No student devices needed. Know more
60 questions
PERIBAHASA
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji
2. Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu
3.Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan
4.Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong
5. Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak
6. Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri
7. Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
8. Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga
9.Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati
10. Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan
11. Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam
12. Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga
13. Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang
14. Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu
15. Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang
16. Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali
17. Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala
18. Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________ .
A seperti rumput di tepi jalan
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga
19. Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu
20. Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas
21. Salmi Farhana berasa _____________________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati
22. Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin
23. Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati
24. Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi _______________________ rakyat Malaysia.
A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena
25.___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati
26. ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan
27 .Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi
28. Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin
29. Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung
30. Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati
31. Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut
B seperti kera mendapat bunga
C seperti Belanda diberi tanah
D seperti hujan jatuh ke pasir
32. Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________________________ .
A tepuk dada tanya selera
B segan bertanya sesat jalan
C harapkan pagar, pagar makan padi
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya
33. Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B segan bertanya sesat jalan
C sambil menyelam minum air
D bagaimana acuan begitulah kuihnya
34. Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain
B sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri
D tepuk dada tanya selera
35. Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ____________________________________ .
A cincin dengan permata
B kucing dengan anjing
C aur dengan tebing
D isi dengan kuku
36. Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________________________________ .
A lain di mulut lain di hati
B tepuk dada tanya selera
C indah khabar daripada rupa
D belakang parang diasah lagikan tajam
37. Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
A seperti lembu dicucuk hidung
B seperti anjing menyalak bukit
C seperti tikus membaiki labu
D seperti murai tercabut ekor
38. Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _________________________________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
A bagai haruan makan anak
B bagai kambing dihalau ke air
C bagai mencurah air ke daun keladi
D bagai melepaskan batuk di tangga
39. Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
A bagai gergaji dua mata
B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai telur di hujung tanduk
40. Subramaniam seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
A katak di bawah tempurung
B ayam disambar helang
C kera mendapat bunga
D murai tercabut ekor
41. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa __________________ bagi menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah.
A campur tangan
B gila bayang
C ambil ringan
D bulat hati
42. Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _______________ para penonton.
A mengambil berat
B mengambil tahu
C menarik hati
D mencuit hati
43. Semua guru tidak sepatutnya ____________ terhadap anak didiknya semasa berada di dalam bilik darjah.
A pilih kasih
B patah hati
C panas hati
D perang mulut
44. Mohamad Zuhairi merupakan ___________________ pasukan bola baling Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.
A lipas kudung
B ayam tambatan
C orang tengah
D bekas tangan
45. Faridatul perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya ___________________________ .
A pasang telinga
B telinga kuali
C pekak badak
D telinga lintah
46. Semua mangsa banjir di Batu Pahat __________________ untuk menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.
A mencari jalan
B membuka jalan
C mencari untung
D membuka langkah
47. Penanam tembakau itu ________________ di tengah panas untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka.
A curi tulang
B tulang belakang
C membanting tulang
D ringan tulang
48. Penduduk Kampung Panchor _________________ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak.
A ringan tangan
B ringan tulang
C mandi kerbau
D mandi keringat
49. Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang _______________________ .
A bidan terjun
B bongkok udang
C pening lalat
D puteri lilin
50. Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di ______________ kerana dia takutkan ombak.
A atas pagar
B luar pagar
C gigi air
D bawah angin
51. Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ______________________________ .
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai kucing kehilangan anak
C bagai kacang lupakan kulit
D bagai aur dengan tebing
52. Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu _____________________________ kepada jiran tetangganya.
A seperti hujan jatuh ke pasir
B seperti menanam tebu di bibir
C seperti membuka pekung di dada
D seperti musuh dalam selimut
53. Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menyusu kera di hutan
C bagai anjing menyalak bukit
D bagai menanam tebu di bibir
54. Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________ .
A seperti rusa masuk kampung
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti kera mendapat bunga
D seperti si buta kehilangan tongkat
55. Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza ____________________________ .
A seperti tikus jatuh ke beras
B seperti langit dengan bumi
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti mentimun dengan durian
56. Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.
A katak disimbah air
B gagak pulang ke benua
C melukut di tepi gantang
D harimau menyembunyikan kukunya
57. Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika disatukan laksana ___________________________ .
A lembu kasi
B batik lasam
C kunyit dengan kapur
D garam dengan asam
58 Pelakon Maya Karin bagai ______________________ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.
A melepas anjing tersepit
B bulan penuh purnama
C haruan makan anak
D itik pulang petang
59. Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai anjing dengan kucing
C bagai tikus membaiki labu
D bagai kumbang putus tali
60. Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri.
A umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung
B umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
C umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
D umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang
Explore all questions with a free account