dan lentingan jisim korona
Apakah yang mempengaruhi bentuk magnetosfera?
Angin suria
Nyalaan suria
Semarak suria
Apakah fenomena yang dihubungkaitkan dengan kitaran suria?
Angin suria
Tompok Matahari
Granul
Apakah definisi cuaca angkasa lepas?
Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari dan Bumi
Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari dan di angkasa lepas
Fenomena yang berlaku di teras Matahari dan di angkasa lepas
Antara berikut, yang manakah bukan contoh kesan cuaca angkasa lepas terhadap Bumi?
Pembentukan aurora
Pencemaran bunyi
Gangguan talian kuasa elektrik
Apakah hubung kait antara bilangan tompok Matahari dengan peningkatan lentingan jisim korona?
Apabila bilangan tompok Matahari bertambah, lentingan jisim korona akan dipertingkatkan
Apabila bilangan tompok Matahari berkurang, lentingan jisim korona akan dipertingkatkan
Apabila bilangan tompok Matahari bertambah, lentingan jisim korona akan berkurang